Pagi tadi, semasa rehat sebentar daripada kerja rutin aku, sempat aku belek-belek muat naik terkini rakan-rakan Facebook aku. Aku tertarik dengan satu perkongsian daripada rakan universiti aku. Perkongsian ini tentang ilmu kekeluargaan yang mungkin terlepas pandang oleh kebanyakan ibu bapa.
Hubungan ibu bapa dan anak adalah satu ikatan suci yang bukan sahaja akan saling membantu di dunia, malahan di akhirat nanti.
13 permintaan ANAK yang mungkin tak pernah mereka ucap, tetapi kita sebagai ibubapa perlu ambil tahu.
1# Cintailah aku sepenuh hatimu.
2# Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.
3# Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain
4# Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.
5# Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.
6# Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.
7# Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.
8# Aku ialah Ladang Pahala bagimu.
9# Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?
10# Jangan melarangku hanya dengan mengatakan “JANGAN” tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.
11# Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.
12# Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.
13# Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.
Aku kongsikan 13 permintaan ini untuk menjadi panduan aku dan sahabat-sahabat aku di sini. Sama-samalah kita perbetulkan mana yang tidak betul. Sayangi anak seperti mana ibu ayah kita pernah menyayangi ketika
Terima kasih perkongsian. Kadang-kadang memang termarah juga anak-anak dengan cara yang tidak betul. Moga dapat sentiasa ubah diri.
Sama-sama perbaiki kekurangan diri kan..
terbaik tuan… semua ungkapan ni mmg tak pernah dgr anak2 ucap pada kita.. kita pernah lalu zaman mereka dulu.. ungkapan tu jugak la yang selalu bermain dalam hati tapi tak dapat nak luah kepada ayah dan mak kita.. jadi pada anak2 kita sebaiknya kita kena faham yang mereka juga akan bertanya soalan dan ungkapan yang sama mcm kita dulu.. jadi tak blh la ambik tangkap muat mcm mana org tua didik kita dan apply cara didikan tu pada anak2 kita.. sbb zaman tak sama..