December 2, 2020

Penjara Lautan

Lumrah manusia adalah hidupnya di daratan. Kalau terpaksa hidup di lautan, sedikit melawan lumrah kehidupan. Di sebalik impian ramai technical guy yang ghairah untuk menceburi diri dalam kerja mencari gali minyak&gas, nasihat aku, siap sediakan diri secukupnya. Bayangkan, hidup di suatu kawasan yang berkeluasan lebih kurang 500m x 150m, di atas lautan yang tidak dapat diramalkan geloranya, dan berpagarkan lautan biru. Bukan niat untuk menakutkan, tapi ini realiti bro..hehehe..

 

Bersama geng baru, Amir Torres! Selama 21hari, siang malam aku lepak ngan mamat ni di barge S-300 di KN platform baru-baru nih. Bilik TV, galley, surau, smoking area semua kami conquer. Bro, nasib baik lu ada. Kalau tak, bosan aku ngular sorang-sorang..hahaha..

* Oh ye, satu tip untuk korang yang baru nak berjinak-jinak meneruskan karier di offshore, first time sampai di sana, cepat-cepat cari kawan dan mulalah berkawan. Biar hidup happy go lucky & ceria sokmo. Kalau tak, satu hari di lautan bersamaan dengan setahun di daratan. Enjoice!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Penjara Lautan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *