December 9, 2024

Akad nikah adik

29 Mei 2015 : 10.30am : Besut, Terengganu.

 

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, adik perempuan pertama aku selamat diijabkabulkan dengan pasangan.

Selepas pemergian ayah, setahun yang lalu, tanggungjawab sebagai ketua keluarga menjadi tanggungjawab aku. Anak sulung bukan ‘posisi’ yang mudah. Tanggungjawab sebagai ‘wali’ untuk akad nikah adik perempuan memang aku sedia maklum. Menjadi lebih ‘manis’ apabila permintaan adik dan umi aku sendiri yang ingin aku menjadi jurunikah bagi lafaz nikah.

Pengalaman pertama. Nasib baik tak gagap atau tersasul. Mungkin pengalaman sebagai jurugambar perkahwinan sedikit sebanyak membantu aku ‘adapt’ dengan ‘saat-saat kritikal’ tu..hehehe..

Kata imam,/jurunikah, jarang wali ‘berani’ amik tanggungjawab ni, terutamanya orang muda..

Sebak, sedih, gembira etc, bercampur bau perasaan aku ketika sesi akad nikah nih. Rindu pada ayah makin menebal. Rindu yang tak mungkin terungkai. Ada banyak cerita best nak bagitau ayah, tapi tak mungkin dicerita.

Lebih indah kalau ayah ada, tapi Dia lebih sayangkannya.

 

“Ina, selamat pengantin baru. Semoga Ina&Hasif tabah melayari bahtera perkahwinan yang bukan semua senang dan indah. Ada pasang dan surut, ada gelap dan terang, ada pahit dan manis. Kadang lidah sendiri tergigit. Memang banyak cabaran tapi insyaAllah semua tu menjadi senang dengan sikap ‘toleransi’ dan s.a.b.a.r…susah senang bersama..”

Pengantin masih baru.

‘Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Akad nikah adik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *