September 24, 2020

Pantang Larang Ambil Gambar Bertiga

Suka tangkap gambar? Suka ditangkap gambar? Walawey, sapa yang tak suka kan, nak-nak bila dah bergaya dengan baju baru. Pantang jumpa lensa, posing baik punya. Tak kiralah yang muda ke, yang tua ke, jarang aku jumpa yang betul-betul malu nak bergaya di depan lensa, kalau malu pun, mula-mula je, lepas tu dia yang lelebih lak..
Tapi kalau amik gambar, then leh mendatangkan musibah/bencana, camana lak? Pernah dengar  tak, kalau capture gambar bertiga, salah seorang dalam gambar tu aku meninggal dunia. Cepat ke lambat, takde la dinyatakan. Aku taknah jumpa lagi statement ni dalam mana-mana kitab, korang penah jumpa? Ada orang cakap, petua orang-orang tua. Tapi nenek aku yang dah tua  lebih daripada 80tahun, takde lak bagitau./warning. Selamber je posing kiut sampai skang nih.
Bagi aku, satu je yang aku percaya, ajal maut tu ketentuan Tuhan. Tak perlu nak terlalu percaya pada pantang larang yang boleh memalingkan akidah. Silap haribulan nak kena ngucap balik, lagi haru. Maybe yang meninggal tu pon satu kebetulan, takpon lambat laun akan meninggal gak kan.
Tapi aku tak berapa pasti, kenapa pantang larang ni wujud? Camana kalau adik beradik hanya tiga orang? Camana kalau dalam satu famili, hanya ada tiga, “ibu, bapa & baby”? Camana kalau wife korang lahirkan baby kembar tiga? Kalau nak amik gambar, kena sisihkan sorang, takleh tiga-tiga, gitu? kan kecik lak hati budak tu oii.. bla..bla..bla..bla..
maybe pasni, kalau ada yang masih mahu menegakkan kenyataan ambil gambar bertiga akan menyebabkan kematian salah seorang daripada mereka, mereka ni perlu ditunjukkan gambar ini..
Gambar ni aku pasti telah diambil lebih daripada 10 tahun yang lepas, alhamdulillah, diorang masih ada..renung-renung dan fikir-fikirkanlah..
*maaf, aku bukan berniat cari gaduh ngah si pembuat petua pantang larang nenek segala bagai nih, cuma kadang-kadang nyusahkan kije aku gak. Nak shoot dalam majlis keramaian pon nak kena ikut ni sumer.  Kalau gitu banyak la plak gambar nak kena delete nih..Ridiculous okkey!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Pantang Larang Ambil Gambar Bertiga

  1. mati? ehhh di tempat saya lain pulak… kalau ambil gambar bertiga akan terjadi perbalahan antara satu sama lain… bergaduh bermasam muka yg berpanjangan…

  2. Pernah dengar pasal ni. Tapi aku rasa ni cuma untuk trik orang zaman dulu. Trik utk bergambar dengan kekasih. Bila nak bergambar bedua tiba-tiba ada yg masuk mencelah nak bergambar sekali.

  3. Kalau isteri mengandung.. Tak boleh tangkap gambar dengan suami lah ya.

    Sebab campur anak dalam perut dah 3 orang.

    Ada pantang larang ni tak masuk akal.

  4. Bak kata suami, kalau mmg da bertiga, ibu ayah anak…. Sampai sudah x bergambar bertiga. X pun, stiap kali, ajak orang x kenal join bgambar. X boleh btiga punya pasal… Pastu bila tgok balik gambar, mesti org tanya itu siapa… Pastu nk jawab apa? Sbb x boleh bgambar bertiga? Cm lawak pun ada. Sy mmg x pcaya sbb ajal maut Allah tentukan. Terpisah, bila da besar, dakawin, msing2 akan ikut hala tuju diri masing2… X kan da kawin nk bkepit lg ngn adik bradik, sahabat handai… Teknologi da canggih, nk x nk je bhubung… Kluarga mentua mmg percaya. Kami nk bgambar btiga, anak branak, ada je yg mlarang n mnyelit. Tp blakang dorang kami bgambar gak.

    1. Sama laaaa sy . stress bila nk tgkp gamba bertiga . semua xbole , ITU INI xbole . dgn-2 suami pn percaya skli . nak jugak merasa tgkp gamba ank beranak . hm

  5. ajal maut di tangan tuhan.. tak amik gambar bertiga pun boleh meninggalkan.. takde kaitan amik gambar dengan kematian..

  6. kekkekekeke btul.. sokmo orang kate xelok tangkap bertiga.. berlima boleh pulak .. HAHA abislaaaa shoot sabtu ni bertiga HAHAHAHA lantak ahh kekkee

  7. sekarang pun masih orang dulu2 a.k.a makcik2 SA amalkan..katanya ajangan amik gambar bertiga..kang mati..tp SA degil..selamba je amik…sebab x relevan kan…pokok pangkal ajal maut ni di tangan allah…

  8. selalu pantang larang orang tua kan kononnya ada maksud disebaliknya, contoh anak dara tak boleh nyanyi kat muka pintu – tu fahamla maksudnya tak manis buat camtu. Tapi pantang larang yang pasal tak boleh ambik gambar bertiga ni sampai sekarang masih konpius apa maksud disebaliknya & siapa yang start cipta pantang larang tu, mesti bangga gila orang ikut cakap dia…huhuhu

  9. Sebelum ni saya pun tak tahu tentang kesahihan pantang larang ni… Teringin juga nak tah, tetapi tiada siapa yang sudi memberi tahu… huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *