October 19, 2021

Rumah Yang Dibeli Untuk Tinggal Adalah Liabiliti

Tertarik dengan satu perkongsian pendapat oleh Sifu Hartanah di Facebook beliau. Perkongsian ini tidak terlalu pendek, tidak terlalu panjang. Kiranya perkongsian yang padat. Ramai yang memberi respon tidak bersetuju dan ada yang bersetuju. Jom baca perkongsian beliau di bawah ini. Apa pendapat anda?

Semalam aku survey la tengok rumah double story baru di kajang 2 ni, sewa baru 1500. Siap pergi viewing lagi. Memang lawa rumah ni.

Ada 4 bilik 3 bilik air.Kalau nak beli baru dekat 800k. Kt situ dah 4k sebulan bayar bank. Kalau rumah jenis gated and guarded, jenis landed strata, dah kena bayar maintenance, kurang-kurang 500 ada tu.

Dah jadi 4.5k sebulan. Kalau nk merasa rumah landed double story, baik sewa je. Tak pening kepala nak bayar 4.5k, sewa baru 1.5k.Rasa-rasa tak mampu nak duduk rumah double story, boleh pindah, cari rumah sewa lebih murah. Kalau beli, kena cari buyer baru. Hadap proses jual beli yang lama. Kurang-kurang 6 bulan.

Silap-silap jual balik harga lagi murah dari beli. Macam-macam kos kena bayar nk jual, agent, legal dan topup loan kalau perlu. Kalau tak dapat jual harga yang nak, kena la turun sampai la ada pembeli nak. Kadang-kadang, nak menikmati tak semestinya memiliki, sewa pun boleh.

Tak salah menyewa sebenarnya. Sangat memberi flexibility. Takda risiko tanggung hutang besar macam beli rumah. Not shabby at all menyewa rumah ni sebenarnya.Sampai mati menyewa pun takpa sebenarnya. Ketahuilah rumah yang dibeli untuk duduk sendiri tidak menjadi aset, tetapi menjadi liabiliti.

Apa jadi kalau kehilangan kerja, hilang sumber pendapatan, rumah kita beli tu menjadi beban yang kena bayar.

Sebab itu rumah yang dibeli untuk tinggal adalah LIABILITI.

Kesimpulan

Pastinya, perkongsian ini hanyalah pendapat peribadi. Setiap individu mempunyai kemampuan dan objektif hidup yang berbeze. Tidak ada betul atau salahnya pendapat Sifu Hartanah ini. Terpulang kepada kemampuan kewangan masing-masing. Kami pasti, jika individu itu mempunyai kemampuan kewangan yang mantap, membeli rumah mewah dengan harga tinggi bukanlah satu masalah baginya. Nak dengan tak nak je. Betul tak?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *