“ Abah kata, dibenarkan berziarah semasa hari raya asalkan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa dan tidak merentas negeri…
Pak Ngah Mail pulak kata, kalau nak berziarah pun, hari raya pertama sahaja.
Tapi, Abang Hisham nampak lebih bertegas dalam hal ini.
“Lupakan sahaja had maksima 20 orang di hari raya. Duduk rumah.”
Abah bercakap sebagai seorang abah yang mungkin faham kemahuan anak-anak. Pak Ngah macam tak nak bagi. Abang Hisham memang tak bagi chance langsung.
Sebab Abang Hisham ni doktor. Kalau hangpa sakit, dia la yang kena rawat hangpa.
Kita takkan faham bahaya sesuatu penyakit selagi kita tak menjadi doktor atau terlibat secara terus dengan pesakit. Frontliners yang berjuang mati-matian di hospital lebih faham bahayanya Covid-19 ini.
Kita belum pernah merasa sakit memanglah kita boleh sembang macam-macam, tekan macam-macam, minta itu minta ini. Pergilah jadi sukarelawan di hospital sebulan dua dan rasai sendiri.
Sebab tu Abang Hisham tegas dalam hal ni. Apa-apa yang berlaku, dia dulu yang akan hafal, nak kena jawab.”
tengok la nanti. mesti ramai yang pergi beraya dan buat open house. hahah
Tak terkejut kan kalau masih ada..biasalah orang kita haha..tapi harap-harap takde la kan.
mari kita berdoa agar pandemik covid-19 segera berakhir..
susah juga nak adapt new normal nie ..sebab amalan beraya dan berziarah sangat bagus untuk silaturahmi..
insyaAllah jika semua ambil langkah yang terbaik, pandemik ini pasti akan berakhir