March 29, 2024

Filem Rebiu: Papadom 2

“Tiada siapa boleh jaga anak papa macam papa…” – Saadom

 

Sebagai peminat tegar Afdlin Shauki, dari filem Soal Hati, Setem membawak ke filem Papadom 2, memang sangat puas hati dengan lakonan Afdlin Shauki. Series ke, sempi ke, lawak ke, sedih ke, semua menjadi.

Khamis lepas, selepas sesi Meet&Greet dengan Afdlin Shauki&Liyana Jasmay di Kenny Rogers Roasters Berjaya Times Square, aku berpeluang menonton sambungan filem Papadom, Papadom 2 pada hari pertama tayangan.

Papadom 2 adalah sambungan daripada episod sebelum ni, Papadom. Papadom 2 mengisahkan Saadom yang mendapat tahu, Mia sedang bercinta dengan someone dan merancang untuk berkahwin. Risaukan siapa bakal menantunya, Saadom dan rakannya, Uncle Lim ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyiasat siapa calon suami Mia.

Dalam usaha mencari siapa calon suami Mia, Saadom melalui kisah-kisah yang lucu dan ada kisah sedih terutamanya apabila dia didiagnoskan cancer dan perlu menjalani rawatan kimoterapi. Saadom masih belum menemui siapa calon yang paling sesuai sehinggalah diperkenalkan oleh Mia sendiri.

Tingginya kasih sayang seorang bapa, Saadom merestui perkahwinan mereka. Tetapi tidak seperti dirancang apabila Saadom tidak dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan Mia kerana terpaksa menjalani rawatan kimoterapi…

 Walaupun Papadom2 menunggu hampir 2tahun untuk ditayangkan, hasilnya tetap terbaik. Garapan cerita yang baik, dengan permainan emosi, sedih+lawak bercampur gaul dengan baik. Papadom 2 ni, walaupun filemnya nampak gila-gila, tapi ada moral yang perlu dicontohi di sebalik jalan cerita.
Seorang lelaki tidak akan memahami, macam mana kasih seorang ayah terhadap anaknya, selagi dia belum bergelar seorang ayah..
Mungkin ramai yang tidak memahami watak ‘Saadom’ yang terlampau kisahkan anaknya, kita tidak berada di tempatnya. Mungkin aku pun seperti ‘Saadom’ sekiranya aku mempunyai seorang anak perempuan. Siapa tahu…
Papadom 2 mula ditayangkan bermula 12 Disember 2013 dan sesuai ditonton seisi keluarga.
Selamat menonton

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Filem Rebiu: Papadom 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *