March 28, 2024

TERKINI I-SINAR : PENGELUARAN RM10,000 DIBENARKAN UNTUK 8 JUTA PENCARUM

Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000, membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

i-Lestari covid19

Tengku Zafrul berkata, tiada syarat dikenakan kepada pencarum asalkan mereka terjejas akibat Covid-19.

“Setelah saya berbincang lanjut dengan pengurasan KWSP pagi tadi sukacita dimaklumkan bahawa i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

Tidak kira disebabkan kehilangan pekerjaan, atau telah terkurang pendapatan mereka tahun ini ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.”

Tanpa mengira sama ada ahli tersebut berkerja sektor formal atau bekerja sendiri, ahli terjejas atau tidak, selagi terjejas pendapatan bolehlah memohon iSinar KWSP Akaun 1 ini.

Dari 2 juta ahli yang layak sebelum ini, iSinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli. Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.

Sementara itu, KWSP akan mengemaskinikan maklumat lanjut di isinar.kwsp.gov.my

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “TERKINI I-SINAR : PENGELUARAN RM10,000 DIBENARKAN UNTUK 8 JUTA PENCARUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *