Perihal baby hisap jari.
Masa usia 2bulan, habit baby #DayyanHarith menghisap jari tangan selepas menyusu menjadi perkara biasa. Sekali tengok macam dia tak cukup susu atau masih kelaparan. Sesekali ibu jari tangan, tapi biasanya, ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tu memang sekali masuk mulut tu. Siap ada efek bunyi menandakan kesedapan jari tangannya.
Dan menjangkau usia 6 bulan ni, baby #DayyanHarith bukan main syiok lagi dok menghisap jari kaki..Kalau ada stokin, pantang terlepas pandang, memang basahlah stokin tu dihisap dan dikemamnya..
Mitos
Orang tua-tua cakap, budak kecil yang asyik dok menghisap jari kaki ni sebenarnya sebagai satu tanda yang dia bakal mendapat ‘kawan’ a.k.a adik.
Realiti
Tindakan bayi menghisap jari tangan bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita. Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. Jangan terkejut pula apabila puan akan merasai sendiri dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa. Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan.- sumber Pa&Ma.
Tak kisah lah, janji kena pastikan jari-jari baby Dayyan ni sentiasa bersih dan bebas dari bakteria. Sejak usia 6bulan ni, laju je jari dia disuapkan ke dalam mulut. Bukan takat jari, aku rasa toys&benda-benda lain pun dia ingat itu FOOD..semua nak masuk mulut ye termasuklah IPAD..kenyang 4hari kot..hahaha
anak akupun macam tu…mungkin dia nak teman bosan sebab bila dia dengan sepupu dia xde pulak jadi cam tu 🙂
Mungkin kata orang tua “nak terima adik”.
yeayyyyy…Dayyan dah mintak adik…
Jeng jeng jeng..mummy ngan daddy dah dup dab dup dab dah jantung tu dayyannnn..
dia baru explore hisap jari kaki tu best bro..hehehe
masih dalm zone selesa sbb dayyan isap stoking sbnrnye.. haha..
Yeayyyy nak dapat adik ! Hehehe :p
adik on da way tu. haha..
betul tu bro,orang tua-tua kata kalau budak hisap jari kaki nk dapat adik la tuh,hahaha
selamat mendapat adik dayyan, Eh!
Dayyan baru sedar dia ada kaki rupanya, bila dah tahu maka jadi bahan mainan di kala keboringan ler kaki tu…
Tak lama lagi Dayyan nak dapat adik ler tu…hehe
haha..rezeki jgn ditolak..tp kebanyakkan baby mmg mcm tu kan bro..heheh