April 19, 2024

2 Cara Jemput Rezeki

“Rezeki ini, kita kena jemput dia masuk dalam rumah kita, pejabat kita, kilang kita, kedai kita, perut kita, keluarga kita, semuanya kena berjemput. Tak boleh main-main biarkan dia duduk luar dan berlegar,”

Ini yang dikongsikan oleh penulis 21 Cerita Murah Rezeki yang diperoleh daripada seorang ustaz. Kongsinya lagi, nak menjemput rezeki bukahlah perkara biasa-biasa.

Nak jemput rezeki kena ada 2 cara di bawah ini.

Cara #1 Adab Terhadap Rezeki

Rezeki akan mengetuk pintu rumah kita, apabila kita mendahulukan adab terhadap rezeki sebelumnya. Contohnya, adab semasa makan, adab semasa dapat gaji, adab semasa sihat, adab semasa kuat dan adab semasa hebat.

Semua benda ini ada adab-adabnya. Dan itulah rezeki yang kita dapat sebelum atau pada waktu semasa.

Ada makanan lebih, kongsi. Ada gaji lebih, simpan dan beri kepada keluarga dan ibu bapa, ada kesihatan lebih, bantu orang, ada kemahiran yang hebat sikit, tolong orang. Itu semua akan menyebabkan ‘rezeki’ lama akan beritahu kepada ‘rezeki’ baru untukkembali ketuk ke rumah kita semua.

Cara #2 Hormat Pembawa dan Pemberi Rezeki

Menghormati pembawa dan pemberi rezeki. Umumnya kita tahu yang ibu bapa itu adalah anugerah yang sangat besar nilainya.

Namun ramai tak sedar yang mereka itu adalah pembawa rezeki kepada kita semua. jadi, bagaimana ingin teruskan rezeki itu masuk ke dalam rumah kita, diri kita dan keluarga adalah dengan menyenangkan ibu bapa, memberi keselesaan serta membantu semasa senang dan susah.

Waktu lapang, balik. Waktu sibuk, telefon. Dan tak boleh berkira sesen pun sekiranya mereka minta apa-apa. Biar berhabis, nanti adalah yang Allah akan ganti.

Satu lagi, tentang pemberi rezeki. Semua orang boleh sebut, “rezeki ini Allah beri,” namun tak tahu disebalik Allah beri itu, ada satu makhluk yang sentiasa melihat dan membawa doa kita naik ke atas.

Ia disebut berkat.

Makhluk berkat ini sentiasa dengan kita. Apabila kita berbuat kebaikan, si berkat ini akan naik ke atas. Lalu berjumpa Allah dan beritahu yang kita ini sentiasa berkongsi, sentiasa bersyukur dan selalu meminta kepada Allah sama ada dalam bentuk sikit atau banyak.

Dalam solatnya, dalam puasanya, dalam sedekahnya, ada sahaja yang dia minta-minta. Dan yang paling besar dalam setiap permintaannya iatu, dia mulakan dengan taubat, memohon keampunan dan kemaafan di atas segala dosanya.

Lalu barulah dia meminta rezeki yang melimpah-limpah untuk dia, untuk emak ayahnya, untuk adik beradiknya, untuk keluarganya, untuk jirannya, untuk kawan-kawannya dan untuk semua yang mengenalinya.

Ustaz itu duk ulang banyak kali, “berkat ini datang apabila kita nak orang sekeliling kita pun diketuk pintu rumahnya oleh rezeki-rezeki, kita bahagia apabila orang lain dapat rezeki itu memang sebuah kesempurnaan hati.”

Lalu Allah makbulkan kita punya permintaan.

Begitulah. Saya tulis kembali di sini untuk kalian semua. semoga kita boleh buat sama- sama ya.

Ya kawan-kawan rezeki setiap insan adalah rahsia Allah. Janjinya, siapa yang berusaha pasti akan memperoleh hasil yang sepatutnya. Cerita hanyalah sebahagian daripada kontek ebook 21 Cerita Murah Rezeki yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

Serius, bagi mereka yang sedang struggle untuk mencari rezeki, sangat disarankan untuk membaca ebook 21 Cerita Murah Rezeki ini.

Bila baca cerita dan pengalaman orang lain, barulah kita sedar kita pernah melaluinya.

Kalau nak tahu banyak lagi cerita tentang orang yang Allah murahkan rezeki ini, baca ebook ini, murah sahaja RM69 ada lebih 60 muka surat siap ada 5 teknik mudah membuka pintu rezeki.

Klik sini:

https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/736

https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/736

https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/736

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “2 Cara Jemput Rezeki

Leave a Reply to Siti Norhidanah Mohd Miswan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *