April 25, 2024

Cara Mudah Untuk Menyimpan dan Melabur Secara Berkala Untuk Anak-anak

Dalam pada ibu bapa sibuk mencari rezeki untuk keluarga, kadang-kadang kita terlupa untuk menyimpan dan melabur untuk masa depan anak-anak.

Walaupun kita sedar kepentingan menyimpan dan melabur, namun ianya tidak mudah untuk memulakan dan mengurus dana simpanan untuk mereka.

Baca: Cara Buka Akaun Raiz

Raiz Kids: Melabur untuk Masa Depan Si Kecil Anda!

Raiz Kids adalah cara mudah untuk menyimpan dan melabur untuk si kecil anda yang berumur di bawah 18 tahun. Raiz Kids bukanlah akaun yang berasingan. Ianya adalah sebahagian daripada akaun Raiz anda sebagai sub-akaun baru.

Sama seperti baki akaun Raiz anda, anda boleh membuat pelaburan melalui duit baki pembelian anda, auto-labur atau pelaburan sekaligus ke dalam Raiz Kids anda.

Bagi yang belum mempunyai akaun pelaburan Raiz, anda berpeluang mendapat pulangan pertama RM10. Buka Akaun Raiz pertama anda dengan download apps di: https://app.raiz.com.my/invite/XADJ4H

Bagaimana Raiz Kids berfungsi?

Raiz Kids berfungsi dengan menggunakan akaun Raiz anda yang sedia ada. Anda memilih sebahagian baki anda untuk disetkan sebagai simpanan Raiz Kids. Raiz Kids kemudiannya akan membahagikan simpanan tersebut secara sama rata kepada bilangan “kids” yang telah anda namakan.

Contohnya, jika anda memilih RM500 daripada baki akaun Raiz anda yang berjumlah RM1,000, 50% (RM500/RM1,000) daripadanya akan diletakkan dalam Raiz Kids. Apabila anda melabur RM10 secara berkala, 50% daripadanya (RM5) juga akan diletakkan dalam Raiz Kids.

Sebarang pelaburan berikutnya akan disumbangkan ke dalam Raiz Kids mengikut peratusan yang telah anda pilih pada awalnya.

Apabila anak anda mencapai usia 18 tahun, mereka kemudiannya dapat membuka akaun Raiz mereka sendiri. Anda mempunyai pilihan untuk simpanan Raiz Kids ini dipindahkan ke dalam akaun mereka. Jika tidak, dana ini akan kekal di dalam akaun anda – ia tidak akan dipindahkan secara automatik.

Kelebihan Raiz Kids?

Melalui Raiz Kids, anda dapat menerapkan falsafah Raiz yang sama iaitu pelaburan berkala secara automatik, lihat ia berkembang untuk anda dan si kecil tanpa memberi kesan kepada gaya hidup anda.

Bergantung kepada usia si kecil, anda boleh melihat anggaran matlamat simpanan si kecil apabila mereka mencapai umur 18 tahun.

Perlu diingat, prestasi masa lalu bukanlah petunjuk untuk pulangan masa hadapan. Namun, kami percaya pelaburan secara berkala adalah salah satu kunci untuk membina simpanan dalam jangka masa panjang.

Bagi yang belum mempunyai akaun pelaburan Raiz, anda berpeluang mendapat pulangan pertama RM10. Buka Akaun Raiz pertama anda dengan download apps di: https://app.raiz.com.my/invite/XADJ4H

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Cara Mudah Untuk Menyimpan dan Melabur Secara Berkala Untuk Anak-anak

Leave a Reply to Tekkaus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *