April 27, 2024

Peluang Kedua

Apabila diteliti lirik “Peluang Kedua” nyanyian Nabila Razali, membawa maksud sangat dalam. Pelbagai cerita boleh dikaitkan dengan susunan indah lagu ini.

Apabila dibuat carian video untuk lagu Peluang Kedua ini, ramai penyanyai lain yang turut menyanyaikan lagu ini di saluran YouTube masing-masing. Gaya nyanyian penyanyi asal Nabila Razali ada gaya sendiri dengan penyampaian yang membawa maksud sendiri. Begitu juga dengan nyanyian penyanyi lain seperti Hael, Khai Bahar, Aina Abdul dan Shila Amzah. Masing-masing ada cara yang tersendiri. Best!

Yang tak best, apabila membaca komen-komen negatif yang membezakan penyanyi lain dengan penyanyi asal. Menghina dengan kata-kata seolah-olah tiada peluang kedua. Tidak seperti lirik indah lagu ini. Cyber b

Namun, di sebalik komen negatif, banyak lagi komen-komen oleh mereka yang positif dan berkongsi tentang peluang kedua yang mereka pernah perolehi.

Cerita Tentang Peluang Kedua

Perkongsian 1# cik lesung pipit

Arwah ayah meninggal awal tahun 2015, masa tu tahun aku tengah tunggu result SPM. Imagine dapat result SPM tanpa ayah di sisi. Tak dapat nak tunjuk result cemerlang kat ayah. Lepas accident ayah koma. Masatu aku rasa aku anak tak berguna sebab tak mampu nak buat apa2. Tak boleh bacakan yasin, solat hajat untuk ayah sebab masatu tengah period. 4 hari lepas ayah koma, doc bagitahu saraf2 utama ayah dah tak berfungsi, doc minta izin waris untuk cabut bantuan pernafasan. Kami adik beradik tak mampu cakap apa2, masing2 lari jauh dan nangis semahunya. Tapi doc kata nak tunggu lagi satu hari nak tengok ayah ada bagi respon tak, hari ke 5 ayah meninggal. Kami cari kekuatan dan ubat kerinduan dengan adik beradik ayah, sebab adik beradik ayah semua lelaki and muka diorg seiras. Bila pandang dan peluk mereka, rasa dekat sangat dengan ayah. Setiap kali jumpa adik beradik ayah mesti kami nangis dulu. Kami adik beradik rasa ralat sangat sebab kami semua tengah struggle nak bina kejayaan, nak kumpul hasil nak siapkan mak ayah nak bagi diorg selesa. Abang2 baru berapa tahun dapat kerja gov, aku pula merangkak lagi nak cari kerja. Terkilan sangat. Aku selalu doa, andai Allah bagi aku peluang kedua untuk jaga ayah, andai hari itu ayah tak accident, memang aku nak jaga betul2 nak balas jasa, dapat result SPM aku nak sambung belajar nak buktikan kat mak ayah yg aku mampu usaha untuk ubah nasib keluarga, bantu abang2 selesakan mak ayah. Tapi siapa kita nak menolak takdir. Allah lebih sayangkan ayah aku. Al-fatihah ayah. Adik janji adik akan bahagiakan mak, senangkan mak. Bawak mak lari daripada sengsara kat kampung. Adik tahu mak kuat. Adik sayang mak ayah!! . Doakan aku supaya aku dapat grad on time, dapat habiskan ijazah aku dengan jaya, dapat kerja yg baik2 untuk aku jaga mak aku.

Itu PELUANG KEDUA SEBENAR aku, untuk buktikan dekat ayah aku yg aku mampu buat mak bahagia. Balas jasa mak. Kalau aku tak sempat jaga ayah, aku nak rasa jaga mak sepenuhnya. Bawa mak duduk dengan aku. Sabar sikit ya mak. Adik tengah berjuang, sikit masa lagi adik dah grad adik cari kerja bagus2 adik bawa mak duduk dengan adik. Mak doakan adik, Ayah doakan adik. Semua yg membaca, terima kasih. Doakan aku berjaya dunia akhirat. Kak bella, kalau kak bella baca luahan saya, saya rendah diri mengharap yg kak bella murah hati nak doakan saya. Terima kasih ❤️

Perkongsian 2# Petite Umm:

Suami aku bekas banduan. Aku pulak seorang guru. Aku terima dia sebab aku tahu dia perlukan aku. Sepanjang perkahwinan, aku yang sentiasa mengajar dia menjadi baik. Lepas 8 tahun berkahwin, aku pulak mula berhijab. Tapi masa tu jugak perkahwinan aku diduga. Aku kenal lelaki yang lebih sempurna. Sampailah satu hari tu, aku terfikir, kenapa bila aku nak cari jalan Allah, aku makin sesat. Aku nekad tinggalkan hubungan haram tu dan berterus terang dengan suamiku.

Aku dah siap dimarah, dicela, disepak terajang oleh suamiku . Tanpa aku duga, dia mengelap airmata aku, peluk aku dan kata, ‘I salah. Sebagai suami I tak bimbing you.’ Ya Allah . Cam nak koyak dada aku ni. Berdosanya aku. Sejak hari itu, aku berubah jadi isteri yang taat dan aku hargai peluang kedua itu. Aku pernah berikan dia peluang kedua untuk mencari kehidupan di luar penjara .

Tak sangka 8 tahun kemudian, peluang kedua itu sebenarnya untuk aku. Aku sangka pernikahan ini untuk dia menjadi baik. Rupanya Allah telah hadiahkan lelaki yang baik itu untuk aku. Peluang kedua itu perlu untuk sebuah hati yang buta. Dan segumpal kasih yang tulus. Selama ini, akulah si buta.

Perkongsian 3# Rozita Bakar:

Suami aku sakit masuk hsptl…lepas cuci darah mlm tu,jantung dia stop tanpa aku sedar sbb jd tgh mlm.nasib ader nurse time tu.masa tu doc cuba sedaya upaya tlg Suami Aku buat cpr….Aku igt time tu Aku dah xjmpa dia dah.jntung dia ok balik setelah 28mnt terhenti.namun dia koma setelah itu.masa tu Aku xkuat tgk dia.ngis jer.dlm tempoh dia koma tu..Aku anggap Allah bg Aku peluang lg untuk bersama dia.hari2 aku igtkan dia untuk igt allah.mohon Allah ampunkan dia.tlg dia.hari2 mnta maaf dgn dia.juga

Aku maafkan dia.walaupun dia koma tp aku taw dia dgr apa aku ckp.2mggu tido atas kerusi smbil pegang tgn dia sbb aku nak hargai masa2 yang Ada tu.sbb doc dah ckp Suami Aku xde harapan nk bertahan lama.aku buat kptsn nk bwa dia balik umh sbb Kat hsptl dah kena kwlan ketat sbb kes covid19.aku ckp Kat dia “Kita balik yer syg.syg kena kuat kena bertahan ok.,”Masa tu Aku taw dia srnk Sgt dpt balik.2hari lepas tu pukul 7.21 dia tgglkan aku.aku aku syukur Sgt sbb Aku dpt jga dia dri dia mula2 skt smpi akhr nafas dia.aku Ada dgn dia.aku ckp Kat dia aku nak solat subuh dulu nanti aku ngaji Kat dia…memg btl Masa ngaji tu separuh Yasin dia menghembuskan nafas terakhir. Skg dah 2bln dia tgglkan aku.

Doakan aku kuat hadapi hari2 mendatang. Semoga Kita bertemu kembali di syurga syg..seperti Mana Allah temukan Kita di dunia ni.

Perkongsian 4# wny wny:

The real story. Aku pernah syg sgt kt someone. Tetiba aku dapat tau aku no 2. Dia ada perempuan lain. Rupanya dah 2tahun dia dgn perempuan tu. At last aku ambil keputusan untuk putus. After 1month dia dtg cari aku balik. Masa tu aku dah tawar hati. And dia ckp dia menyesal. Dia tau aku baik. Dia tak patut buat aku mcm tu. Dia kata dia pilih aku. Dia akan tinggalkan perempuan tu. Aku ckp aku xnk sebab dia dah lama dgn perempuan tu 2tahun. Aku xnk jd penghalang. And dia xgive up dia terus jumpa family aku. Dia kata dgn my mom dia pilih aku. Dia minta maaf semua nii. Beri dia peluang kedua. Hmm so aku ckp tak apa aku bg kau peluang kedua. Tlg hargai aku. And last kteorg dah kahwin. Sampai sekarang dah ada anak 2. 6 tahun kahwin inshaaAllah selama2 nya 😘

Perkongsian 5# Muhd Luqs:

dulu aku pernah kena game dengan sorang perempuan ni, 11 bulan ..LDR .. sakitnya sebab break masa masuk monthsary ke 11 .. almost nak setahun .. break sebab alasan dia aku abai dia .. then aku dapat tahu yg aku kena game and after that memang aku trauma teruk, dah tak suka nak bercinta bagai sampai lah satu harini ternampak sorang junior aku dekat sekolah, terminat tetiba .. then aku bagitahu member aku pasal dia, tup tup member aku sailang dulu hahaha tapi aku tak kisah sebab member kan .. then dia tu dapat tahu yg member aku game dia jugak .. pastu diani tahu aku minat dia .. dia curi num aku dekat fon member dia .. then dia pun bagitahu aku dia pun tercrush dekat aku so aku pun confess terus .. jujur cakap, diani lain sangat drpd perempuan perempuan yg aku jumpa sebelumni, sumpah cakap, aku ikhlas dengan dia .. sikap dia,perangai dia, memang menepati citarasa aku .. selama kami relay, jarang gaduh .. kalau gaduh pun sebab aku selalu overthinking pasal dia .. aku selalu rasa dia ni curang dengan aku .. sedangkan, dia tak pernah terfikir nak game aku .. then bila aku minta maaf, dia okay, dia cakap dia faham aku still trauma kena game .. dia faham aku .. then aku kerap overthinking pasal dia .. aku dah banyak kali janji dengan dia tapi aku still takleh buang perasaan overthinking tu .. aku selalu bagi alasan trauma .. dia still sabar and tahan dengan aku .. dia pernah bagitahu dia takut tawar hati dengan aku, but aku tetap tak endah .. aku tak jaga hati dia .. aku pentingkan diri .. 22/03/20 .. kami masuk 11 bulan .. and that day, aku gaduh dengan dia .. kami tak celeb pun monthsary tu .. a few days after that, aku start sedar yg dia macam berubah .. then aku dengan overthinking aku yg bodoh ni tuduh dia curang dengan aku, tuduh dia contact ex dia balik sedangkan dia tak pernah buat semua tu .. then dia memang dah tak tahan dengan perangai aku yang bangang ni, kami break .. then lepastu baru aku tersedar, selamani aku tak pernah jaga hati dia, aku tuduh dia macam macam , selalu overthinking bukan bukan pasal dia .. then I asked for a sec chance .. I didn’t get it .. sumpah aku menyesal gila gila .. disebabkan overthinking aku, aku hilang orang y perfect bagi aku .. lagi 6 hari ikutkan kami cukup setahun (22/04/20) .. aku try nak selamatkan relay ni sebab sayang gila weh .. tapi aku memang tak dapat sec chance .. and, thanks Nabila Razali sebab keluarkan lagu ni .. memang kena sangat .. so guys, just nak ingatkan, jangan pernah overthinking bukan bukan pasal pasangan kita okayy ? aku taknak korang menyesal macam aku ‘) .. jaga relay baik baik .. even dah break, aku still harap dia akan bagi aku peluang kedua .. I wish .. you, I tunggu you ..

Lirik Lagu Peluang Kedua – Nabila Razali

Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
LagiSepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
LagiDan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila ‘ku tak sempurna
Engkau bisikkan ‘ku yang paling sempurna
Di matamu hanya akuMaaf, andai kau terluka
Maaf, ‘ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
SesalkuMaaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
DarimuDan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila ‘ku tak sempurna
Engkau bisikkan ‘ku yang paling sempurna
Di matamu hanya akuDan andai terbuka hatimu
‘Ku…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Peluang Kedua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *