April 2, 2020

5 Tempat Makan Sedap Di Kuala Lumpur

Salah satu perkara yang membuatkan Malaysia unik di mata dunia adalah kepelbagaian dan keenakkan makanan yang terdapat di tanah air tercinta ini. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan variasi budaya dan cara hidup yang pelbagai, menghasilkan kepelbagaian jenis makanan.

Mengikut senarai “Destinasi Yang Mempunyai Makanan Terbaik di Dunia” yang dikeluarkan oleh CNN pada tahun 2015, Malaysia berada pada kedudukan keenam keseluruhan. Jadi, tidak hairanlah jika orang luar melihat Malaysia sebagai syurga makanan.

Setiap kali rakan perniagaan syarikat aku dari luar negara berkunjung ke Malaysia, pasti aku akan ‘entertain’ mereka ke tempat makan yang menyediakan makanan sedap di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur sahaja terdapat banyak tempat makan sedap, itu belum aku bawa ke negeri lain seperti Perak, Terengganu, Kelantan dan lain-lain.


Yang buat aku terkejut, ada rakan perniagaan aku yang berasal dari Itali sukakan kari kepala ikan. Setiap kali ke Malaysia, pasti kari kepala ikan yang digiurkannya. Berpeluh-peluh makan pun tak pe, janji tak teringat-ingat bila pulang ke negara ‘spaghetti aglio olio’

Yang membuatkan aku terkejut, ada rakan perniagaan aku yang berasal dari Itali sukakan kari kepala ikan. Setiap kali ke Malaysia, pasti kari kepala ikan yang digiurkannya. Berpeluh-peluh makan pun tak kisah, janji tak teringat-ingat bila pulang ke negara ‘spaghetti aglio olio’ itu.

5 Tempat Makan Sedap Di Kuala Lumpur

1# Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok, Bangsar

Tempat ini sentiasa menjadi tumpuan terutama peminat kari kepala ikan. Meni kari kepala ikan di sini dikatakan yang tersedap di Kuala Lumpur. Betul atau tidak, korang kena datang cuba sendiri.

Pada aku, ya, sangat sedap dan rasanya sangat pior kari mamak. Berbaloilah kena beratur panjang untuk dapatkan sepinggan kari kepala ikan!

2# Nasi Lemak Antarangsa.

Nasi lemak adalah makanan kegemaran rakyat Malysia. Tak kiralah, Melayu ke, Cina ke, India ke semua suka nasi lemak. Nasi lemak di Nasi Lemak Antabangsa ni sama saja seperti nasi lemak tempat lain.

Yang berbeza, di sini ada banyak lauk pauk yang korang boleh pilih. Lokasi asal adalah di Kg Baru. Masa awal kemunculan, bukan main panjang kena beratur untuk dapatkan sepinggan nasi lemak paru!

3# RSMY House Of Real Nasi Beriani

Dah jemu makan nasi? Nak cari makan malam yang lain daripada lain. Apa kata korang cuba Nan Cheese di RSMY House Of Real Nasi Beriani, Medan Tuanku. Nama kedai je ada ‘Nasi Beriani’ tapi menu paling hot di sini ialah nan cheese.

Cheese bukan sebarang cheese, boleh tarik cheesenya sehingga lebih 1 meter Panjang. Makan pula dengan kari kambing atu keema, pasti puas hati.

Nan Cheese Sedap RSMY!

4# Restoran Sambal Hijau.

Jika korang mencari masakan asli Melayu, di sinilah tempatnya. Restoran Sambal Hijau terletak di Sg Penchala. Pelbagai jenis lauk-pauk seperti sup, masak lemak, masak tempoyak, asam pedas, kari, kurma mahupun yang panggang disediakan Ulam ulaman juga tersedia segar.

Kesukaan aku setiap kali berkunjung ke Sambal Hijau ini semestinya Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Keli Bakar, Masak Lemak Cendawan Kukur bersama Telur Ayam, Kerabu Mangga beserta ulam-ulaman dan air Coconut Shake. Sebenarnya semua nampak sedap.

Ikan Keli Bakar dibakar dengan sempurna, tiada bahagian pun yang tidak masak. Ada sesetengah kedai menyediakan ikan keli bakar yang tidak segar, tidak masak sempurna atau pun terlebih bakar (hangus sedikit).

Tapi ikan keli bakar di Sambal Hijau tidak mengecewakan. Dicicah pula dengan sambal belacan, kuah kicap dan kuah asam. Serius aku amat gemar dengan kuah asam dan kuah kicap tersebut. Kombinasi yang sempurna jika anda makan dengan ikan keli bakar.

5# Gerai Ikan Bakar Seri Menanti Jalan Bellamy

Kalau korang memang duduk KL, confirm tahu tempat ni! Mana lagi kalau bukan di Jalan Bellamy. Gerai Ikan Bakar Seri Menanti Jalan Bellamy dikatakan antara yang paling top di Malaysia yang menjual menu ikan bakar.

Di sini, khususnya Gerai Seri Menanti ni, korang akan tengok betapa mereka tak kedekut perap dan salut ikan-ikan sebelum dibakar. Tips nak datang try makan sini adalah kena datang awal. Kalau datang pukul 2-3 petang selalunya waktu tu dah tinggal daun pisang kosong je!
Bukan takat ikan, sotong bakar pun adooooo.

Serius cakap, tempat makn sedap di Kuala Lumpur ada banyak. Aku hanya kongsikan 5 tempat makan sedap di Kuala Lumpur seperti di atas yang pada aku sangat best. Kalau ikutkan, ada banyak lagi. Nak senaraikan semua, mahu 10,20 page blogpost ni pun belum tentu setel.

Tepuk dada tanya selera. Start enjin kereta, bolehlah ke mana-mana tempat makan idaman korang. Selamat menjamu selera!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

28 thoughts on “5 Tempat Makan Sedap Di Kuala Lumpur

  1. Lama dah tak singgah blog tuan ni. Sibuk sangat sebab anak nak masuk sekolah. Kuala lumpur memang banyak tempat makan sedap. Shah alam pun tak kurang sedapnya. Hehe

  2. Semua tempat makan tu SA dah pergi..kalau dapat list kan lagi kan…lagi banyak sebenarnya tempat makan best kan…ni dah lama tak pi sebba jaga makan…lepas ni bleh la pekena semula..

  3. thanks for the top 5 recommendation! i would want to try when i got go kl! i love curry fish head a lot! so the one in bawah pokok in bangsar will be my first destination!

  4. Serius Kl memnag banyak tempat makanan..yang abe senaraikan ni pun ada beberapa tempat nad pernah makan, macam sambal hijau, rsmy dengan nasi lemak antarabngsa..sedap semua tu..memnag tak mengecewakan..kene cuba yang ikan bakar tu..nampak sedap juga..uishh..lapar pulak jadinyaa

  5. Restoran sambal hijau tu emi belum pernah merasa lagi. Macam nak cuba je nanti. Nampak.menyelerakan menunya. Duk kl ni sebenanrnya banyak je tempat makan yg best kan. Nak dengan taknak je.

  6. AM xpenah lagi cuba yg kari kepala ikan kat bawah pokok tue.. Nak cari n cuba la.. AM memang suka mkn kepala ikan.. 4 tmpt lain yg JMR suggestkan dah penah cuba n rasa.. Memang sedap.. Nak start moto cari kari kepala ikan nie.. Vvrroommm!!

  7. Banyak lagi lokasi yang x pergi ni. Bellamy tu kawan2 dok ajak sampai skang x de rezeki ke sana lagi. Kalau bro suka lauk kg. Boleh try Kak Nik Patin House kat pantai dalam. Patin tempoyak dia kaw. Hehe

  8. Alarh! Sedapnyaaaa. Kalau pergi KL, bolehlah try one of it. Cx ni bukan kaki mencari sgt kedai² best sbb jarang makan luar. Haha kedai dkt Melaka yg viral pon banyak lagi yang cx tak terjah haha. Tp juadah setiap kedai pasti ada keenakan dan keistimewaan dia tersendiri. Sebab tu terpilih kan? Confirm sedap

  9. Memang ada banyak tempat makanan yang sedap kat Kuala Lumpur kan? Namun demikian belum sempat lagi nak pergi salah satu daripada list yang terdapat di sini. Yang paling nak pergi adalah nasi lemak Antarabangsa. 🙂

  10. Dua tempat dalam list diatas dah pernah singgah iaitu Nasi Lemak Antarabangsa pernag datang sekali dan Gerai Ikan Bakar Seri Menanti Jalan Bellamy memang sedap sekali… dah repeat l3bih 3 kali. Next time pergi yang 3 lagi yang belum singgah tu.. thanks sharring

  11. Sambal hijau mmg fav liez dan husband sbb byk betul pilihan makanan, nasi lemak antarabangsa pernah makan sbb kg ayah liez kg baru, dan nan cheese liez pernah makan yg dkt danau kota.. yg lain mcm kari tu kurang rasa nak mkn sbb xsuka kari sgt hihihi

  12. Ada 1-2 kedai yang pernah saya cuba. Apa yang dapat dikata, sedapnya bergantung kepada apa yang kita suka makan sebenarnya. Seperti nasi Lemak, orang luar mungkin kata NL Antarabangsa sedap. Tapi orang Kg Baru akan pilih kedai nasi lemak yang lain. Kedai itu dekat juga dengan NL Antarabangsa.

  13. Aduhai, saya memang peminat kari kepala ikan atau apa2 masakan yg berkaitan dengan kepala ikan memang saya suka. Ok nanti nk jejak la, terliur dah tengok ni

  14. Malaysia memang kaya dengan makanan. Kalau makanan berasaskan santan ni memang berhantu sikit. Dulu masa awal-awal datang KL pelik kenapa orang makan nasi lemak malam-malam sebab dekat kampung makan as breakfast je. hahahhaha. dalam list tu memang berhajat sangat nak makan RSMY House Of Real Nasi Beriani nak try Cheese Nan tak lepas lagi.

  15. Perghhhh sedapnya kedai2 yang dicadangkan tu. Kalau boleh pergi pun weekend sebab weekdays jauh nau. Nasi lemak antarabangsa tu banyak tutup kan?. Kecuali tempat asal kat KL ni. Kari kepala ikan?….saya makan yang dekat bangi ni je. Nak ke sana jauh nau.

  16. Abby sudah mencicipi semua menu makanan diatas. klo me Malaysia Abby senang jajan di Kampung Baru sama kedai dekat masjid India tuh lupa apa nama jalan disana. Kita bebas memilih makanan nusantara disana semua siap tersaji. Makannya enak sesuai lidah saya.

  17. wow so many choices, I like to try them all too. Shall let my friends to know what to eat first and this place we no go before yet. Glad to know of this so now we can plan to go someday.

  18. Kari kepala ikan tu Tak pernah lagi try. Pernah try Kari kepala ikan Kat downtown Damansara food court. Sedap jugak situ

    Boleh la pi try Kat Bangsae tu pulak nanti. Macam sedap je ni

  19. Pernah makan dekat nasi lemak antarabangsa tu dengan dekat sambal hijau tu. Memang power la. Nak2 pulak memang fav kot masakan2 berlado ni.. Memang terbaik la kat sambal hijau tu😍

  20. Wahh citarasa kita sama lah…semua tempat makan yang diatas semua sis dah pergi dan memang sis suka. Memang makanan diaorng sedap-sedap. Ni lama dah tak gi ni..nampak gaya kena terjah semula

Leave a Reply to Suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *