March 28, 2024

Profesor Cendol Kelantan . Makan Sampai Kenyang.

“Aku dah tak lalu makan nasi dagang, ketupat atau lemang…”

Ini antara cabaran dan dugaan yang selalu aku hadapi di hari raya terutama apabila bercuti dalam tempoh yang lama di kampung. Mana tidaknya, dari malam raya hingga ke hari raya ke 3, di rumah sendiri mahu pun rumah yang dikunjungi, menu utama semestinya kalau tidak ketupat, mesti rendang, pastu lemang, sesekali nasi dagang, nasi himpit, sate..hari-hari menu yang sama pun bosan juga.

Ada sesiapa yang menghadapi isu yang sama seperti aku?

Bukan aku tak bersyukur dengan nikmat makan di hari raya. Tetapi, aku tersangatlah gembira dan bahagia bukan kepalang apabila di hari raya ke-5, dapat menikmati semangkuk cendol dan sepinggan rojak pasembur. Lagi best, dengan harga RM2 untuk semangkuk cendol dan RM4 untuk sepinggan rojak pasembur, aku dapat makan seberapa banyak yang aku mampu. Asalkan jangan membazir!

Profesor Cendol Kelantan

Aku dah jumpa Profesor Cendol di beberapa tempat. Cuma kali ini terasa ingin berhenti dan mencuba killer menu mereka. Lokasi di Machang Kelantan, berpeluang singgah semasa ambil adik bongsu aku yang baru sahaja pulang bercuti hari raya di Raya ke-5, kesian..kena kerja di hari raya! hehehe

tempat makan sedap kelantan

Tiga mangkuk cendol dan sepinggan rojak pasembor. Memandangkan cuaca agak panas ketika ini, kami tambah lagi 2 mangkuk cendol dan sepinggan rojak pasembor.

Series cakap, aku tak expect rasa yang sedap gila dengan harga segini, siap boleh tambah berapa banyak yang korang suka. Kalau nak cendol yang cukup/lebih bahan dalamannya, di sini bukan tempatnya. heheh..belajar belajarlah bersyukur dengan harga yang dibayar..hehehe..

cendol percuma

Nak tambah mana-mana menu di sini, just beratur. Yang penting, yang ditambah tu janganlah membazir. Esok kan masih ada. :-p

cawangan profesor cendol

Muka bahagia budak kecil dapat menikmati cendol sejuk..Mana taknya, dah la panas, dapat lak ais cendol dengan rasa manis santan, memang suka la adik Danish ni. tapi tak boleh makan manis selalu, tak elok untuk kesihatan dan juga akan terlebih aktif. Penat woo nak melayan.

Burpp…~

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

23 thoughts on “Profesor Cendol Kelantan . Makan Sampai Kenyang.

  1. Cawangan yang banyak tu dalam negeri Kelantan sajakah? Di luar Kelantan tiada? Biasanya hanya air yang boleh tambah…ini makanan pun boleh tambah, kira hebatlah…

  2. Memang normal. Ada saya nampak kedai KFC beratur panjang masa musim raya. Petanda apakah itu? Hehehhee. Dah tak larat makan rendang dan ketupat dan lemang gak kot.

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *