September 20, 2020

Burpp! di Black Canyon Coffea House Bukit Tinggi

Morning readers!!

Dahh brekpes belum? Kalau belum, better gi brekpes cepat-cepat, kan brekpes bagus untuk kesihatan sepanjang hari. Baru la semangat sikit nak hidup sampai ke malam..kihkihk..apa la yang aku membebel ni kan. Membebel ada makna okkey..

Tak sempat nak up citer pasal first kunjungan aku ke Black Canyon coffea House di AEON Bukit Tinggi, Ahad lepas. Saje singgah di AEON ni sebelum ke rumah bakal MIL. Sekali-sekala ada masa free, kan elok juga menziarah bakal MIL untuk merapatkan silaturrahim. ha ni tips gak la kan untuk mereka yang bakal disatukan dengan partner memasing. Jangan tahu nak kawen dengan anak je, kawen ngan anak bermakna kena kawen dengan familinya juga. Ayat ni bukan originally dari aku, tapi aku pernah terbaca kat satu artikel. Pikir-pikir bali, betul gak kan..

Back to the story..

ni first time aku singgah kat Black Canyon Coffea House ni. Since aku tak sempat nak amik brekpes pagi tu, hajat di hati nak pekena kopi je kat sini. Tup-tup bila tengok menu, aah macam menarik lak menu kat sini. Even masa tu baru jam 11.00am, kita kira lunch skali lah, maka BREAKFAST+lunch=BRUNCH..sapa ntah ajar formula nih..

Mula-mula just order KOPI VIENNA yang kaw-kaw kopi lah. Aku ni, kalau sehari tak amik kopi, ibarat tak sebati rempah harian aku seharian. Chewaa..aku baca balik ayat ni, aku sendiri pon tak fahamm..demyu.

 

Tara..opss aku lupa dah pekenamanya menu nih. Tapi seingat aku nama dah omputih giler, tapi rupa-rupanya nasi putih+ayam masak bbq ngan sayur campur. Tapi sedap gak rasa, mungkin sebab dimakan panas-panas kot. Deco untuk nasi tu unik gak, cam letak dalam bekas sardin, then tekup atas pinggan..kihkihkih

 

Cik Nunu lak order menda nih. Katanya Udon spicy chicken tomyam soup ni peveret dia. Yang musykilnya, dah dua thun lebih kenal dia ni, ni first time aku dengar dia order menda alah nih. celah mana feveret pon aku dah konpius.kahkahh.. Peh nama penuh kan main panjang lagi. Tu belum masuk berbin nama bapak. Sempat gak aku rasa sesuap, perghhh ke main pedas lagi menu orang jepun mix ngan orang siam nih..

 

Makan makan gak. Update status tetap update. sapa-sapa tak add friend kat FESBUK aku, cepat add..tak pon jom folo TWITTER aku gak. mana tahu kot-kot aku nak transfer duit barang sejuta dua kot sousyel nekwok nih..rezeki korang la kan..hahah..

 

pe gelojoh kebenor awak nih..hahaha..muka cam tak sabar-sabar nak telan ice blended chocolate. Pagi-pagi dah menelan ais ni pe citer ni?? menade le awak nih…~

Burpppp…alhamdulillah…

Baru aku sedar, untung gak amik BRUNCH ni ek. Nak-nak dapat cut cost untuk satu hidangan sebab dah takyah amik lunch, takpun skip brekpes..then baru amik dinner malam-malam sikit..save bajet…tips gak ni tahu.heheheh..

DONE! chow sambung kije la weih!!!

 

Jom ikut aku gi jumpa Alvin & The Chipmunk minggu ni kat SINI

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Burpp! di Black Canyon Coffea House Bukit Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *