Anak-anak terpaksa ‘ponteng’ sekolah kerana mengikuti trip melancong sering kali membuatkan ibu bapa mereka berasa bersalah. Selepas membaca artikel ini, pasti rasa bersalah itu akan hilang. hehe..
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Student and Youth Travel Association (SYTA), aktiviti melancong/’travel’ berpotensi meningkatkan prestasi anak dalam akademik, pendedahan dengan budaya luar malahan kerjaya pada masa hadapan mereka.
Survey yang dijalankan ke atas 1500 orang guru di Amerika Syarikat menunjukkan 74% bersetuju dengan “efek positif” dalam perkembangan inidividu pelajar. Manakala 56% percaya, efek positif ini akan membantu pelajar ini pada masa depan.
Kebanyakan guru yang terlibat dalam survey ini bersetuju yang anak-anak yang selalu melancong akan meningkatkan lagi sikap toleransi mereka dalam sosial budaya dan mempunyai sifat sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
Selain itu, anak-anak ini akan bertindak dengan lebih yakin dalam sesuatu perkara, berdikari, cepat sesuaikan diri dalam persekitaran baru dan lebih sensitif apabila berkomunikasi dengan orang lain. Apa yang aku perasan, cara komunikasi anak yang kerap melancong juga berbeza dan nampak lebih ‘dewasa’.
Aktiviti melancong yang aku maksudkan di sini, tak semestinya melancong ke luar negara seperti Eropah, Jepun dan sebagainya. Melancong di dalam negara juga boleh memberi kesan kepada perkembangan anak-anak. Ye la kan, setiap negeri di Malaysia juga mempunyai budaya dan kepercayaan yang berbeza.
Melancong dalam keluarga kecil ke Melaka juga akan memberi kesan positif, asalkan semasa dalam trip itu, janganlah asyik pegang smartphone je kan, baik ibu bapa atau anak-anak. Sedia maklum, penggunaan smartphone yang kerap lebih memberi kesan buruk daripada kesan baik.
Asasnya, aku bersetuju dengan kajian yang dijalankan oleh SYTA itu. Ini juga berdasarkan pengalaman aku yang mula mendedahkan Dayyan dengan trip melancong sejak kecil lagi. Tak kiralah di dalam negara atau luar negara. Banyak efek positif yang aku boleh nampak berbanding dengan kawan-kawan atau sepupu yang tidak kerap melakukan aktiviti travel ini terutama bila bercakap bab konfiden dalam diri anak-anak.
Cuma satu je yang perlu kita sentiasa ingat, dalam setiap perkara baik, jika dilakukan secara berlebihan, pasti akan membawa keburukan atau kesan negatif.
Jadi, lepas ni, kalau anak-anak minta izin nak menyertai rombongan lawatan sambil belajar, izinkanlah. Biarkan mereka bebas melakukan aktiviti sihat di bawah pemantauan kita dan guru-guru mereka. 🙂
Note: Blogpost ini aku izinkan digunapakai oleh anak-anak yang ‘seram’ nak minta izin ibu ayah untuk sertai lawatan sekolah sebagai dokumen sokongan. haha..
Bermusafir membawa kita keluar dari zon selesa. ke tempat yang bukan kebiasaan. Anak anak yang selalu musafir dengan mak ayah mesti akan lebih matang dan tenang sebab masalah semasa musafir ni perkara biasa.
Bagus anak anak dapat peluang jalan jalan dan tengok banyak perkara yang di luar jangkauan di rumah. Sebab tu kita elok bawa anak anak keluar jalan bersiar siar. Mengeratkan hubungan kekeluargaan pun ya.
Betul sangat kalau kita selalu travel bersama anak-anak minda mereka lebih terbuka luas. Tapi saya tak kata juga budak-budak yang tak travel tu tak pandai 🙂
Betul tu JMR , memang kalau ikutkan macam tu lah.. anak-anak lebih terbuka dan timba ilmu lebih kalau jauh berjalan dan luas pemandangannya.. bab berdikari tu pun memang betul.. TB pun tak sabar nak bawak harraz tu makan angin dan travel jauh sikit.. biar dia merasa sendiri travel disamping pelajari sesuatu yang baru
Aah btul tu.. Sbb mcm kita sllu bawak ank buah jalan2.. Bila balik nnti dia akan ingt jalan2 kt tmpt yg dy pnh berjalan.. Siap cerita dgn cikgu lg… Kepoh.. Hahaha..budak2 ni cpt tngkap IQ dia.. Dy biarkan dia ngadap gadget je..
Saya lagi suka kalau bawak anak anak pergi jalan-jalan travel sana sini. Banyak benda dieorang akan tanya nanti. Hadap je lah walaupun penat nak jawab soalan soalan tu. Tapi tak tergamak lah nak ponteng sekolah semata mata nak travel.
hahaha so good your anak anak boleh pi travel at such a young age with you all. and yes need to let them see the world, expose to different culture and learn different things.
Betul. Travel ni boleh ajar anak pengalaman hidup. Erti kata mengembara mengutip pengalaman di negara org
Sis memang kalau travel jarang tinggalkan anak, dan sekarang ni bila nak travel anak dah pandai survey dulu mana dia nak pergi masa kat negara orang tu. Memang betul lah..travel buatkan mereka tahu banyak pekara tentang satu2 tempat tu
ia macam pendedahan yang kita tak sedar.. untuk diaorang berlajar mengenal sekeliling dan peka dengan persekitaran. dlm masa yang sama dapat bonding time dengan anak-anak selepas lama dengan aktiviti kerja dan sekolah..
Bagus nii. Selalu bawa anak keluar melancong ni umpama memberi pendedahan kepada anak tentang dunia luar kan. So anak pun tak kekok nanti bila berada di termpat orang. Bagi Nad, anak juga akan berfikiran lebih terbuka. Ibu bapa pun seronok melancong hehe :p
Betul tu.. Saya selalu travel bersama suami dan anak.. selain dari happy dapat melancong dan holiday.. Anak-anak juga boleh terdedah dengan aktivi dan dunia luar sambil dipantau oleh parent mereka betul tak?
betul abg jamar.travel dengan anak2 sbnrnya banyak mendedahkan anak dengan dunia luar.setidaknya diorang tahu dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dekat luar sana.
I suka ayat you tu. Yang penting kita tak buat secara berlebihan. Well…in another words, don’t spoil a good things. Bawa travel memang bagus. Jauh perjalanan banyak pengetahuan. Memang cara they all fikir and bring themself will be so much different.
Sangat setuju dengan Jmr! Time2 kecil2 mcm ni otak tengah berhubung . The more they explore the more knowledge they will learn. But it’s depend kalau parent tu mampu ok la. Kalau x berkemampuan dieorang boleh use another alternative
SA kan..kalau rombongan dalam malaysia emang lepaskan aje anak pergi…cuti sekolah hujung tahun lepas sekolah dia buat rombongan pi Europe…mak aiiiii….masalahnya ada gak yang pergi tu dalam 15 orang, jenis mak pak berduit la kot..kalau macam tu memang tak dapek la mama eh nak menolong…makan pasir la nanti kalau bagi pergi kan…tunggu mama dapat duit pencen la mama bawak pergi…itupun kalau panjang umur..hehehe..tahun ni dia PT3 so kena focus dulu la exam…lepas exam baru bawak dia berjalan
selalu nak bawa anak2 pergi berjalan tu time cuti sekolah ataupun lepas exam..tp memang betul tu bawa budak2 ni travel even dekat at least meluaskan minda diorang kan
Saya dah beberapa kali singah dekat blog ni. Setiap kali admin buat artikel pergi jalan-jalan / melancong, mesti dia bawa sekali keluarga dia.
Kalau anak2 da start sek rendah kan.. Valid tak kalau parents buat surat excuse utk anak2 utk ikut serta melancong kalau bukan time2 exam. Sebab travel masa cuti sekolah duit mcm air. Kahkaj
Such a lovely bonding.. to travel together with kids…. I fully agreed with you… love my kids to go for adventure….
ok dayyan n danish.. mlm ni jgk mmy anta proposal nk gi Disneyland Paris tu.. huhuhuh