September 29, 2020

Majlis Saya&Awak

12.05.12 Multipurpose Hall, Bandar Botanik Klang.

Sebelum aku teruskan celoteh yang aku rasa antara entri panjang aku, terlebih dahulu kuhamparkan ucapan TERIMA KASIH kepada semua yang sudi hadir ke Majlis Penyatuan Dua Hati antara aku&Cik Puan Nunu yang dah pun berlangsung dengan aman dan jayanya di Dewan Serbaguna, Bandar Botanik Kalng. Usah ditanya aku, macam mana jalan nak ke dewan ni, sebab aku pun dah lupa jalan masuknya. Kalau refer ke map di kad kawen pun, belum tentu aku boleh explain dengan jayanya.

Majlis Penyatuan Dua Hati ni bermula dari jam 12.00 tengah hari, tapi Dua Hati yang diraikan sebenarnya sampai di dewan pada jam 1.00 petang. Rugi sejam woo. Dan bermakna Dua Hati itu tiba awal 45minit daripada jadual sebenar. Awal takpe kan, jangan terlambat. Betul tak? Lagi pun, memang Dua Hati ni yang request nak buat awal, sebab nak jumpa lebih ramai tetamu terhormat. Lagi pun, bosan la dok umah berdua jer sedangkan famili members yang lain dah pon berseronok-ronok di dewan. Ini tidak adil buat Dua Hati…

Tepat jam 1.00petang, Dua Hati tiba dengan Estima putih panduan Iji. Bagus dia ni drive kete. Memang direkemenkan kepada sapa-sapa nak gerak ke pelamin, boleh guna khidmat Iji ni. Pasti tak nervous/cuak sepanjang perjalanan. Ye, takkan cuak sepanjang perjalanan, tapi masa kat entrance sebelum pijak karpet merah tu, bila tengok umat-umat dalam dewan yang sedang memerhatikan Dua Hati, dem tetiba lak aku cuak. Bisik kat Hati lagi satu, ” kita kansel je la masuk kot sini, kita masuk kot pintu lain boleh tak??? ” Gelak+senyum tetap menten….~

Since ni first time aku pakai baju jenis macam ni (harap tiada yang kedua kali..) dah tu siap catwalk depan hadirin dan hadirat bagai, memang rasa kekok+jakun+ giler+neves dan segala macam rasa yang tak selesa ok. Nak tak nak, memang kena teruskan gak. Ikutkan hati, mahu je aku tukar tshirt. Tak tahan woo dengan kepanasan ngalahkan dok tepi boiler je rasa masa nih..mana aku biasa pakai baju berlapis-lapis nih..hahah…tapi still excited sebab first time dok atas pelamin sendiri..hahaha..

 

Sebenarnya, even panas camana sekali pun hari tu, aku tetap SUKA! Banyak benda-benda first time yang aku dah lalui. Dan harapnya tiada 2nd time, 3rd time mahpun 4th time..first & last la omputih cakap…

 

Upacara Makan Beradab di hadapan umat lain. First time nih..Mak aiieh, biasanya aku yang snap gambar pengantin dok makan suap-suap, dok bagi minum suap-suap, pas snap gelak-gelakkan pengantin. Tapi bila tiba masa aku, sendiri gelak bila dok suap Puan Nunu, sendiri blurrr nak buat gaya camana bila photog mintak action kan gaya romantik style pengantin baru. Baru aku tahu, susah gak jadi pengantin ni ek..

 

.Yeah..lepas makan, kita potong kek lak. 3 tingkat okkey, tapi makan secubit je. Bab makan kek ni memang aku kureng sikit, tapi since 3,4 tahun lepas, memang dah pasang niat nak potong kek kawin sendiri. Dah masukkan dalam resume cita-cita nih. Asik amik gambar pengantin potong kek then suap-suap manja ajo..Jeles okkey…~

 

Tergelak sorang aku bila tengok gambar freestyle kat atas nih. Comel kan kami sumer! hahaha..rupanya best gak posing atas pelamin sambil wat aksi-aksi gedik mintak penampar..hahah..nak lagi..nak lagi..nak lagi!

Alhamdulillah, Majlis Penyatuan Dua Hati kami ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, dengan cuaca yang cerah, makanan yang mencukupi dan tiada masalah yang kritikal. Serendah diri, aku dan famili bermohon ampun maaf sekiranya ada kekurangan, mahupun terkurang layanan sepanjang perjalanan majlis. Mungkin ada yang call aku nak tanyakan direction, tapi series woo, aku tak perasan pon call tu sumer, in fact aku pun lupa yang aku simpan henpon aku kat tukang amik gambar kami..

 

Baru aku tahu, memang penat rupanya nak posing untuk Outdoor Photoshoot ni ek. Sebelum ni, selambar je aku ‘seksa’ pengantin baru soh posing sana sini, rupanya amat memenatkan ye..sowiiii…heheheh…

Oklah, dah panjang nih..nanti-nantilah aku sambung stori citer kawen aku nih..malam Jumaat ni, kena tidur awal…kahkahkah

Enjoice!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Majlis Saya&Awak

  1. Pingback: One Day Birthday Celebration |
  2. Hahahaha..baru tahu mcmana penat jd pengantin kan.

    Takpe..past ni, hrp2 takkan melalui kepenatan sbg pengantin tu dah..

  3. Tahniah bro..
    Gambar pun cantik…

    Sori tak dpt p hari tue. bini aku kena kerja plak…
    So aku kena jadi bibik.. kalau sorg, aku boleh bawa… Bila dah 2 hero nie… susah sikit beb.. he he.. Sori geng..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *