March 29, 2024

Patutlah Boboiboy The Movie dapat kutipan tinggi.

Patutlah Boboiboy The Movie dapat kutipan tinggi.

Siri animasi TV- Boboiboy antara feveret kartun abang Ayyan. Jadi, mommy dia beriya-iya nak bawa Ayyan dan adik untuk menonton filem animasi Boboiboy The Movie, walaupun abang Ayyan tak pernah buka mulut ajak ke cinema. Pada awalnya, memang takde niat nak bawa anak-anak, lagi pun Dayyan baru 2 tahun kot dan Danish lak baru 7 bulan.

Niat aku mula berubah apabila dapat tahu kutipan tiket Boboiboy The Movie dah mencecah RM10 juta sepanjang 2 minggu tayangan.

Lagi pun, Puan Nunu dah beli tiket tanpa approval aku untuk Family Friendly Hall di TGV AEON Bukit Raja. Tetiba je nak claim sebab beli tiket wayang. So here we go. Pagi Sabtu, abang Ayyan dah teruja nak berjumpa dengan Boboiboy & Ochobot!

boboiboiy-the-movie

Menonton Boboiboy The Movie di sesi Family-friendly TGV AEON Bukit Raja.

Ini adalah pengalaman pertama abang Ayyan dan baby Danish masuk panggung wayang. Sesi Family-friendly tayangan Boboiboy The Movie memang dikhaskan untuk seisi keluarga. Jadi, jangan nak tarik muka bila tetiba belah kanan, ada baby menangis, tetiba kat depan tu ada budak 3 tahun dok melompat, tetiba ada bau tahi dari belakang, ada baby tengah tukar pampers daa..

family-friend-cinema

Untuk percubaan kali pertama ni, seat kitorang adalah 3 paling tepi. Harga tiket family-friendly adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Nak FREE pun boleh, janji aku kena riba abang Ayyan la sepanjang tayangan..huhuh..tak sanggup. Baik beli seat untuk dia, so dia lebih selesa.

family-friend-TGVcinema

Parking untuk stroller baby juga disediakan. Yang kaler putih tengah-tengah tu, port untuk tukar lampin atau pampers..

Aku perhatikan, mak ayah yang bawa anak-anak menonton Boboiboy The Movie selesa dan tidak risaukan anak-anak..dan anak-anak pun sangat terhibur dengan superhero pujaan hati mereka.

Tayangan Boboiboy The Movie selama sejam setengah sangat menghiburkan, bukan sahaja untuk anak-anak tapi juga mak pak! No wonder la boleh mencecah kutipan sehingga RM10 juta, sebab filem animasi ni sangat dekat di hati!

Boleh aku simpulkan, 3 sebab Boboiboy The Movie patut ditonton seisi keluarga.

1- Komedi Tanpa Henti

Boboiboy The Movie sedikit berbeza dengan siri tv dengan penambahan beberapa karakter terutama geng TENGKOTAK. Siapa sangka karakter animasi mampu mencuit hati setiap penonton tak kira usia, tua atau muda. Banyak giler punchline yang boleh buat penonton gelak giler-giler..paling aku ingat, semasa Gopal dilontar ke raksaksa sotong oleh Papazola untuk transformkan raksaksa tu jadi sotong celup tepung!..tapi abang Ayyan langsung tak gelak!

2-Jalan cerita dekat di hati.

Bagi aku, Boboiboy The Movie merupakan filem animasi yang bukan sekadar untuk hiburan semata, tapi ada ‘sesuatu’. Awal-awal scene dah menyentuh hati, tambah lak dengan background music yang kena dengan mood aksi. Yang paling utama, semangat friendship yang diterjemahkan antara perjuangan Boboiboy & geng lain untuk menyelamatkan Ochobot, memang sampai ke hati, walaupun ianya hanya sebuah robot. Abang Ayyan pun sedih sangat tengok Ochobot yang hampir-hampir menghembus nafasnya yang terakhirrrrrr…mujur dapat kuasa dariapda Kelamkabot!

3-Kualiti grafik & animasi

Kualiti grafik & animasi untuk filem semestinya jauh lebih baik (upgrade) berbanding Boboiboy siri TV. Yang ni aku susah nak describe macam mana bestnya animasi & color untuk Boboiboy The Movie ni. Tapi memang puas hati. Korang tak perlu nak guna alasan ‘anak nak tengok Boboiboy’ pun, sebab memang berbaloi beli tiket!

Jangan tak tahu, ada jer kapel yang movie date tengok filem animasi kegemaran anak aku ni!

choki-coki-boboiboy

Choki-choki antara penaja filem Boboiboy The Movie. Masa masuk, anak-anak akan dapat sepaket sorang. Ni masa sesi family-friendly je la kot. Tak tahu la masa korang pergi menonton dapat ke tak.

 

boboiboiy-the-movie2

Habis tayangan, budak-budak dalam panggung tepuk tangan tanda puas hati. Pergh korang ni, dah macam tengok prebiu filem yang best gila..apa-apa pun, kepuasan & kegembiraan anak adalah kebahagiaan mak pak, kan?

Yang belum menonton, boleh cepat-cepat book online, kalau tak, terpaksa Q panjang ye..

Terbaekkkkkkk!!!

-Daddy Blogger.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Patutlah Boboiboy The Movie dapat kutipan tinggi.

  1. Pingback: Dayyan Harith Dah 2 Tahun 11 Bulan. |
  2. Minggu lepas saya pun dah bawa tiga orang anak saya tengo boboiboy the Movie… Memang best…. Isteri dan anak bongsu saya yang berusia dua bulan saya tak bawa sekali, sebab takut baby menjerit dalam pawagam..

  3. Untung la… Gua bawa anak tgk james bond je kot.. Itu pun dorang dah tertido sama dengan gua…

Leave a Reply to sabree hussin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *