Aku bukan peminat hidangan ‘patin masak tempoyak’ yang terkenal di Pahang. Tapi, teruja dengan pelawaan Food Blogger Kacak untuk makan tengah hari bersama di Ana Patin House, aku setuju untuk mencabar diri buat kali pertama, makan ikan patin masak tempoyak! Here we go!
Ana Patin House terletak di Mutiara Damansara. Betul-betul di depan restoran nasi kukus popular, Ilham Nasi Kukus. Warna merah sebagai warna tema kedai memang senang dikenali. Ruangan kedai sederhana besar, jadi kalau datang lewat tengah hari, memang full house tapi jangan risau, diorang ada tambah meja/kerusi di kawasan luar. Janji boleh duduk dan menikmati hidangan kan.
Kami sampai dalam jam 12 tengah hari. Meja makan yang dalam restoran masih ada. Taklah panas sangat untuk anak kecil seusia Dayyan kan.Patin buah original masak tempoyak (3 mangkuk) menjadi pesanan utama dan juga udang galah masak cili 4 ekor. Patin buah original tu dah siap masak dan dihidang oleh crew di situ. Untuk menu udang galah tu, perlu tunggu 15 minit untuk dimasak. Panas-panas lagi masa sampai tu..bau tempoyak & masak cili pun dah menusuk hidung ok.
Udang Galah masak cili. Terbaik! RM17/100 gram. Perlu dicuba bila datang ke sini. Jangan lupa ok!
Ikan Patin Buah Original masak tempoyak. Harga RM35~RM45 semangkuk. Selain Patin Buah ni, ada gak menu Patin Temerloh masak tempoyak. Lauk campur pun ada gak disediakan untuk lebih variasi ie; ikan patin goreng, ayam goreng dll.
Salah satu daya tarikan di Restoran Ana Patin House ni – sambal belacan, sambal hitam Pahan dan tempoyak! Ada gak ulam-ulaman segar dan juga petai jeruk! Pertama kali aku makan sambal hitam tu. Marveles!
Aku dan Food Blogger Malaysia yang sangat teruja dengan udang galah masak cili! Berselera betul aku tengok dia makan. Anyway, terima kasih sebab belanja kami semua makan tengah hari di Ana Patin House! Tak sia-sia Perjalanan Sepang-Damansara korang kan?? hehehe
Alamat RESTORAN ANA PATIN HOUSE
No.50-1 Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya
Waktu operasi : 11 pagi – 7 malam . ISNIN TUTUP
Telefon : 03 77337377
Instagram : @ana_patinhouse
kelihatannya sedap. saya juga mau klo ditraktir. he he he
makasih gan infonya dan salam sukses selalu
menu resep makanan yang sangat luar biasa terima kasih
Sedapnya. Saya memang suka ikan patin masak tempoyak ni tapi husband tak boleh pulak bau tempoyak ni. Huhu
ingin info lebih update tentang bisnis anda??? kunjungi website kami klik nama bisnis krakatau
ade satu kedai dengan paragon bandar baru bangi, sedap sangat2 patin masak tempoyak die…teringat-ringat sampai sekarang…
Saya kalau ikan macam ini memang kurang sikit selera, lebih suka kalau goreng.
Fuhhh udang galah masak cili ni yang buat air liur meleleh ni JMR..Gua kurang sikit kalau ikan patin ni….
nampak sedap tu bro… biasa makan kat kedai depan dia tu je. Sini tak pernah try lagi
Pehhhh tengokk meleleh tempoyak ikan patin tu… tapi tengok harga aduiii meleleh air mata… semangkuk gitu ker harga… adehhh… cheq boleh cuba tapi sekali jer lah yer… masa bulan mengambang nanti… ngeeee… sambal hitam tu sambal belimbing buluh kan… pernah makan tu memang sedap…
ermm udang nampak awesome.. aku tak makan tempoyak so tak leh rasa ikan patin tu ek huhuhuhuhu
Kemain lagi gambor makanan , bila tengok terliuq oiiii . Tapi nak tanya , napa patin buah tue harga mahai . Adakah sebab dia gemok cam buah , atau rasa ikan cam buah . Ce citer sikit 😛
Ehem….aduhai…berdebar jantung tengok makanan ni semua especially udang galah tu…aduhai…masalah SA satu je,..#gula2hati x makan tempoyak…makanya x dapat la SA nak ajak beliau makan kat sini…ater kena la cari solution lain kan….
patin buah itu sangat nampak awesome tau… gila laaaa….
Perggggghhhh sedapnya lah tengok ketam tu..ditambah dengan masak tempoyak lagi..Meleleh air liur 😛
Haaa, sedap lah tu, mantap saya juga suka tempoyak…..
Sedapnya. Saya memang suka ikan patin masak tempoyak ni tapi husband tak boleh pulak bau tempoyak ni. Huhu
ada paih patin tak sini bro
udang galah tu memang terbaiiklah. hoho
thanks jugak sebab sudi meluangkan masa makan tengahari dengan aku aritu…. next time boleh la repeat lagi kan… dan aku cadangkan ko cuba menu pais ikan patin pulak yea…. satu lagi menu yang sedap tau….