March 29, 2024

Kacang Pool Haji, Taman Dato Onn, Johor Bahru

Kacang Pool Haji, Taman Dato Onn, Johor Bahru

Dah lama rasanya aku tak update pasal kisah makan-makan semasa kembara aku ke mana-mana tempat. Sudah menjadi tabiat aku untuk mencuba makanan istimewa tempatan yang rata-rata dicadangkan oleh blogger. Jika sebelum ini aku dah mencuba beberapa tempat makan sedap di Ipoh yang juga mendapat carian terbanyak di blog ini, kali ini aku ingin berkongsi satu tempat makan menarik di sekitar Johor Bahru.

KACANG POOL HAJI -SINCE 2005

Sedia maklum, Kacang Pool Haji adalah jenama makanan tempatan yang terkenal di Johor Bahru. Pendek kata, kunjungan ke Johor Bahru tidak lengkap sekiranya tidak pekena kacang pool ini. Pada yang tidak pernah merasa menu kacang pool ini, asasnya adalah ‘kacang’, samada guna baked bean ke, kacang parang atau pun kacang merah. Bahan sampingan seperti daging lembu atau kambing memberi variasi kepada kacang pool ini.

Menu di Restoran Kacang Pool Haji, Taman Dato Onn

Jangan tanya aku Resepi Kacang Pool ini, sebab aku pun tak tahu! Aku tahu makan je. Ini kali pertama aku mencuba Kacang Pool Haji yang terletak Taman Dato Onn, Johor Bahru. Ada satu lagi kedai Kacang Pool Haji yang lebih dikenali ramai yang terletak di Medan Selera Bomba, Jalan Tun Abdul Razak.

Biasanya kacang pool ni dimakan bersama roti bakar. Pada aku, roti bakar ni wajib ada. Cumanya, satu set roti bakar tu tidak cukup bagi akulah. Ye la kan, kacang pool dapat semangkuk penuh. Jangan risau, kat sini boleh je minta tambah roti bakar sahaja. Makan lak panas-panas. Hmm..telur kuning yang mencair memang betul-betul membangkitkan selera aku.

Kacang Pool Haji Taman Dato Onn
Close-up Kacang Pool Haji

Sudah beberapa kali aku mencuba menu kacang pool ini di beberapa tempat yang berbeza, antaranya di Food Truck Shah Alam. Tapi serius, ini yang paling sedap. Patutlah ramai yang bagi review positif untuk jenama Kacang Pool Haji ini.

CARA KE KACANG POOL HAJI TAMAN DATO ONN.

Senang je. Aku pun pertama kali ke sini. Guna Waze atau Google Map je. Kedai ini terletak betul-betul di tepi jalan perumahan Taman Dato Onn. Waze je Kacang Pool Haji Taman Dato Onn, insyaAllah jumpa.

Oh ye, selain daripada menu Kacang Pool (daging/kambing), ada juga beberapa menu menarik lain seperti yang tertera di dalam gambar di atas. Jangan malas membaca..haha..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

30 thoughts on “Kacang Pool Haji, Taman Dato Onn, Johor Bahru

  1. Dulu2 emi selalu duk imagine camne la rupa kacang pool ni, dan kenapa nama dia kacang pool. Tp tu dulu la. Now dah kenal roti pool

  2. Liez suka makan kacang pool tp xpernah mkn yg kedai jual.. makan yang sensiri masak google resepi je.. teringin nak mkn kacang pool haji yg famous ni

  3. Tak pernah lagi makan kacang pool ni walaupu. Banyak kali juga pergi johor.. kerja cashier kat johor pon jumpa makanan kampung sebab tukang masak orang kampung..hehe apa pon nanti boleh try cuba test

  4. Wah nampak macam best.
    Jujur saya tak PERNAH sekalipun makan kacang pool dalam hidup ni.

    Haritu teringin juga nak makan, tapi puas cari kat area rumah tak jumpa. Huhu

  5. dari pregnant anak first teringin nak makan kacang pool. tapi nak pergi ke jb tu alahai. jauhnya. hahaa. kalau pi pon terpergi tempat lain sebb jb banyak tempat makan best

Leave a Reply to Situs BandarQ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *