October 6, 2024

Review Azam Tahun Baru 2016.

Review Azam Tahun Baru 2016.

Ini bukan review berbayar..haha..sekadar untuk rekod hidup aku.

Lebih kurang setahun yang lepas, aku pernah update blogpost bertajuk Tahun 2016-Dijangka Lebih Mencabar , yang mana antara isi kandungannya ialah 8 Cabaran Untuk Diri Aku Sendiri sepanjang tahun 2016. Dah setahun rupanya blogpost itu, rasa baru semalam aku update.

Dalam 8 Cabaran Untuk Diri sepanjang 2016, ada yang berjaya aku capai dan laksana, ada yang hampir berjaya, dan ada yang jauh tersasar. Patutnya aku akan semak/review cabaran-cabaran itu pada 31/12/2016, tetapi tidak berkesempatan.

Ikhlas kata, awal-awal tahun je aku ingat cabaran/azam tu. Apabila dah masuk bulan Mac/April, memang dah tak ingat. Sibuk pasal benda lain dah. Mungkin ada antara korang yang sama seperti aku kan?

Sebenarnya, cabaran ini hanyalah untuk mencabar kemampuan aku dalam masa setahun. Tidak bermakna, apabila dah tercapai pada tahun 2016, aku akan berhenti setakat itu sahaja. Aku akan teruskan pada tahun seterusnya mungkin… Berikut ialah review Cabaran Untuk Tahun 2016 yang pernah aku cabar diri setahun yang lepas.

  • Sebagai seorang jurutera; menten datang awal pagi, kurangkan MC, lebih efisyen dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara berbangkit, sedut lebih banyak ilmu perniagaan dalam industri daripada bos.

Review: Alhamdulillah..sepanjang aku kerja, tahun 2016 adalah tahun paling sedikit aku ambil MC..haha..Efisyen? Alhamdullillah..niat ikhlas aku bekerja & membantu pencapaian syarikat diiktiraf oleh pihak pengurusan. Diumumkan sebagai penerima Award of Excellence semasa Anniversary Dinner akan menjadi kenangan manis sepanjang karier aku.

  • Sebagai seorang jurufoto; menten siapkan album dalam tempoh 1-3 bulan. Target job; 15 job fotografi dalam setahun. Dapatkan kembali modal beli Nikon D750 + Nikkor 50mm 1.4f. Cukuplah target ni sebagai part time kan.

Review: Sepanjang 2016, aku kurangkan job wedding photography, tetapi aku lebih banyak melibatkan diri dalam fotografi potret seperti maternity, newborn, family etc.. walaupun hanya separuh daripada target job yang sempat aku terima, aku tetap bersyukur. Mungkin tahun 2017, aku kembali aktif dalam fotografi perkahwinan..insyaAllah.

  • Sebagai seorang blogger/media influender; update blogpost setiap hari. Bermakna akan ada 365 blogpost dalam tahun 2016. Kalau lebih, lagi elok..Target follower di IG: 20k. Facebook: 4999 friend.

Review: Cabaran yang ini boleh dikatakan GAGAL. Eh bukan gagal, tetapi masih belum berjaya dilaksanakan. InsyaAllah akan diteruskan pada tahun 2017. Yosh!

  • Sebagai Unit Trust Consultant; memandangkan tahun 2016 adalah tahun pertama aku sebagai UTC, target utama ialah hit sales target 50k.

Review: Tahun pertama bergiat dalam industri unit amanah secara separuh masa memang seronok. Walaupun tidaklah begitu aktif, aku teruja apabila berjaya mencapai dan melebihi target yang aku inginkan. Hasrat untuk bergiat aktif dalam industri ini memang ada, cuma masih mencari rentak. InsyaAllah akan diteruskan juga pada tahun 2017 ini.

  • Sebagai seorang bapa/suami; semoga aku terus diberikan kesihatan yang baik untuk aku terus berusaha mencari rezeki. Dan lebih SABAR dalam hal-hal anak&bini.huhuh..

Review: Alhamdulillah di atas tahap kesihatan yang dikurniakan Allah swt. Cuma tang SABAR tu, masih banyak yang perlu dibaiki..insyaAllah, siapa yang taknak berubah menjadi lebih baik, kan?

  • Uiks..banyak rupanya kerjaan aku. Ingatkan #2kerja je??

Review: Jurutera+Blogger/Social Media Influencer+UTC+Part Time Photographer..semoga aku dikurniakan kesihatan tubuh badan dan akal yang sihat untuk terus berbakti..

  • Kumpul not kertas RM5 setiap hari/setiap kali ada dalam wallet. Maknanya, jumlah minimum terkumpul sepanjang tahun 2017, kurang-kurang RM5 x 365 hari=RM1825..mungkin berkurangan kalau bini aku tahu aku sorok kat mana tabung bunian ni.kahkah..

Review: Masih tak tercapai dengan target tu. Mungkin sebab aku dah tergunakan untuk benda lain..tapi aku berjaya mendapat hasil terkumpul yang memuaskan hati aku menggunakan kaedah Tabung Bunian ini. Serius teruja! Nanti aku ceritakan pada entri seterusnya.

  • Menambah jumlah pelaburan (more than 2015) – unit trust/gold/hartanah.

Review: Alhamdulillah. Tiada penambahan dalam hartanah. InsyaAllah 2017, sebuah lagi ‘townhouse’ menjadi asset kami yang seterusnya. Pelaburan jangka masa panjang untuk anak-anak, sentiasa aku ‘top up’ di dalam akaun Unit Trust. Pada korang yang berminta & ingin tahun lebih lanjut pasal instrumen pelaburan (Unit Trust) ini, bolehlah hubungi aku untuk diskusi seterusnya.

Mungkin bagi korang, takdelah mencabar mana cabaran aku ini. Tetapi bagi aku, tetap mencabar. Setidak-tidaknya, menjadi ‘guidelines’ untuk aku menjadi ‘seseorang’ yang lebih baik pada tahun-tahun sebelumnya. Kalau tak, aku berasa seperti seorang ‘looser’…hahaha..

Korang pun mesti ada azam/cabaran pada setiap tahun kan? Dah review ke, atau sekadar berazam tanpa ambil peduli ianya tercapai atau tidak? :-p

Note: Tahun 2017, aku akan teruskan benda yang sama dengan lebih baik lagi. InsyaAllah..doakan aku.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Review Azam Tahun Baru 2016.

  1. Nak buat tabung duit ikut warna tu boleh dikatakan GAGAL tahun lepas…pantang nampak banyak sikit…mesti tangan den gatal nak guna…HAHA

  2. Tahniah…
    Walaupun tak semua sasaran tahun 2016 berjaya dicapai.. tapi ada yang menampakkan hasil.. good job… semoga lebih berjaya lg pada tahun 2017..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *