April 26, 2024

๐Ÿฑ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

5 sebab kematian utama rakyat Malaysia pada tahun 2018 mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia:

  1. Penyakit jantung koronari
  2. Penyakit radang paru-paru
  3. Penyakit serebrovaskular (mengakibatkan stroke)
  4. Kemalangan
  5. Penyakit paru-paru obstruktif kronik, COPD (Masalah pernafasan jangka panjang dan aliran udara yang lemah)

Dengan jumlah 279 kematian berbanding jumlah kes keseluruhan 38,189 (0.73%), penyakit coronavirus (COVID-19) berpotensi menjadi 5 sebab kematian utama penduduk Malaysia di tahun mendatang.

Baca: Medical Card Terbaik Dan Berbaloi

Nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah berbanding wabak SARS pada tahun 2003, tetapi penularannya jauh lebih tinggi dengan jumlah kematian yang ketara.

Astro Awani melaporkan bekalan vaksin awal COVID-19 dijangka diperoleh pada suku pertama 2021.

Dengan kerajaan menyasarkan agar bekalan tersebut diberikan kepada 3 peratus populasi negara terlebih dahulu yang terdiri daripada frontliners.

๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ ๐—ž๐—ช$๐—ฃ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—™๐—จ๐—Ÿ/๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ ๐—›๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—”๐—ง ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ – ๐—ก๐—˜๐—ง๐—œ๐—ญ๐—˜๐—ก

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜€ – ๐˜๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป?

Kerana kehidupan kita penuh dengan ketidakpastian

Secara umumnya ada 6 ketidakpastian dalam hidup:

  1. Mati terlampau awal
  2. Penyakit kritikal
  3. Kemalangan
  4. Hilang upaya kekal
  5. Hospitalisation
  6. Hidup terlampau lama

5 daripada 6 ketidakpastian dalam hidup dapat di atasi dari segi kewangan dengan memiliki perlindungan (Takaful) yang secukupnya.

๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฝ๐—ถ?

Pada 9 Sept 2020 nan lalu, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melaporkan hanya 54% daripada rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans atau takaful hayat.

Dan daripada 54% tersebut, 90% daripada mereka tidak mempunyai perlindungan insurans atau takaful hayat yang mencukupi.

Pengiraan kasar:

54% x 32 Juta Penduduk Malaysia = 17.28 Juta

90% x 17.28 Juta = 15.6 Juta

๐—๐˜‚๐˜€๐˜๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ ๐—ž๐—ช$๐—ฃ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ณ๐˜‚๐—น ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜ (๐—ฝ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป/๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น) & ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ธ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น?

Begini rakanยฒ sekalian, dengan income protection plan (pampasan kematian/hilang upaya kekal + penyakit kritikal) dapat membantu meringankan beban kewangan 3daripada 6 ketidakpastian dalam hidup.

Bencana kewangan 3D (death – kematian, disability – hilang upaya kekal, disease – penyakit kritikal) dapat di kurangkan kesan kewangannya terhadap keluarga dengan income protection plan terutamanya jika kita selaku ketua keluarga.

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป/๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜ ๐—ธ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ?

Pampasan kematian/hilang upaya kekal yang sepatutnya kita ada bersamaan 10 tahun gaji.

Contoh gaji RM 5K sebulan

Formula: Gaji x 12 bulan x 10 tahun

RM 5K x 12 x 10 = RM 600K

Dengan pampasan tunai RM 600K, isteri dan anakยฒ dapat meneruskan kelangsungan hidup selama 10 tahun sekiranya berlaku kematian/hilang upaya kekal ke atas diri kita.

Manakala pampasan untuk penyakit kritikal moleknya bersamaan 5 tahun gaji.

Sekiranya gaji kita RM 5K sebulan, perlindungan yang sepatutnya kita ada seperti berikut:

  • Pampasan kematian/HUK – RM 600K
  • Pampasan penyakit kritikal – RM 300K

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ด๐—ฒ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ณ๐˜‚๐—น?

Dah jelas tentang jumlah perlindungan yang sepatutnya kita ada, kemudian barulah kita tengok bab budget pula.

Kebanyakkan orang tersilap sebab tengok harga dulu berbanding coverage yang sepatutnya ada. Pilih yang paling murah dulu kesannya 90% daripada 54% rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans dan takaful hayat yang tak mencukupi.

Sebaik-baik allocation untuk bayaran bulanan takaful jangan lebih daripada 10% gaji kita.

Kalau gaji RM 5K sebulan, 10% bersamaan RM 500. Kita ada komitmen lain lagi yang perlu ditanggung.

๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—–๐—ข๐—ฉ๐—œ๐——-๐Ÿญ๐Ÿต?

COVID-19 bukan sahaja membawa maut tetapi turut melumpuhkan ekonomi negara. Ramai yang hilang pekerjaan dan terpaksa di potong gaji akibat COVID-19. Menurut laporan Sinar Harian, seramai 81,056 penduduk di Malaysia hilang pekerjaan dari tempoh Januari sehingga 17 September tahun ini. Bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar, belanjawan 2021 membenarkan pengeluaran akaun 2 KWSP untuk caruman takaful hayat & penyakit kritikal.

๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ถ๐—ป๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€/๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ณ๐˜‚๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด?

Agak-agak pihak mana lebih untung kalau situasi di bawah berlaku? Syarikat insurans/takaful atau keluarga kita?

Caruman takaful: RM 500 x 12 bulan = RM 6K melalui akaun 2 KWSP. Sementara menunggu vaksin mendarat paling awal suku pertama 2021 kita ditimpa musibah kewangan 3D.

Pampasan kematian = RM 600K untuk kegunaan isteri dan anakยฒ meneruskan hidup.

Pampasan penyakit kritikal = RM 300K untuk kegunaan diri sendiri bagi tujuan rawatan pemulihan.

Agak-agak pihak mana lebih terkesan dan menderita sekiranya perkara di bawah berlaku? Syarikat insurans/takaful atau keluarga kita? Sudahlah kita hilang sumber pendapatan disebabkan dibuang kerja, kita ditimpa pula bencana kewangan 3D tanpa ada perlindungan takaful.

Ibarat sudah jatuh di timpa tangga.Mana keluarga kita nak cari duit yang banyak untuk meneruskan hidup kalau kita sudah tiada atau ditimpa penyakit kritikal di saat COVID-19 yang tengah menggila ni?

Moral of the story, tidak ada orang yang muflis kerana takaful. Tetapi ramai orang yang muflis kerana tidak ada takaful.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “๐Ÿฑ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *