Home burp@ Melantak Steak Hub , Kota Syahbandar, Melaka. Serius berbaloi!

Melantak Steak Hub , Kota Syahbandar, Melaka. Serius berbaloi!

by JMR
8 comments

Asam pedas Melaka atau Coconut Shake Klebang antara makanan yang dicari apabila berkunjung ke Melaka.

Cuba mencari kelainan tempat makan sedap yang terdapat di Melaka, aku ke restoran yang menyediakan steak & menu barat sedap, Melantak Steak Hub yang terletak di Kota Syahbandar, Melaka.

MELANTAK-STEAK-HUB

Walaupun kunjungan kitorang ke sini pada hari biasa, Melantak Steak Hub tetap full house! Terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit untuk mendapat tempat kami. Untuk makluman, Melantak Steak Hub ni terletak tepi Selat Melaka, jadi agak berangin dan nyaman keadaan di sini.

DAGING-KUALITI-TINGGI

Istimewa di sini, pelanggan boleh memilih sendiri baham mentah untuk dijadikan hidangan. Jangan risau. Setiap bungkusan daging mentah, dipamerkan berat dan harga. Sila pilih ikut nafsu dan kemampuan. hehehe..

Da siap pilih, boleh bagi kepada krew dan diskaslah cara masakan yang korang inginkan..

POTATO-WEDGES

Sambil menunggu pilihan steak siap dimasak, bolehlah pesan menu pembuka selera ie: Potato wedges. Berborak sambil mengunyahkan.

T-BONE-STEAK

Sekali-sekala bekerja di luar kawasan bersama Project Team, apa salahnya mencuba menu premium sebegini kan. T-Bone Steak Medium Rare pesanan aku. Memang rare! Dengan rasa daging yang gaak juicy dan lembut. Untuk RM13.90 untuk 100gram, aku kira sangat berbaloi! Ditambah pula dengan sos yang sangat unik di lidah aku.

Serius, aku rasa nak tanya je chef, resipi sos unik tu!

RIBEYE-SEDAP

Rib Eye dari daging Grain Fed dengan Medium Rare, tengok pun dah telan air liur kan?

InsyaAllah, kalau ke Melaka sekali lagi, pasti aku akan singgah ke sini.

Alamat Melantak Steak Hub:

No12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

8 comments

Menu Sedap dan Tempat Makan Wajib Singgah di Melaka.. March 7, 2017 - 12:00 pm

[…] Melantak Steak Hub , Kota Syahbandar, Melaka. Serius berbaloi! […]

Reply
Ezad Skytech April 19, 2016 - 10:17 pm

Bestnya kalau dapat MELANTAK kat situ…bukan selalu pun kan makan steak ni…hehe
Ezad Skytech recently posted…Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway PyramidMy Profile

Reply
NuNu EeRa April 14, 2016 - 12:32 pm

next month leh la blnje melantak kat cni.. hehe
NuNu EeRa recently posted…My current handbag.My Profile

Reply
Dzu Amri April 13, 2016 - 7:06 am

Melaka banyak tempat makan sedap2.. Kalau ada kelapangan nak pegi la nanti..
Dzu Amri recently posted…Jangan Sekali-Kali Katakan Ini Kepada Ibu MenyusuMy Profile

Reply
JMR April 13, 2016 - 12:08 pm

tu la..banyak lagi nak kena jelajah ni hehe

Reply
Khairul Zamri April 11, 2016 - 9:47 pm

Menarik betul nama kedai ini. InsyAllah boleh singgah kalau pergi lagi ke Melaka nanti
Khairul Zamri recently posted…Bidara Syifa Penawar SihirMy Profile

Reply
anuar April 11, 2016 - 9:11 pm

Pergghhh.. tengok gambar daging bakar tu… telan air liur dibuatnya…
anuar recently posted…Sekitar Majlis Akikah Anak Bongsu di Pak Ya Homestay 2My Profile

Reply
Noriza Rahman April 11, 2016 - 8:29 pm

Ingatkana Jamar melantak steak tak ingat donia, rupanya nama kedai tu MELANTAK ya…adoiii
Noriza Rahman recently posted…Jangan Kerana Bau Ketiak Masam Kita Hilang KawanMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam