July 10, 2020

Tak Rugi Baca: Penyewa Dari Syurga

Aku terharu gila dengan kebaikan penyewa apartment aku ni.

Masa announce moratorium hari tu aku bgkan 50% off sewaan, dan aku bgtau ke kawan aku (ejen yang uruskan) kalau dia tak boleh bayar pun tak apa lah.

Penyewa aku ni kawan aku yang carikan dulu. Lama dah dari tahun 2015.

Penyewa ni berkeluarga, kerja kilang. 

Sewa apartment tu pun menten je RM800 rate tak naik dah 5 tahun. Aku punya idea simple, asal aku lepas bayar bank dan cukai, setel lah.

Ada lah sekali tu masa tahun 2018 penyewa aku ni ada problem kewangan. Dia sangkut bayar dua bulan, masuk bulan ketiga dia bayar sebulan dulu – katanya boleh bayar sebulan tu pun sebab jual henpon, dan dia akan bayar tunggakan once dia setel hal kewangan dia. 

Aku tak tanya lebih la ke kawan aku apa masalah penyewa ni dan aku memang bersedia untuk burnt je sewa dua bulan yang gantung tu. Yelah aku fikir kau pun struggle siap jual henfon takkan lah out of sudden ko boleh bayar RM1600 tu nanti. Kalau dapat menten sambung bayar bulan bulan seterusnya pun aku rasa orait sangat dah.

Tapi apa dia janji dia buat. Setiap bulan lepas tu dia bayar RM1,000 (lebih RM200) sampai lah habis tunggakan RM1600. 

Pertengahan tahun 2019 macam tu setel semua tunggakan dua bulan tu. Lama memang lah lama, tapi pointnya mamat ni pegang dan tunaikan janji dia.

Ok berbalik cerita yang aku offer 50% moratorium tadi;

Masuk April last month dia transfer RM600.

Pelik juga sebab dia dah aware pun aku offkan 50%, maknanya RM400 je. Itu pun kalau dia mampu dia bayar lah, kalau betul tak boleh juga RM400 sebab problem kerja atau apa apa benda lain yang mendesak musim Covid 19 ni, aku ok je.

Pusing ke mana pun aku memang tak bayar ke bank dah.

Tapi dia still bayar, bayar lebih pulak tu dari offer.

Semalam dia bayar lagi untu Mei, RM600 juga.

Aku tak ada lah interrogate “ehh kau ni aku dah bagi offer 400 yang kau bayar 600 juga ni dah kaya sangat ke?”

Tak, takde. Dia bayar out of respect aku terima.

Cuma benda ni buat aku terfikir something.

Ini manusia yang tak ambil kesempatan. Dia tak fikir pun “ahh owner ni ok je ni siap cakap tak boleh bayar nanti pun tak apa, aku bayar 1-2 ratus pun ok”.

Dia pun tahu aku dapat moratorium. Aku tak payah bayar bank, dia tahu monetary wise kedudukan kewangan aku untuk kes bayaran apartment ni lebih baik dari dia. 
Tapi dia tak ambil kesempatan, dia bayar juga dan bayar lebih.

Kita ni pun kalau orang bagi sewa cakap bayar 50% je duit rumah takkan kita nak bayar lebih? 

Kalau kita tak boleh buat, maknanya level nak bayar lebih tu bukan sebarangan orang boleh buat.

Lebih buat aku terfikir adalah konsep memberi yang penyewa ni tunjukkan.

Walaupun aku tahu dia bukan orang kaya (kalau kaya baik dia pindah duduk kondo atau landed house di KL tu) tapi kemahuan dia untuk memberi tu orang kaya pun ramai tak boleh buat.

Dia beri aku – lebih RM200

Bukanlah nak kata RM200 ni tak penting, tapi kalau banding antara RM200 pada dia dan pada aku dalam situasi sekarang, aku rasa dia lebih memerlukan.

Benda ni nampak mudah tapi underlying principle tu yang buat aku kagum which dalam keadaan kau tak berapa ada tu pun kau masih memberi.

Syukur Tuhan turunkan kepada aku penyewa dari syurga. 

Masih ada orang orang baik macam ni disekeliling kita.

Humanity restored.

Terima kasih tuan penyewa.

Aku tutup tulisan ni dengan memetik pesanan Raja Ali Haji dalam karyanya Gurindam 12 Fasal ke-11;

Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hujjah.
Hendak dimalui,
jangan memalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.

FB: Fdaus Ahmad

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tak Rugi Baca: Penyewa Dari Syurga

Leave a Reply to NA Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *