May 27, 2020

Ilmu Baru di Simposium Saham Syariah 2018

Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, mentor saham yang tidak asing lagi di Malaysia. Aku mula mengenali beliau beberapa tahun sebelum mula berdagang dan melabur di pasaran Bursa Malaysia. Setiap kali ada seminar yang dianjurkan oleh Asri Ahmad Academy, aku akan mencari masa untuk dicuri dan hadir ke program yang dianjurkan oleh beliau.

Baru-baru ini, aku dan rakan blogger berpeluang menyertai Simposium Saham Syariah yang diadakan di UiTM Shah Alam. Aku tertarik dengan objektif program kali ini, Saham Syariah. Jika sebelum ini, kebanyakan program tentang saham lebih tertumpu kepada asas jual beli saham di pasaran Bursa Malaysia.

Dari jam 8 pagi hingga lewat petang, kami berkampung di dewan yang sangat dingin, mendengar diskusi dan perkongsian daripada beberapa nama hebat di Malaysia. Output daripada sesi ini, beberapa kemusykilan dan ketidakpastian yang aku dok fikirkan sebelum ini, terjawab sudah.

Aku tak nak berceloteh panjang untuk post kali ini. Cuma aku highly recommended untuk korang yang berminat dengan saham, jangan lepaskan peluang menuntut ilmu dengan mentor saham no#1 Malaysia dengan menghadiri sesi perkongsian sebegini. Aku rumuskan beberapa ilmu yang aku dapat semasa Simposium Saham Syariah tempoh hari.

Ilmu Baru di Simposium Saham Syariah 2018.

Sesi pagi dimulai dengan perkongsian oleh Tuan Faizul mengenai Gunung Kewangan, bagaimana untuk mengatasi plateau atau siling dalam kehidupan dengan mencari guru yang betul.

Tuan Faizul penuh bersemangat!

Lepas tu, dengar pula daripada Tuan Haji Mohd Asri mengenai Formula 7RM, bagaimana untuk mengenal pasti saham mana yang bagus, dan masa terbaik untuk beli saham.

Apa Itu Formula 7RM?

  1. Right mindset
  2. Right market
  3. Right Meaning/Mea
  4. Right Management
  5. Right market price
  6. Right Moment/Timing
  7. Right Money Management

Sesi diteruskan dengan ucapan daripada CEO Bursa Malaysia, berkongsi pengalaman dan tips bagaimana untuk menjadi seorang trader yang berjaya, dan pentingnya disiplin dalam berdagang. Aku suka dengan setiap perkongsian oleh Datuk Seri Tajuddin Atan terutama bab “Celik Kewangan“. Pengalaman beliau yang lama dalam industri kewangan di Malaysia membezakan beliau dengan ‘trader’ yang lain.

Kata beliau, 4 prinsip utama yang sering kali tidak dipenuhi oleh pedagang di pasaran saham iaitu:

  • Fundamental
  • Charting
  • Technical Analysis
  • Gut feel/Gerak Hati

Beliau juga berkongsi cara terbaik untuk membuat keputusan di dalam jual beli saham (Decision Making). Ilmu ‘decision making’ ni nampak simple, tapi sangat powerful untuk trader berjaya.

  1. Worst thing- should worry what you don’t know.
  2. Require a lot of discipline & emotion.
  3. Discipline- timing of entry & exit the market. Stick to main Objective & strategy.
  4. Psikologi. Penting untuk faham keadaan pasaran semasa dan orang di sekeliling.

Kongsinya lagi, Paling untuk elak jadi ‘degil’ untuk membuat keputusan ketika berjual beli di pasaran saham. “Degilsm” tidak beri apa-apa kesan kepada perkembangan hidup seorang trader/investor.

Greed is good..Psychology+Emotion akan diterjemahkan di dalam Carta (Chart). Jadi perlu untuk kita kuasai ilmu carta, supaya kita dapat tahu emosi pelabur.

Maaf, aku campur adukkan sebab ini apa yang sempat aku catit. hahaha

Simposium Saham Syariah

Seterusnya Datuk Samsul Husin, pengerusi DNEX Berhad dengan topik Bagaimana Membina Syarikat Berpotensi ke Bursa Malaysia.

Aku tertarik dengan kisah hidup beliau. Beliau memulakan syarikat dengan 3 rakan sambil bermodalkan RM20,000. Sekarang syarikat beliau dah mencecah RM1 bilion pula. Jika beliau boleh buat, kenapa tidak kita kan?

Kemudian Mufti Wilayah Persekutuan pula naik ke pentas bagi membincangkan topik Melabur Tanpa Ragu. Lepas ni tak perlu takut lagi untuk melabur dalam saham patuh Syariah di Bursa Malaysia, mufti pun dah bagi green light tu.

Belum tamat Simposium, kepala aku dah sarat dengan ilmu tentang pelaburan saham patuh syariah. Tapi sesi seterusnya lagi menggamatkan suasana. Hilang rasa penat sebab sedut ilmu saham banyak sangat. Aku rasa 80% daripada sesi ini dimeriahkan dengan gelak ketawa audien.

Serius, dalam dok gelak-gelak, banyak ilmu saham dunia & saham akhirt yang di kongsikan oleh geng-geng ustaz, Ustaz Ahmad Husni, Ustaz Syed Norhisyam & Ustaz Haslin Baharin.

Mereka ini yang turut berdagang dan melabur di pasaran saham Bursa Malaysia.

ustaz main saham

Boleh bayang tak, betapa bestnya Simposium Saham Syariah ini? Terasa rugi kan tak join sama?..Jangan kecewa sangat.

Banyak lagi program-program seperti ini yang telah disusun atur oleh pihak Asri Ahmad Academy demi menyedarkan tentang orang kita yang pasaran Saham di Bursa Malaysia adalah lubuk duit.

Nak cekau duit di lubuk itu, kenalah tahu cara, kenalah ada ilmu kan.

Untuk program seterusnya, boleh semak di: www.asriahmadacademy.com

Asri Ahmad Academy

Tahniah kepada semua yang hadir ke Simposium Saham Syariah 2018. Moga agenda pemerkasaan ekonomi ummah ini dirahmati Allah SWT.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Ilmu Baru di Simposium Saham Syariah 2018

  1. Pingback: URL
  2. Woah bagusnya ada symposium macam ni..esp for muslim kan..bukan apa…mcm2 sangat org cerdik pandai sedap2 cakap xboleh la main saham..itu la ini la….
    Arghhhh org2 mcm ni lagi wajib join symposium ni..hahhaha

  3. pernah join sekali event saham dari AAM. memang best dan bersemangat. banyak speaker best2 sepanjang simposium. bagus sangat celik ilmu saham supaya dapat melabur dengan yakin

  4. Khusyuk betul duk dengar ye. Hehe. Emi so far memang belum berminat pasal saham bagai ni. Nampak macam complicated je. Tapi in future mana la tahu blh tersuka pulak kan.

  5. Bagusnya ada majlis ilmu seperti ni. Tak semua orang tahu mengenai ilmu saham seperti ni. Bila ada mufti yang memberi talk mengenai hal ni sedikit sebanyak kita dapat ilmu yang mungkin sebelum ni kita tak pernah tahu. Ilmu dunia pun dapat,akhirat pun dapat. Nice sharing bro JMR

  6. Kalau ada saham ikut syariah ni, berbaloi sikit nak join. Tak reti pasal saham ni sebenarnya tapi it is a good investment kan. Lagi lagi bila ada yang patuh syariah, lagi bagus

  7. Majlis ilmu mcm ni mmg sgt bagus. Secara tak langsung membuka lebih bnyk ilmu rujukan, beri semangat dan networking juga.. terbaik bro.

Leave a Reply to huda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *