Home blogger Makan Malam bersama Deqnoor di Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Makan Malam bersama Deqnoor di Laman Grill Steak & Bar-B-Que

by JMR
14 comments

Aktiviti makan malam bersama pemilik blog www.deqnoor.com dah berlangsung beberapa sesi. Ini kali kedua aku terpilih dan berpeluang untuk makan malam bersama pengomen tegar blog DN. Makan malam istimewa kali ni adalah di Laman Grill Steak & Bar-B-Que yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Credit foto: Uncle Zuan

Sebenarnya 5 orang pengomen tegar blog Deqnoor terpilih untuk makan malam bersama. Memandangkan Afasz tidak berkesempatan untuk turut serta, hanya 4 lelaki ‘bujang’ sahaja yang turut serta dalam sesi makan malam kali ini. 4 bujang tu adalah EZAD, BROFRAMESTONE, UNCLE ZUAN & JMR. hahaha..

Sesi makan malam bermula jam 8 malam. Suasana di Laman Grill Steak & Bar-B-Que memang menarik dan sesuai sebagai ‘port’ santai bersama famili atau kawan-kawan. Nasib baik Deqnoor dah book seat awal-awal, sebab tempat ‘fully booked’ pada malam tu. Maklumlah awal bulan dan malam hujung minggu.

Apa menu menarik di Laman Grill Shah Alam?

Banyakkkk sangat menu yang best-best kat sini. Pemilik Laman Grill ialah Chef Zubir, sudah tentu presentation setiap menu sangat menarik. Memang rambang matalah kitorang dok ushar buku menu nak pilih makan sedap.

Pertama kali ke sini, aku order Cz Beef Burger. Konon-kononnya tak nak makan menu berat, sebab aku masih belum lapar sepenuhnya. Order sampai dalam masa singkat. Servis yang bagus. Agak terkejut sebab portion menu ni memang besar. Patty burger yang dimasak agak juicy dan tebal, memang saaaaangat mengenyangkan. Tambah lak dengan fun fries dan hirisan epal hijau.

Iced Cappucino, kafein yang aku perlukan untuk kekal segar..hehehe..rasanya banyak dos gak aku ambil kafein untuk hari itu.

Walaupun portion menu yang dipesan agak banyak tapi Alhamdulillah, aku tengok masing-masing berjaya habiskan termasuklh Cik Deqnoor..mula-mula sampai menu, bukan lagi masing-masing dok teruja, “banyakkkkknya...” tak baik membazir. Lagi pun kami makan sambil berborak dan bahan-membahan. Sekali-sekala berkumpul sebegini, memang  syok. Walaupun latar belakang karier berbeza, tapi atas nama ‘blogger’, kami dok semeja, borak+gosip, dari benda remeh hinggalah ke isu series, 1MDB..Ini adalah salah satu nikmat tak ternilai menjadi blogger.

Terima kasih buat Deqnoor sebab organize sesi makan malam yang best ni. Dalam sibuk-sibuk dengan projeknya, masih sempat aturkan sesi jalinan ukhwah ini. Kitorang siap diberikan goodies+tshirt & duit raya ok! Salute!

Semoga DN terus dimurahkan rezeki..amin…

Persoalan: Nama menu ini ialah Chocolate Caramel Banana served with moist chocolate cake with dark chocolate ganache and spiced caramel bananas. Tapi di mana pisangnya??

14 comments

deq noor August 25, 2015 - 8:59 am

heee… thanks sudi datang & jadi pengomen tegar blog DN. InsyaAllah jumpa lagi tahun depan ye… 🙂
deq noor recently posted…Movie Review : Misi Rayyan & Danish; Jangan Ambil Rumah KamiMy Profile

Reply
raihanah August 21, 2015 - 5:16 am

Semua nampak sedap2
raihanah recently posted…Set Kurus dan Sado TerbaikMy Profile

Reply
SaniYunus August 11, 2015 - 5:47 pm

Bujang lah sangat bro JMR hoi….:-)
SaniYunus recently posted…Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet / Online?My Profile

Reply
huda August 11, 2015 - 12:05 pm

huhu…bestnyela aduhai kene komen banyak2 kat blog deqnoor ni
huda recently posted…10 Sebab Mengapa Diet Anda GagalMy Profile

Reply
akubiomed August 9, 2015 - 11:08 pm

Besar saiz burger. Macam mana nak control macho? 🙂
akubiomed recently posted…Projek hujung minggu DIY meja kayu palletMy Profile

Reply
kak yatiadam August 9, 2015 - 9:55 pm

sedapnya makanan tu… terliur pula…
kak yatiadam recently posted…10 PUNCA SUAMI ISTERI TIDAK SUBURMy Profile

Reply
Uncle Zuan August 9, 2015 - 11:56 am

aku baru dapat idea, pisang tu belum petik lagi.
Uncle Zuan recently posted…Codi Belle – Minuman Campuran Berry dengan Protin Ikan dan CordycepsMy Profile

Reply
titan August 7, 2015 - 3:35 am

pehh..

makan kat laman grill lagi tu.
titan recently posted…Rahsia Bayar PTPTN Secara PercumaMy Profile

Reply
musadun August 7, 2015 - 3:33 am

broframestone pun ada..burger yang menggiurkan..
musadun recently posted…Siapa Budak umur 11 Tahun Yang Mengandung dan Bersalin?My Profile

Reply
Uncle Zuan August 9, 2015 - 11:57 am

tak lengkap tanpa bro framestone
Uncle Zuan recently posted…Codi Belle – Minuman Campuran Berry dengan Protin Ikan dan CordycepsMy Profile

Reply
mamatisya August 6, 2015 - 7:49 am

rezeki dpt mkn..dpt duit ry & goodies lg ye…dessert tu caramel banana yg kuning tu kot…hehe
mamatisya recently posted…TIADA ETIKA !!!My Profile

Reply
JMR August 6, 2015 - 3:15 pm

rezeki jgn ditolak kan hehe..salah, pisang dia ada dalam cake tu haha
JMR recently posted…Makan Malam bersama Deqnoor di Laman Grill Steak & Bar-B-QueMy Profile

Reply
Ezad Skytech August 6, 2015 - 6:10 pm

HAHA…beria cari pisang tu kat mana kan bro JMR ? haha…dalam kek rupanya…kih3
Ezad Skytech recently posted…Dinner Bersama Pengomen Tegar Blog Deqnoor Kali Ke…My Profile

Reply
JMR August 6, 2015 - 9:55 pm

hahaha..soalan aras tinggi tu..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam