March 29, 2024

Nak ‘Surprise’kan Isteri, Tak Perlu Tunggu Hari Istimewa. Bila-bila Masa Teddyprank Boleh Tolong!

Kejutan atau ‘surprise’ setiap kali menyambut hari istimewa adalah normal bagi setiap pasangan. Hari Jadi ke, hari ulangtahun perkahwinan ke, aktiviti sebegini memang menjadi kebiasaan kan? Mungkin jawapan kau orang, YA..atau mungkin juga tidak bersetuju dengan kenyataan aku ini. Aku pun tak bersetuju sebenarnya.

Setiap kali hari jadi isteri, atau hari ulangtahun perkahwinan kami, memang tiada ‘surprise’. Sebabnya aku atau dia dah boleh agak. Lagi pun aku dan isteri lebih merancang untuk menyambut hari tersebut sama-sama.

Takde maknanya nak terkejut kalau tiba-tiba ada orang datang bawa kek sambil nyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun sayang ke, itu dah menjadi perkara tipikal. Dah boleh agak. Tak best!

Kalau bercakap tentang ‘surpirse’ atau kejutan untuk yang tersayang, aku lebih suka melakukan perkara ini di luar jangkaan. Seboleh mungkin tak nak pun dia bau jejak kejutan tu. Semestinya untuk pastikan ini berjaya, aku tak mampu lakukannya sorang sorang kan.

At least ada someone yang tolong melaksanakan ‘surprise’ ini. Lagi best, aku just monitor dari jauh. Aku takde pun di tempat kejadian kejutan tersebut. Haa baru best!

Mood romantik aku untuk buat surprise kat isteri ni tak kira masa.

Kalau aku rasa lusa nak buat surprise, aku terus cari Surpirse Planner dan tempah slot.

Kalau rasa petang malam Jumaat nak buat kejutan, hari ni gak aku dah cari Surprise Planner yang power yang boleh buat isteri teruja dengan kejutan tersebut.

Kalau takde idea untuk hadiakan apa, aku akan diskas dengan Surprise Planner terlebih dahulu.

Bagaimana, bila dan di mana pun aku akan rancang terlebih dahulu dengan Surprise Planner. Ini wajib. Walaupun isteri aku selalunya ada di ofis, tetapi tetap kena rancang. Kang tak pasal-pasal bila Surprise Planner tiba, isteri aku lak ada meeting di tempat lain. Rosak la kejutan tu nanti kan. Tapi biasanya, Suprise Planner ni dah tahu nak set masa macam mana. In case tiba-tiba yang nak dikejutkan tu keluar, pandai-pandailah Surprise Planner nak buat yang terbaik. Haa nampak tak betapa pentingnya Surprise Planner untuk pastikan rancangan kejutan aku berjaya.

Tidak dinafikan, servis Surprise Planner di Kuala Lumpur/Selangor ni memang banyak. Kalau aku buat carian di Google “Suprise Planner terbaik di Lembah Klang”, memang berderet la senarai tu. Tapi aku suka dan pernah ada pengalaman ‘manis’ deal dengan Teddyprank The Best Suprise Planner in KL ni.

Manisnya sebab apa? Ada 2 sebab:

  1. Isteri aku memang terkejut dengan kehadiran Teddyprank.
  2. Last minit guna servis Suprise Planner pun boleh!

Ini kali ke-2 aku menggunakan servis Teddyprank untuk ‘surprise’kan isteri aku. Jika sebelum ini aku surprisekan masa hari ulangtahun perkahwinan kami, pada minggu lepas plak aku buat kejutan tanpa apa-apa hari istimewa!

Aku gunakan servis Surprise Planner terbaik di Malaysia ini dengan mengirim sejambak coklat & sebiji belon terpampang besar-besar “I Love You” ke ofis dia.

Salah ke? Tak salahkan..in fact, cara ini lebih mengejutkan. Sebenarnya aku just nak hantar wish “Congratulation” sebab baru menjawat posisi yang lebih baik di tempat yang lebih.

Tapi selepas berdiskusi dengan Puan Wawa dari Teddyrprank, lagi ohsem jika aku hantar belon I Love You tu. Kaler pink lagi, warna kegemaran isteri.

Ternyata rekemendasi dari tim Teddyprank memang mantap!

Bukan takat aku yang excited, isteri lagilah teruja dan terkejut gila. Nak cakap happy macam mana ye..ibarat minggu lepas tu dah macam minggu ulang tahun percintaan kami. Rasa berbunga-bunga je hati ni…Tambah memeriahkan lagi, budak-budak ofis dia dok wish Happy Anniversary je, sebab diorang ingat hari tu adalah hari ulangtahun perkahwinan kami..haha..

surprise planner

Alhamdulillah, segala perancangan ringkas aku dan tim Teddyprank menjadi. Simple tapi sempurna.

Aku highly recommended servis Teddyprank ni pada sesiapa yang nak sedang mencari surprise planner. Boleh diskas dengan tim diorang untuk kejutan yang korang idamkan.

Siap request boleh rekodkan video mangsa kejutan lagi ok..Ye la, nak gak tengok muka terkejuta mangsa tu kan.

Di bawah ni aku kongsikan detail Teddyprank untuk tempahan:

Facebook: @teddyprank4u
Instagram: @teddyprank
019-7564019
http://www.wasap.my/60197564019

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

20 thoughts on “Nak ‘Surprise’kan Isteri, Tak Perlu Tunggu Hari Istimewa. Bila-bila Masa Teddyprank Boleh Tolong!

  1. Wahhhh sweetnya abg Jamar. Yelahkan, nk surprise kan yg tersayang x semestinya kena tunggu certain tarikh. Bila-bila masa je pon boleh. Mudahlah ada perkhidmatan seperti ini. Senang nk buat kejutan utk mereka yg tersayang

  2. Gittewww haaaa. Suami macam ni la yang disayang2 oleh si isteri. Sesekali buat surprise macam ni, isteri pun rasa dihargai dan disayangi. Mesti dia happy sangat2.

  3. Setujuuuuu…. Laki laki kat luar ni kena selalu suprisekan para isteri, baru isteri bertambah rasa dihargai… Tak perlu nak tunggu Anniversary atau Birthday je… 👍

  4. Betul tu JMR memang nak supprise orang tersayang tak kira masa hehehe bila dapat peluang nak gembirakan mereka hehehe tapi ada masa juga orang perempuan kena supprise orang laki juga hehehehe..

  5. Wah bestnya surprise2 mcm ni tapi malangnya tak de sapa nk bg.hahaha. Saya lebih prefer gubahan yng penuh dengan coklat ataupun bunga. Baru cantik sikit.

Leave a Reply to MAT DRAT Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *