“Aku dah tak lalu makan nasi dagang, ketupat atau lemang…”
Ini antara cabaran dan dugaan yang selalu aku hadapi di hari raya terutama apabila bercuti dalam tempoh yang lama di kampung. Mana tidaknya, dari malam raya hingga ke hari raya ke 3, di rumah sendiri mahu pun rumah yang dikunjungi, menu utama semestinya kalau tidak ketupat, mesti rendang, pastu lemang, sesekali nasi dagang, nasi himpit, sate..hari-hari menu yang sama pun bosan juga.
Ada sesiapa yang menghadapi isu yang sama seperti aku?
Bukan aku tak bersyukur dengan nikmat makan di hari raya. Tetapi, aku tersangatlah gembira dan bahagia bukan kepalang apabila di hari raya ke-5, dapat menikmati semangkuk cendol dan sepinggan rojak pasembur. Lagi best, dengan harga RM2 untuk semangkuk cendol dan RM4 untuk sepinggan rojak pasembur, aku dapat makan seberapa banyak yang aku mampu. Asalkan jangan membazir!
Aku dah jumpa Profesor Cendol di beberapa tempat. Cuma kali ini terasa ingin berhenti dan mencuba killer menu mereka. Lokasi di Machang Kelantan, berpeluang singgah semasa ambil adik bongsu aku yang baru sahaja pulang bercuti hari raya di Raya ke-5, kesian..kena kerja di hari raya! hehehe
Tiga mangkuk cendol dan sepinggan rojak pasembor. Memandangkan cuaca agak panas ketika ini, kami tambah lagi 2 mangkuk cendol dan sepinggan rojak pasembor.
Series cakap, aku tak expect rasa yang sedap gila dengan harga segini, siap boleh tambah berapa banyak yang korang suka. Kalau nak cendol yang cukup/lebih bahan dalamannya, di sini bukan tempatnya. heheh..belajar belajarlah bersyukur dengan harga yang dibayar..hehehe..
Nak tambah mana-mana menu di sini, just beratur. Yang penting, yang ditambah tu janganlah membazir. Esok kan masih ada. :-p
Muka bahagia budak kecil dapat menikmati cendol sejuk..Mana taknya, dah la panas, dapat lak ais cendol dengan rasa manis santan, memang suka la adik Danish ni. tapi tak boleh makan manis selalu, tak elok untuk kesihatan dan juga akan terlebih aktif. Penat woo nak melayan.
Burpp…~
Panjangnya nak kena beratur nak makan cendol. Dah namanya sekali bayar berulangkali tambah hehe.
pernah masuk sekali je..tapi bila time nak menambah..wah..dah beratur panjang..tak sanggup nak tunggu…
masa tengah panas dapat bermangkuk cendol pun takpe lagi. hihi
kat Ipoh ni pun ada, tapi belum pernah sampai lagi sebab tiap kali lalu penuh sesaja
Dah nama professor… mesti cendol dia pun kaw2…
iye tak iye juga…
Wah…. lama tak makan Cendol. Kalau Profesor Cendol belum cuba lagi. Biasa kawe makan Cendol Pulut Tapai (CPT) dekat Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.
Ibu memang hantu cendol
Terutama yang banyak kacang merah
Tambah bermangkuk mangkuk
wah berapa mangkun boleh licin tu? suka betul kan
Hebat betul ya
Belajar tinggi tinggi masuk universiti sampai dapat phd
Lepas tu buat cendol sendiri
Hehe
haha..tak pasti lak si ‘Professor’ ni memang ada PhD ke idok..
kalau dekat harus mama terjah ni. nampak lazat, konsep dia pun menarik
tunggu Profesor buka gerai dekat dengan rumah mamapipie..hehe
Cawangan yang banyak tu dalam negeri Kelantan sajakah? Di luar Kelantan tiada? Biasanya hanya air yang boleh tambah…ini makanan pun boleh tambah, kira hebatlah…
di luar kelantan pun nampak macam ada je tuan
luar kelantan pun macam ada gak tu
Memang normal. Ada saya nampak kedai KFC beratur panjang masa musim raya. Petanda apakah itu? Hehehhee. Dah tak larat makan rendang dan ketupat dan lemang gak kot.
betul tu..KFC beratur sampai ke luar..hari biasa kosong je hehe
Bestnya.. Kalau pergi ke Kelantan boleh cuba ni… 😉
SYoknya makan cendol tu..
jangan banyak2 nanti datang pula kolesterol tu
tu la..sekali sekala bang..hehe
blk klate aritu nmpk sign ni tp tutup lagi..hah meriah la cuaca panas2 dpt cendol
awal sangat pergi kot..kami pergi raya ke-5