April 25, 2024

PKP Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020.

Seperti yang dijangka, fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Ini status setakat hari ini. Belum tentu tidak akan disambung lagi. Jika situasi bertambah buruk atau tidak semakin baik, aku pasti akan ada fasa seterusnya.

Tak percaya? Tunggu je nanti..

Kenapa PKP Dilanjutkan?

Tindakan menamatkan PKP terlalu awal boleh mengakibatkan penularan semula #COVID19 di sesebuah negara. 

Dikhuatiri, kes penularan #COVID19 mungkin rancak kembali berlaku dalam kalangan masyarakat. 

Orang ramai akan terus dijangkiti, warga emas dan golongan berisiko tinggi akan terkesan dan kapasiti sistem kesihatan akan semakin tipis untuk melawan gelombang yang mungkin lebih besar daripada apa yang yang dilihat kini.

Susulan ada pesakit dijangkiti semula di luar negara. KKM membuat susulan dgn pesakit yang telah discaj untuk pastikan tiada jangkitan berulang.

Bagi pesakit luar negara, KKM akan dapatkan perkembangan dari pihak berkuasa negara berkenaan melalui IHR. – Ketua Pengarah Kesihatan: Noor Hisham Abdullah

Kenyataan di atas bukan jawapan daripada aku tetapi barisan paling depan dalam perjuangan menentang penularan wabak ini.

Pada aku, jika ini keputusan yang terbaik buat semua, teruskan.

Cuma, aku kurang bersetuju dengan kebenaran kepada kedai gunting rambut untuk meneruskan operasi. Prosedur gunting rambut melibatkan kontak secara langsung antara dua insan.

Ke ada teknik memotong rambut yang selaras dengan konsep ‘penjarakan sosial’? Takde kan?

Jadi ‘why bother’ untuk berambut panjang buat seketika ini. Tak pun boleh pilih jalan alternatif untuk botakkan terus. Kalau tak, bertabahlah dengan rambut panjang. Iye dak? Tak mati pun kan?

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *