March 19, 2024

Office Gath di FUZION, Sunway Resort Hotel & Spa.

Ni apa hal hari hari aku update pasal makan je? Ye la, kan hari hari aku, korang, korang dan korang makan.

Cerita minggu lepas. Selepas sebelah pagi ‘penat’ gile dok ‘training’ dan banyak input baru yang agak berat, lunch time kita rileks-rileks sambil penuhkan perut. Smoke House Double Burger Johnny Rocket malam sebelum tu pun tak ‘keluar’ habis lagi ni..hehe..

Ini kali pertama aku ke restoran FUZION yang terletak di Sunway Resort Hotel & Spa. FUZION ni buka dari jam 6 pagi ke 11 malam untuk hidangan ala-carte. Untuk buffet style, hanya lunch & dinner. Seharian nak buffet, masak la crew diorang kan..hehehe..

Kami sampai just nice timing buffet start. Tersusun rapi je lagi food kat station masing-masing.

Tanpa tunggu masa, dah namanya buffet kan. Tak perlu tunggu waiter/waitress bagai. Serbu je ikut nafsu perut..majoriti kami serbu ke Japanese/Raw station yang siap terhidang makanan laut; udang, ketam, salmon etc. Makan mentah-mentah pun boleh, perah lemon sket, cicah dengan soy sauce.

 

Since Japanese food ni feveret aku, station ni memang area aku ulang-alik. Nak-nak ada wasabi & mustard. Satu-satu masuk mulut. Well, seafood sini memang fresh. Tak yah risau. Amik dan hayati satu-persatu. Kimochi ii…

 

Raw prawn+salmon+meguro..leleh lak air liur aku nengok ‘sashimi’ ni.

Sebelah table kami, Western Station. Ada lamb chop, beef steak, steamed fish, roasted lamb, lamb stewed etc. Jangan gelojoh. Amik satu-satu, sikit-sikit. Jauh lagi ‘perjalanan’ kan.

 

Aku tak pasti, berapa banyak jumlah kalori dan kolestrol dah masuk. Lamb chop dia series sedap. Bertambah 2,3 kali amik kambing tu. Elok je masa ni ngah lapar sebab tak brekpes pagi kan.

 

Kalau ada yang tak suka Western & Japanese food, ada banyak lagi Station yang sediakan Asian cuisine, Chinese cuisine, Middle East cuisine etc.

ASIAN CUISINE STATION. Ada ketam goreng berlado, makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Tapi tak nak amik nasi, sebab takut space perut cepat penuh..haha..ratah je mana yang berkenan, benda berkarbohidrat kita tolak tepi masa ni.

 

Kalau boleh, memang aku nak try sumer menu setiap kali makan ala buffet. Tapi dalam kuantiti sikit-sikit la kan. Kan tak daya lak sumbat sumer. Dim sum kat sini sedap hoi. Lebih 10 ketul ko aku rasa. Sate tu sesaje nak puaskan nafsu mata.

 

Aku rasa, trip kali ni paling banyak aku amik adalah salmon. Sushi salmon ke, sashimi salmon, smoke salmon ke, sumer aku telan. Tapi paling terbaik, smoke salmon. Amik sekeping, letak mustard sket, letak jeruk halis sikit, sapu ngan mayonis, titik lemon sket, then gulung gulung..cicah ngan soy sauce pastu, telan one shot..haha..nikmat hoii..

DESSERT STATION memang menjadi tarikan dan kesukaan ramai terutama gadis-gadis. Aku kureng sikit sebab manis sangat bebenda ni. Tapi cam strawberry cokelat tu, aku layan je.

 

Kat Dessert Station ni, paling aku suka ‘Apple Crumble Pie’ ..pergh teringat makcik aku yang ‘power’ buat dessert ni. Yang kat Fuzion ni pun terbaik. Bertambah-tambah lak pinggan aku dibuatnya.

 

Aku rasa ni last plate aku kot. Dan ada gak plate yang aku tak sempat snap. Sikap gelojoh mentekedarah lebih menebal daripada sikap ghairah nak shoot gambar makanan. Snap pun guna smarphone dengan low lightnya lagi.

 

Apa-apa pun, syok la minggu ni hari-hari update pasal makan je. Mencabar gak jadi Food Blogger ni, update entri sambil meleleh air liur tengok dan teringat makanan-makanan ni semua..macam mana lak blogger yang bersiaran di kaca TV semalam, ‘Abang Hazman‘ update entri gini hari-hari kan?

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Office Gath di FUZION, Sunway Resort Hotel & Spa.

  1. salmon ni..aku kurang sikit kalau mentah.

    kalau dia smoke sikit. ok lagi.

    kalau betul-betul raw..tekak memang tak berapa selera. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *