September 21, 2020

List keperluan baby semasa bersalin di hospital

Kalau ikutkan calculation dari doktor yang check up Puan Nunu, insyaAllah JMR Jr bakal dilahirkan dalam waktu terdekat ini. Deposit wad dan perkhidmatan bersalin di Hospital Pusrawi Kota Damansara sudah pun dijelaskan semasa kandungan Puan Nunu berusia 7 bulan.. Kalau takde aral, Doktor Zarina akan menyambut kelahiran JMR Jr. 

Latest check up pada 10 April lepas pun, doktor dah siap pesan supaya ‘siap sedia’ sebab bayi dalam kandungan sudah ‘turun’ dan boleh bersalin bila-bila masa. Puan Nunu senyum je..senyum sebab dia dah ‘bungkus’ segala keperluan yang perlu dibawa ke hospital pada hari bersalin nanti. Jadi, tugas aku menjadi lebih senang, cuma perlu amik dan masukkan dalam kereta je nanti..hehehe..

Tapi sebelum tu, kena gak tengok list gak, kan salah amik beg kan, hari biru lak masa tu…hahahah..aku ingatkan dua tiga barang je, sekali amekkaw, panjang la plak listnya.

 Nasib baik Puan Nunu ni dah siap update checklist barang baby tu DI SINI.

Bila first time baca..oi ni apa benda, yang ni lak apa ke barangnya? Almaklumlah first time nak jadi bapak. Tu la, masa bini dok kemas-kemas barang, ko ralit dok layan movie. Tapi ok la kan, sebelum baby keluar, sempat lagi suruh review balik checklist, dan sekurang-kurang aku tahu ‘mitten’ tu apa ke bendanya, maternity pad mana satu, dan apa beza minyak yu yee ngan minyak telon…hahaha..ok, sekarang ni aku tahu dan bersedia nak angkut semua barang ni ke hospital.

Ya Allah Ya Rabbi.. kupanjatkan doa agar dipermudahkan urusan dan semua selamat&sihat hendaknya..amin

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “List keperluan baby semasa bersalin di hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *