December 7, 2024

Aonang

Siri trip kami ke Krabi diteruskan selepas checkin bilik dan rehat seketika. Agak gila kalau terus keluar di tengah-tengah panas terik, tao la excited kan. So, kami bajet lepas Asar baru nak keluar mencari makan dan ushar persekitaran Aonang. Aku rasa penginapan aku di Aonang Buri Resort memang sangat strategik, dari situ, kami boleh berjalan menghala ke arah kiri dan sepanjang jalan tu, memang terdapat pelbagai kedai mahupun restoran. Tapi kalau berjalan menghala ke kanan, memang haram nak jumpa apa-apa kedai, sebab resort tu adalah antara resort yang terakhir di Nopparat mahupun area Aonang..

 

Yosh..jom kita berjalan-jalan. Sambil berjalan, sambil borak-borak, sambil henti-henti di setiap kedai, sambil melantak di gerai-gerai tepi jalan. Eh halal ke?

 

Jangan risau. Makanan halal di kawasan Aonang, Krabi ni memang senang didapati. Even di warung-warung pon ada yang sediakan makanan halal. Chef-chef pon makcik-makcik yang bertudung lagi. Boleh melantak tanpa was-was.

 

Rujuk kepada gambar di atas. Yes! Mango blended ni salah satu feveret Puan Nunu sepanjang berada di sana. 30baht segelas atau aku consider kan ajer sebagai RM3..mango fresh lak tu, takmain la guna perasa+pewarna. Haa yang sepinggan kat depan dia tu pon satu lagi snack kegemaran Puan Nunu. Kenal gapodio tu??

 

Ni la dia pancake. Pancake ko panggil???? Aku mati-mati ingatkan pancake tu yang makan time brekpes. Ni kalau aku, aku panggil roti pisang je, takpon roti coklat. Ala dia ala-ala roti canai telur je sebenarnya, gempak je nak panggil pancake..nasib baik aku tak mintak kari atau dal mamak je..Pancake coklat ni just 25baht atau aku anggap je RM2.50..

 

Selepas singgah di warung pancake tu, kami teruskan lagi perjalanan kaki kami ni. Kali ni berjalan-jalan di tepian pantai, sambil cuci mata..tapi takmain la aku cuci mata ngan gambar kat atas ni. Ni bukan taste gue..hahahah..

 

Cuci cuci mata pun, gambar kami wajib diambil. Ni testing guna kamera pink Puan Nunu. Cara gak bawak kompak kamera. Kalau tak asik gambar orang lain, gambar sendiri yillek..

 

 

Ni eh tuk-tuk?

 

Ni baru betul kan. Nasib baik datang ngan Puan Nunu, kalau tak banyak lagi aku boleh upload nih..hahaha..ni area kedai-kedai souvenir yang last-last dah. Rasanya dah nak masuk dua kilometer berjalan kot nih..

 

Jalan punya jalan, terjumpa dengan convenient store nih, Ocean Mart. Ni antara convenient store yang besar kat Aonang nih selain daripada 7Eleven. Tapi 7 Eleven takde roti keping halal. Kat sini ada..tapi yang peliknya, roti halal kat sini, teksturnya agak keras dan kecil. Takpelah, janji ada kan, leh buat brekpes or alas perut masa trip ke 4 Island keesokan harinya.

 

 

Puan Nunu jenuh memujuk aku nak sewa skuter pink nih. Nasib baik aku pandai bagi alasan baek punyer..hahaha..

 

 

Sempat lagi si Puan Nunu borak-borak dengan kawan-kawan baru diorang..hahaha..aku wonder gak, pasal lak banyak sangat patung beruk kat sepanjang jalan sini. Rupanya ni sekadar hiasan sebagai tanda hentian bas. Bas? Aku ingatkan bas cam bas mini ke, sekali tengok ada cam lori yang boleh naik ramai-ramai kat belakang tu..cam comel gak kalau dapat naik ‘bas’ tu…

 

 

On the way balik ke bilik, memang dah nak masuk waktu magrib. Waktu senja memang cantik kalau cuaca sebelumnya sangat baik, yakni tak terlalu panas, tak terlalu sejuk. Ada satu tempat kat pantai Aonang ni, memang menjadi hotspot untuk photographer rakamkan saat-saat matahari terbenam. Dengan tripod takΒ  bawak, guna kitlense je, aku join gak nunggu kat tepi pantai nih. Ramai gak photogrpher-photographer yang sabar menunggu, sambil dok setting-setting apa yang patut. Aku? Belasah je setting mana pon, janji dapat snap gak…

 

Indahnya ciptaan Tuhan..

Bila dah terbenamnya matahari, tandanya apa ek? Ye, selain masuk waktu Maghrib, tandanya sudah masuk waktu makan malam…perut dah berbunyi okkey! Chow luh..nanti aku sambung lagi!

Enjoice!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Aonang

  1. Pingback: Nasi Goreng Nenas @ Chaba Thai Kitchen, Krabi |
  2. wah syoknya gi melancong + honeymoon kalau aku nak gi sana nanti aku minta guide dekat ko je JMR.. hehehe

  3. best gak ek sini….
    tempatnya menarik and nampak tak hectic….
    and yg paling suka senang dpt halal food….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *