Tips 3 : Apa itu SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO??

Tips 3 : Apa itu SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO??

Bagi newbies DSLR, pasti korang tertanya-tanya apakah sebenarnya SHUTTER SPEED, APERTURE & ISO? Di sini secara ringkasnya, akan diterangkan apakah benda alah ni sumer. So, kalo ada pa pe kemusykilan, leh la drop komen, nnt sama-sama kita diskas balik…
Apa itu SHUTTER SPEED? Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR.
Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).
Apa itu APERTURE? BIGGER APERTURE akan menunjukkan No Aperture yang kecil di DSLR dan akan akan mendedahkan foto kepada jumlah dedahan cahaya yang tinggi. Bigger Aperture akan menghasilkan Depth of Field yang lebih detail. SMALLER APERTURE adalah No Aperture yang tinggi dan mengurangkan jumlah dedahan cahaya di foto.
Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.
Apa itu ISO? Secara ringkas kata, ISO tu adalah tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.
ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.
Faham tak setakat nih? So, dari sini dapat disimpulkan, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash).
Sampai di sini dulu untuk kali nih. Next tips, kita sharing pasal Depth of Field (DOF) lak ye..pelan2 kayuh ye..chiow!!

 

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

12 Comments

  1. tq bro..baru aku faham benda ni.. walaupun aku takda lagi DSLR.. kalau Digital camera bendalah ini ada juga ke?

  2. cikhel kawen nt tolong tngkap gamab eh..tolong katanyaaa hahaha bayarlah!

  3. Thanks for sharing..a nice article..

  4. kamera saya yang boleh muat dalam handbag je…
    dah tetua ni rasanya sakit bahu menengok orang bawak kamera besar2 gedabak tu…

    tapi
    bila menengok gambar2 orang lain memang jeles lah

    memang cantik-cantik gambar2 dengan kamera gedabak tu, kan

  5. i ni baca jer lebih..sama jer macam kak jie tue..hahahahaha kalau teori jer melambak dalam hotak nie..tapi tak praktik sama jer..stil cant deliver the best shoot…

    apa kata ajar editting..tue mungkin banyak membantu pada pada yang ada ada digi cam aja!!!

    lalallalalalalla~~~~

  6. hahaahhaa..kak jie2..mana de cikgu..sharing is caring…

  7. cikgu..nanti bila dah beli kamera besar gedabak tu kak jie masuk kelas ye….bajet ada tetapi kadang2 fikir macam bukan keperluan…berdolak dalik nak beli..hehehe..akhirnya semua org dah mahir…kak jie masih guna kamera kompak besar tapak tangan tu..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam