Jaga anak kena Chicken Pox

Jaga anak kena Chicken Pox

Setahun yang lepas, elok je usia genap setahun Dayyan Harith kena campak (measles)..habis satu badan kemerahan, gatal-gatal dengan suhu badan yang agak tinggi (39.5 deg C).

Tahun ni, genap je usia 2 tahun, kena Chicken Pox (cacar air) pula.

Ramai yang konpius dengan campak dan Chicken Pox ni kan. Kalau badan keluar ruam-ruam kemerahan dan gatal gatal, itu campak. Kalau keluar bintit/gelombang air, itu adalah cacar air a.k.a Chicken Pox.

 

Dua tiga sebelum gi check up dak kecik ni, aku dah perasan kat bawah leher Ayyan, ada bintik kemerahan. Aku agak mungkin sebab dia kerap berpeluh. Tapi masuk hari ke-4, bintik merah mula timbul di bahagian dada,perut, lengan dan muka. Then, makin series bila keluar lepuh air.

Bila aku bawa Ayyan ke Klinik Pakar Kanak-kanak, doktor sahkan terkena jangkitan cacar air/chicken pox/bertih. Badan memang panas, demam dengan suhu badan sekitar 39 degC. Doktor bagi antiviral untuk kurangkan cacar air(dilarutkan dalam air), ubat tahan gatal dalam bentuk cecair, paracetamol kanak-kanak untuk demam dan losyen calamine untuk kurangkan gatal.

Selain daripada rawatan cara ni, ada pelbagai lagi lagi jenis rawatan dan penjagaan yang boleh diamalkan untuk anak-anak yang kenca cacar air/chicken pox ni.

Petua merawat/menjaga anak dijangkiti cacar air/chicken pox.

  1. Kuarantin pesakit.
  2. Vitamin D membantu memperlahankan jangkitan juga menaikkan sistem imun badan. Dedahkan pesakit pada cahaya matahari antara jam 7pagi hingga 8pagi. 10-15minit dah memadai.
  3. Ambil Paracetamol untuk mengurangkan demam yang mencecah 39c ke atas
  4. Minum banyak air masak, ini untuk mengelakkan dehydrate
  5. Ambil makanan berbentuk cecair seperti sup sayur yang mengandungi antiviral foods dan buah-buahan vitamin C
  6. Buat Garlic Socks atau ACV (Apple Cidder Vinegar) Socks untuk melawan virus
  7. Makan Virgin Coconut Oil atau Olivenol untuk menaikkan sistem imun badan
  8. Sentiasa basuh tangan.
  9. Daun Semambu/Neem boleh ditumbuk lumat, dilumur pada badan atau mandi air daun semambu atau tidur beralaskan daun semambu bagi mengelakkan rasa gatal. (Daun ni boleh di dapati di tempat menjual pokok-pokok. Kalau kat Pasir Gudang tu boleh pergi orchard berdekatan Caltex area Taman Cendana. Sepokok RM15 je, ala-ala pokok inai gitu)
  10. Air kelapa muda bagus diminum ketika blisters tu dah keluar hingga ke kaki. Juga bagus dibuat mandi
  11. Minum Rooibos Tea (Teh ni sedap tau, selalu beli yang perisa vanilla mase dok kt Germany dulu, HEHE) teh ni boleh dibeli di Cosway, Giant dan kedai organic
  12. Bayi umur 6 bulan ke bawah Cuma perlu mandikan anak dengan air kelapa, atau daun semambu, atau mandian rooibos tea. Baby tak boleh minum air apa-apa lagi tapi ibu yang menyusukan boleh minum dan susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Jadi kerapkan sesi penyusuan.
  13. Elakkan makan seafood
  14. Beli Vitamin E. Jika dalam bentuk kapsul, cucuk dan lumurkan pada parut bagi menghilangkan parut
  15. Tea Tree oil juga boleh menghilangkan parut

Sumber: Butik Gebu

 

Aku tak amalkan semua rawatan tu untuk Ayyan ni. Yang paling penting, amik antiviral ikut nasihat doktor, bagi makan ubat tahan gatal, pastikan suhu badan dia tak terlalu tinggi, elak makan kicap, kekacang dan makanan gatal, bagi minum air kelapa(orang tua cakap nak kasi cacar air keluar semua dengan cepat), tidur atas daun semambu yang dilapik dengan kain sutera dan lumurkan calamine lotion. Eh macam banyak gak yang aku amalkan.

Alhamdulillah, masuk hari ke-5, cacar air dah makin mengering. Tapi biasalah kan, ada gak lepuh air yang pecah akibat digaru. Dah tak hensem baby boy daddy ni..

Hmm..lepas ni nak kena cari penawar untuk hilangkan parut chicken pox lak..

Apa ek petua/tips untuk hilangkan parut chicken pox bagi kanak-kanak ni?

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

8 Comments

  1. Mohon boleh BG tahu nama Klinik Semua yg bagi ubat antiviral utk Kanak yg kena chicken pox..anak saya Baru kena…

  2. Nak tanya Klinik mana yg pergi dapat antiviral? Mohon pencerahan segera….anak saya Baru kena chicken pox…

    Boleh bagi details Klinik tersebut sebab saya mahu dapatkan antiviral…

  3. Memang lengkap petuanya… Bila tengok keadaan baby macam itu kesian betul..Mesti dia akan merengek selalu…Daddy kena banyak sabar 🙂
    SaniYunus recently posted…Selamat Hari GuruMy Profile

    1. Author

      merengek waktu malam je..siang, memang aktif macam tak sakit je

      1. Mohon BG kongsi Klinik mana? Saya mahu pergi anak sy pun Baru kena…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam