March 29, 2024

Strategi Untuk Cukupkan Simpanan Persaraan

Setiap daripada kita pasti akan menempuhi tempoh persaraan, sekiranya umur panjang. Tempoh persaraan sebenarnya tiada had, selagi hayat dikandung badan. Jadi, sebagai persediaan awal, seawal usia muda, perancangan untuk sepanjang persaraan harus difikirkan. Terutama tentang ‘simpanan persaraan’.

Serius, selain kesihatan yang baik, dana persaraan juga perlu dititik beratkan. Aku percaya, ramai yang tidak memikirkan tentang hal ini dari usia muda.

Langkah-langkah Perancangan Simpanan Persaraan.

1. Berapa tahun lagi anda ada sebelum mula bersara.

Ada yang target untuk bersara awal. Purata umur persaraan rakyat Malaysia ialah 60 tahun. Jadi, jika korang tidak mempunyai impian bersara awal, kira umur anda hari ini ke umur persaraan anda. Katakan, tahun ini kita berusia 35 tahun, bermakna lagi 25 tahun, korang akan bersara.

2. Target berapa simpanan persaraan yang diperlukan pada umur 60.

Kira komitmen bulanan korang pada masa sekarang. Katakan, perbelanjaan isi rumah termasuk bayaran pinjaman rumah, kereta, pinjaman pendidikan, belanja dapur dsb, memerlukan RM4,000 sebulan. Sehingga korang mula bersara, komitment ini diteruskan. Jadi, untuk tempoh 15 tahun selepas korang bersara, korang memerlukan simpanan persaraan berjumlah RM720,000.

3. Kira jumlah simpanan persaraan yang ada sekarang seperti €PF & simpanan yang lain.

Kebanyakan pekerja di Malaysia yang mempunyai akaun €PF , akan menjadikan dana di dalam tabung ini sebagai dana persaraan. Katakan sekarang korang ada RM100,000 dalam €PF. Anggarkan dividen di €PF ialah 5% setahun. Duit korang yang ada hari ini, akan berkembang menjadi lebih kurang RM350,000 pada usia 60 tahun nanti.

4. Kirakan gap/shortfall.

Ini bermakna simpanan persaraan kita kekurangan lagi RM370,000 (RM720,000-RM350,000) untuk dapat simpanan persaraan RM720,000.

5. Strategi untuk cukupkan simpanan persaraan.

Iklas cakap, ada pelbagai strategi yang korang boleh gunakan untuk cukupan target simpanan persaraan. Kali ini, aku lebih suka untuk berkongsi 3 strategi kumpul simpanan persaraan menggunakan ‘kolam’ akaun unit trust.

Strategi #1: Boleh buka akaun unit trust untuk tujuan ini dengan simpan RM50,400 secara lump sum & biarkan berkembang menjadi RM370,200 dalam masa 25 tahun.

Strategi #2: Boleh daftar akaun unit trust dengan jumlah permulaan RM1000. Seterusnya simpan dalam unit trust secara bulan2 sebanyak RM385 selama 25 tahun. Pada umur 60 akan berpotensi dapat simpanan sebanyak lebih kurang RM370,000.

Strategi #3: Keluarkan sebahagian dari akaun 1 €PF dan kembangkan dalam unit trust.

Tepuk dada tanya hati, mana strategi yang terbaik dan mana satu yang korang mampu.

Pening kira? Nak tahu lebih lanjut tentang potensi strategi ini? Aku boleh bantu untuk buat gap analysis untuk cukupkan dana persaraan korang nanti.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Strategi Untuk Cukupkan Simpanan Persaraan

  1. Nice sharing.
    Mrs. A memang ada pun buat pelaburan unit trust PM EPF tu tapi tulah berdasarkan pengalaman so far ada juga tatak huntung bila market merudum.
    Agen kena aktif dan pandai main peranan dan top-up regularly.

  2. Betul tu..
    Nak kumpul duit untuk persaraan perlukan disiplin dan juga strategi yang betul, jika tidak.. jadilah cam akak ni haah..
    Kurang 10 tahun lagi dah masuk 60 dah, tapi tiada simpanan persaraan pun.
    Nak tahu lebih lanjut tentang potensi strategi?
    Elok hubungi JMR aja, tak yah nak pening2 kira sendiri, ? Beliau boleh bantu untuk buat gap analysis untuk cukupkan dana persaraan you nanti, in sha Allah

  3. Satu tips yang sangat bagus abg jamar.Nanti share la jugak tips utk yang bekerja sendiri .Mcm amni hahaha
    Nak jugak ada saving yg kukuh bila dah tua

    Tapi for now yg amni nampak adalah invest dlm unit trust.

  4. Woah.. Baru tau abam engineer kita ni pndai bab2 unit trust ni… Tapi betul la.. Org kata utk investment ni lgi2 utk future mcm persaraan ni kan kena plan betul2.. N kena pelbagaikan jenis investment and tak terhad kepada 1 jnis ja kan… Betul tak? Kita x pndai sangat bab2 investment ni. Tapi ada lab mnyimpan sikit utk hari tua

  5. wow this is so useful for startup, thanks for the tips. I especially agree with Strategi #3: Keluarkan sebahagian dari akaun 1 €PF dan kembangkan dalam unit trust. I also did that before haha.

  6. saya selalu fikikan unit trust..tapi tak tahu keuntungan banyak mana..sangat berbaloi atau tidak..tapi mmg sy buat simpanan khas di asb jer..untuk masa depan dan masa jangka panjang

  7. Unit trust tu mmg terjamin ke? Sebab ketiga-tiga cara pun melabur kat unit trust. Ikut pengalaman mouse mommy, unit trust ni mungkin x dpt pulangan yg seperti dijangkakan ataupun mungkin akan merosot wang capital jugak. Kena pandai pilih unit trust jugak.

  8. Perkongsian yang bermnafaat untuk peringatan hari tua. Masa masih bekerja dahulu banyak juga rakan-rakan yang guna strategi yg jmr mentioned dekat atas tu. Yang masih belum tahu kepentingan strategi macam ni memang kena sedar cepat. masa tak menunggu kita.

  9. Betol tu banyak cara nak saving untuk masa pencen nanti. Macam husband mmg gov so da terjamin simpanan. Tapi kami still buat simpan kt ASB. Kena pikir panjang.. lagi2 ada anak kan.. yang senang mereka juga.

  10. Sebenarnya ruby pun sedang risau. Plan utk hari tua macam takda langsung. tak nampak bayang pun. hahaha. sekarang duit macam air. harap baki epf tahun 2011 je la utk survive nanti. itu kalau sempat bersara. ni nak tunggu bleh keluar duit tu umur 55 tahun pun lama lg. walau apa pun siapkan penama semua harta. rasa mcm pendek umur. hahaha

  11. Perkongsian yang bagus. Tak tahu oulak boleh bukak akaun unit trust untuk simpanan masa persaraan. Boleh ikut tios ni. Saya lencen nanti umur 56 tahun. Ada 22 tahun lagi nak sampai umur pencen tu. Memang kena start dah fikir masa depan.

Leave a Reply to Alia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *