December 9, 2024

Apa Nak Buat Bila Dapat Notis Berhenti Kerja 24 Jam?

Boleh dikatakan antara persoalan yang sering bermain di fikiran pekerja-pekerja makan gaji di Malaysia sekarang ;

Apa Nak Buat Bila Dapat Notis Berhenti Kerja 24 Jam?

Dua tiga hari lepas, aku ada sesi ‘meet up‘ dengan sahabat baik, merangka dan merancang pelaburan jangka masa beliau untuk hari tua. Alhamdulillah, sesi berjalan dengan lancar dan insyaAllah aku akan memikul tanggungjawab untuk menguruskan dana dan memantau pelaburannya.

Sempat gak beliau berkongsi tentang rakan pejabat (salah satu syarikat petroleum utama negara) yang baru sahaja menerima notis pemberhentian kerja dalam masa 24 jam. Dengan situasi ekonomi yang serba mencabar, sesiapa sahaja akan terkejut, tergamam, speechless dan rasa down. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku bersimpati dan berdoa semoga semua dipermudahkan oleh-Nya.

Retrenchment

Ajal maut jodoh rezeki kan rahsia Dia. Terfikir aku, apa akan terjadi sekiranya aku juga berhadapan dengan situasi begini.

Mungkin aku akan ambil tindakan seperti berikut;

1- Kuatkan minda. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Pada mulanya. pasti akan rasa kecewa/down dan sedih. Tak salah rasa sedih, tapi tak perlu lama. Bangkit. Cari semangat baru. Positifkan minda. Dekatkan diri dengan Allah SWT. Mungkin masa kita sibuk bekerja sebelum ni, kurang masa berdamping dengan-Nya. Mungkin masa ini juga, baru ada masa untuk bermain dengan anak-anak, atau bermanja dengan isteri/mak ayah. Aku percaya, ‘keluarga’ adalah kekuatan bagi kita. Berdoa, berdoa dan terus berdoa tanpa putus asa.

2-Kecilkan bajet perbelanjaan bulanan.

Sambil mencari sumber pendapatan baru, seboleh mungkin kecilkan bajet bulanan. Potong bajet mana-mana yang tak perlu. Tak salah pun potong ASTRO. Tak salah pun kurangkan bayaran bulanan untuk bil telefon. Kurangkan makan di luar, masak di rumah lebih sedap kan. Pendek kata, ubah cara hidup yang diamalkan sebelum ini. Masa inilah, kemahiran perancangan kewangan diperlukan. Jangan ego. Berbincanglah dengan isteri atau ibu bapa untuk merancang perbelanjaan bulanan.

3-Kerja Part-Time jadi Full-Time.

Dari zaman student, aku memang ada kerja-kerja part-time sebagai sumber pendapatan sampingan. Blog & Photography antara sumber pendapatan part-time aku yang berpotensi tinggi dijadikan sumber pendapatan utama. Series. Sebab aku dah jumpa mereka yang menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan tetap, dan mereka berjaya. Mungkin bila situasi terdesak, menjadi faktor untuk aku menjadi seorang jurufoto sepenuh masa, atau seorang penulis blog sepenuh masa, atau mungkin juga seorang jururunding pelaburan sepenuh masa? Hanya Dia yang tahu

4-Gunakan wang pampasan secara bijak.

Tidak semua yang menerima notis pemberhentian kerja akan menerima wang pampasan. Jumlah juga mungkin berbeza. Tak kiralah sebanyak mana yang diterima, paling penting kena bijak. Di saat inilah, banyak pihak akan cuba mendekati, dengan alasan boleh membantu untuk ‘beranakkan duit’ itu secara goyang kaki. Awas! Tidak semua MLM yang diceburi, berpotensi untuk berjaya, tidak semua skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa pendek tanpa sebarang risiko. Tepuk dada tanya selera. Berbincanglah dengan mereka yang boleh dipercayai dan bukannya hanya tahu mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain!

….aku percaya, rezeki akan sentiasa ada sekiranya kita berusaha tanpa berputus asa. Aku hanya boleh berkongsi idea ini, dan aku bukan berada di tempat mereka yang menerima notis sebegini. Nauzubillah.

Mungkin dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak membantu mereka untuk memulakan satu ‘kehidupan’ baru..

Selamat berjuang!

*JMR-Pekerja&Pengusaha. || +6017-2101282||

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Apa Nak Buat Bila Dapat Notis Berhenti Kerja 24 Jam?

  1. Sekarang ni saya cuba explore beberapa kerja part time… Harapnya satu hari nanti, kalau saya dapat notis berjhenti kerja 24 jam… Kerja-kerja part time ni akan dapat memberikan saya beberapa peluang pekerjaan dalam satu masa…..

  2. Pernah dapat notis 24 jam sama ada untuk kerja disana atau berhenti terus.

    So gua amik tindakan berhenti, sebab rerakan lain berhenti….

    Lagipun kerja yang gua buat, hanya gua sorang je yang buat dalam company besar gedabak tue.

    So gua chow, dan bawa semua sekali projek keluar, sebab gua yang lobi projek atas nama gua sendiri, bukan atas nama company.

    Gua bukan kaki pedajal klient he…23x

    Itu kisah 6 tahun dulu… Company tue masih berdiri gah, cuma xtau apa cerita orang2 dalamnya.

    Cuma ada la jumpa akak receptionist dekat tempat lain. Dia cakap, dia pun chow lepas kami chow sedangkan dia dah kerja dekat company tue dah lama.

    1. rezeki tu ketentuan Dia..ada kawan yg dpt notis sebegin awal thun lepas, tahun ni jumpa dia, hidup dia lebih baik drp sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *