April 9, 2020

Manhattan Business Hotel, Damansara Perdana. Berbaloi Atau Tidak?

Hujung minggu lepas, aku berpeluang menginap di sebuah lagi hotel berkonsep “perniagaan/ business”, Manhattan Business Hotel Damansara Perdana. Memandangkan hotel ini berdekatan dengan pejabat isteri dan tadika anak aku, aku membawa mereka bersama untuk tidur di hotel ini.

Terletak berdekatan dengan tumpuan ramai iaitu pusat membeli-belah One Utama dan eCurve/IKEA dan pusat perniagaan , Manhattan Business Hotel Damansara Perdana ternyata satu pilihan terbaik sebagai penginapan. Sekiranya kau orang mempunyai urusan di sekitar Damansara dan perlukan sebuah penginapan, aku sangat rekemenkan hotel ini. Selain lokasi yang strategik, bilik yang selesa dan kelengkapan yang lengkap menjadi sebab utama untuk memilih menginap di sini.

manhattan hotel damansara perdana

“Wow..” kata teruja daripada Dayyan sebaik sahaja menjejak kaki di lobi Manhattan Business Hotel Damansara Perdana ini. Warna tema hitam diselangi warna keemasan menimbulkan lagi ke’eksklusif’an hotel ini. Kami disambut oleh staff bertugas dengan mesra. Urusan pendaftaran diselesaikan dalam masa hanya beberapa minit. Dayyan dan Danish dah tak sabar-sabar untuk menikmati pengalaman menginap di Manhattan Business Hotel ini!

Bilik Luas dan Selesa

hotel selesa untuk anak

Kali ini, aku menempah bilik Deluxe King untuk satu malam dengan harga RM195/malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Menempah secara terus di website Manhattan Business Hotel adalah lebih murah berbanding dengan Online Travel Agent (OTA) yang lain. Tak percaya, kau orang buatlah perbandingan terlebih dahulu sebelum proceed untuk menempah mana-mana bilik hotel.

Katil bersaiz ‘king’ yang disediakan cukup selesa untuk aku & isteri bersama Dayyan & Danish. Ruang bilik juga besar, bersih dan selesa. Bukan main seronok lagi Dayyan siapkan kerja sekolahnya di ruang kerja yang disediakan di sini.

Manhattan Business Hotel

Di sudut bilik, ada disediakan meja sebagai ruang kerja khas kepada “businessman’ yang merupakan pelanggan sasaran di hotel ini. Cerek dan minuman segera juga disediakan, kot kot kau orang inginkan minuman panas sambil setelkan assignment pejabat.

Apa yang menarik perhatian aku di sini, walaupun harga bilik di sini agak rendah tetapi kelengkapan yang disediakan sangat lengkap.  Jika pelanggan terlupa untuk membawa bersama kelengkapan bilik air, “it’s OK” sebab semuanya sudah disediakan di sini seperti berus gigi, sikat, shaver dll.

Sambungan Internet Laju

Pada kau orang yang menginap di sini dan perlukan sambungan internet untuk melakukan kerja-kerja di atas talian, jangan risau dengan tahap kelajuan internet di Manhattan Business Hotel ini. Pasti berpuas hati. Pengalaman wife aku memuat turun ‘file’ yang bersaiz besar dalam masa singkat menjadi point penting. Senyum je dia berjaya selesaikan assignment pejabat dalam masa yang singkat. *thumbsup!

Complimentary Breakfast

Sarapan pagi itu penting untuk memastikan hari yang bertenaga. Gabungan kafe berkonsepkan Ninth Street Espresso iaitu kafe yang terkenal di Newyork dan menu sedap, pasti membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan pada hari ini kan.

Hiasan dalaman di sini sangat menarik perhatian aku. Ada keunikan tersendiri kan. Ini ruang dalam. Turut disediakan ruangan luar untuk menikmati udara segar di pagi hari.

Sebelum ke pejabat, aku sempat bersarapan bersama Dayyan dengan menu set scramble egg dan mushroom omelette. Sedap. Cukup kenyang. Oh ye, ada 4 pilihan menu bersarapan di sini yang hanya akan dimasak apabila menerima pesanan. Kalau nak pesan lebih pun boleh, hanya RM12 untuk setiap set ini.

Buffet roti bakar dan kopi/teh turut disediakan untuk melengkapkan menu sarapan pagi kau orang.

Kafe Ninth Street Espresso dibuka untuk sarapan pagi dari jam 7 pagi hingga 11 pagi. Selepas itu, pelanggan hotel masih boleh menikmati menu lain atau set kopi istimewa di sini sehingga lewat petang. Serius best hiasan dalam kafe ni!

HOTEL MURAH DAMANSARA

Bilik Super Deluxe.

Oh ye, terdapat beberapa jenis bilik lain turut disediakan di sini. Sekiranya kau orang inginkan bilik yang lebih besar berbanding bilik yang aku stay tu, bolehlah menempah bilik Super Deluxe. Keluasan jauh lebih besar daripada bilik kami, dengan harga RM240/malam.

Nampak syok je kan bilik ni. Lain kali, bolehlah aku tempah bilik ini pula untuk kunjungan akan datang. PAsti Dayyan dan Danish lagi teruja!

Manhattan Business Hotel
Super Deluxe Room

Berbaloi ke Tidak?

Pada aku, sangat berbaloi menginap di Manhattan Business Hotel ini terutama apabila kau orang dalam tugasan atau perlu menghadiri meeting/seminar di sekitar Damansara. Semalaman di sini, aku sangat berpuas hati dari segi kebersihan, keselesaan bilik dan juga staff yang mesra dan cekap.

Nak lebih berbaloi, tempah sahaja bilik di hotel ini secara terus daripada laman web www.manhattanbusinesshotel.com.my . Melalui pengalaman aku, menempah di laman web diorang lebih murah berbanding daripada Online Travel Agent (OTA) lain. Kalau tak percaya, bolehlah bandingkan harga terlebih dahulu ye..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

20 thoughts on “Manhattan Business Hotel, Damansara Perdana. Berbaloi Atau Tidak?

  1. Wahhh!! Cantiknya deko biliknya.. semua complete tersedia.. sesuai utk traveller business yg selalu kerap outstation kat luar.. pasni leh set meeting kat area situ, pastu leh check in bilik & gunakan kemudahan di sini.. best best..

  2. Lengkap betul semuanya ada. Nampak mewah sangat ya. Seronoklah bebudak tu dapat menginap hote mewah mcm nie. Bagus juga utk dijadikan tmpt utk rehatkan minda dan meluangkan masa bersama keluarga

  3. Suka sgt tgk deconya.. minimalist tp nampak maskulin.. bilik pun cantik.. nampak mewah.. seronok anak2 erk.. harga berpatutan dan complete service tip top mmg best la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *