November 10, 2024

Apa Jadi Selepas Sebulan Wuhan Lockdown?

Wuhan Lockdown

Sejak 23 Januari lalu, kota Wuhan telah dikunci / lockdown. Tindakan itu terpaksa diambil oleh pemerintah China kerana penularan koronavirus di kawasan tersebut.

Daripada bandar yang ceria dan meriah, Wuhan menjadi ghost town dalam sekelip mata.

Wuhan menjadi bandar pertama yang dikunci di China, malah di dunia kerana koronavirus yang kemudiannya dikenali dengan nama saintifik COVID-19.

Selepas Wuhan, China telah mengunci 12 lagi kawasan hot spot kepada COVID-19 ini.

Namun langkah oleh China itu amat memberangsangkan dalam usaha mereka mengekang dan merawat wabak tersebut.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus telah mengucapkan syabas kepada China di atas langkah luar biasa yang mereka ambil.

Kemuncak Serangan Pandemik

Padan 12 Mac yang lalu China telah mengalami peak / kemuncak kepada serangan pandemik ini. Dan pada hari ini, mereka mengumumkan berjaya mencatatkan kes paling rendah untuk COVID-19.

Satu dokumentari pendek berjudu The Lockdown: One Month In Wuhan mengungkap pelbagai momen yang terjadi dalam satu bulan ketika Wuhan di-lockdown. Namun sebenarnya, Wuhan dilockdown lebih daripada sebulan.

Pengarah dokumentari, Gen Yunfei, tidak hanya mengangkat perihal menyedihkan di sepanjang lockdown.

Malah beliau juga turut memaparkan sinar harapan yang menjelma. Dengan semangat, kerja keras, dan optimisme, mereka berhasil melawan virus.

Dokumentari ini dibuka oleh sebuah narasi yang sedikit menggambarkan kepanikan warga Wuhan setelah diserang wabak Corona Virus.

Pada masa itu, semua orang tampak ketakutan. Hari tersebut merupakan hari pertama Wuhan diLOCKDOWN.

Akibatnya, semua penjualan tiket perjalanan ditutup, dan kesemua perkhidmatan pengangkutan awam keluar dan masuk dihentikan.

Penduduk Wuhan diarahkan untuk berada di rumah sepanjang masa. Mereka diberikan bantuan apabila perlu, misalnya bekalan makanan.

Ketika itu ramai orang Wuhan yang sudah putus harapan. COVID-19 menyerang Wuhan dengan teruk dan tanpa henti. Seolah olah tiada titik penamat dan tanda-tanda ia akan berkurangan.

Wuhan Bangkit

Seorang demi seorang warga Wuhan terjangkit virus. Namun, akibat terlalu sengsara dan lemah. Dari situlah muncul semangat orang Wuhan bangkit bersama-sama untuk melawan virus yang mereka tak nampak dengan mata kasar.

Lalu mereka mulai memberikan semangat sesama mereka. Di media sosial seperti WeChat mereka mulai berkata: Jika kita tak melawan COVID-19, siapa lagi?

Pada 13 Februari, semakin banyak bantuan tiba di Wuhan, antaranya adalah 1,400 tenaga pakar perubatan tentera dihantara ke sana dengan 11 pesawat tentera.

Mereka turut membawa peralatan perubatan serta topeng muka.

China mengesahkan kesemua tentera yang dihantar itu adalah pakarĀ  menghadapi darurat termasuk wabak dan epidemik.

Sejurus selepas itu, 30,000 tenaga pakar perubatan lagi dikerah dari 29 Daerah di China, diarahkan ke Wuhan.

China mulai mengarahkan kilang yang menghasilkan topeng muka untuk meningkatkan pengeluaran  mereka. Di Hubei sahaja, mereka menghasilkan lebih 300,000 unit topeng N95 setiap hari.

Sedangkan sebelum ini, di China, mereka hanya mengeluarkan 35,000 topeng muka setiap hari.

Wajib Kuarantin

Pada 17 Februari, kerajaan China mengarahkan kesemua mereka di Wuhan untuk dikuarantin. Sama ada di hospital ataupun di rumah / self isolation.

Pegawai perubatan mereka turun padang, pergi dari rumah ke rumah untuk memberikan garis panduan tentang self isolation.

Dan pada hari ini Wuhan telah mengibarkan bendera China tanda kemenangan mereka ke atas wabak COVID-19.

Ia juga memberikan petanda dan sinar harapan kepada dunia, bahawa virus ini boleh dilawan.

China sudah memiliki kepakaran kerana kesulitan yang mereka hadapi sebelum ini.

Beberapa hari lalu mereka menghantar tenaga pakar ke Itali untuk membantu negara di Eropah itu mencegah COVID-19 yang semakin kritikal di sana.

Lockdown Wuhan memang berjaya memberikan impak positif kepada pencegahan.

Korang layanlah sendiri di sini:

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Apa Jadi Selepas Sebulan Wuhan Lockdown?

  1. langkah agresif China wajar dipuji dan diteladani.

    kelebihan mereka mempunyai tenaga kerja yang ramai dan rakyat amat faham dengan situasi negara.

    Malaysia diharap berjaya melalui wabak covid-19 dengan jaya walaupun sekarang ini kita sudah berada di Fasa kedua..

    moga fasa ketiga …ada perubahan yang menakjubkan dan ini menjadi berita gembira buat kita semua.

    sama-sama kita berdoa agar arahan kawalan pergerakan berjaya mengekang covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *