Potret Keluarga
Ramai yang tanya aku, best ke jadi photographer ni? Tak penat ke jadi photographer ni? Masyuk ke jadi photographer ni?
…jawapan aku, SANGAT PENAT kalau awak jadi photographer semata-mata hendak mengejar untung.
Natijahnya, makin banyak berlaku kes customer kena tipu dengan photographer. Duit dah habis bayar , gambar tak dapat sampai kesudah. Atau pun, duit dah bayar sebelum majlis akad nikah, dijanjikan album akan dapat selepas 2 bulan. Tapi masuk 2 tahun pun, album tak dapat lagi hinggalah membawa anak dah masuk dua orang. Ini realiti.
Alhamdulillah, sepanjang aku berkecimpung dalam industri fotografi sejak tahun 2008, setiap pakej yang dijanjikan, aku akan cuba deliver yang terbaik. Paling penting, aku takkan ambil bayaran penuh 100% sebelum kerja-kerja selesai. Kenapa? Duit boleh sebabkan manusia buta, dan jadi pemalas. Noktah.
Back to the topic.
Sesi fotografi potret kali ini adalah untuk keluarga jiran sekampung aku (Ainnudin & Syamimi) merangkap ex-client aku semasa sesi akad nikah diorang, 5 tahun yang lepas. Kalau dulu berdua, sekarang berlima. Sangat cepat masa berlalu!
Konsep fotografi famili kali ini adalah lebih kepada gambar anak-anak. Sebagai tatapan kepada ayahanda yang akan berhijrah ke Timur Tengah demi tugasan sebagai juruterbang di sana. Jadi, aku perlu lebih bijak bermain dengan shutter, supaya si abang, si kakak atau si adik rasa adil. Risau gak diorang komplen “kenapa shoot abang lebih, kenapa shoot adik lebih??” Hehehe..
Satu kelebihan buat si abang, pandai posing. Awek tengok pasti cair.
Tips untuk kids potraiture: Kena banyak sabar dalam mencari mood mereka. Senang kata, kena standby untuk klik shutter setiap masa. Sebab anytime, si anak mampu bagi reaksi spontan yang lebih menghidupkan gambar. Best!
Alhamdulillah, berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi. Setengah hari sesi fotografi di Taman Saujana Hijau Precint 11 Putrajaya dan sebuah photobook album yang disiapkan dalam masa lebih kurang sebulan. Senyum je aku baca update status Facebook mereka yang berpuas hati dengan servis fotografi potret keluarga aku kali ini.
Selamat menjalankan tugas di negara orang. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.
KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEBAHAGIAAN AKU 🙂
-PhotoBlogger Kacak- || +6016-233 1341 || Jangan lupa kontek aku untuk sesi famili korang!-
Tahniah. Semoga keluarga bahagia. Dah penuh satu kereta dah tu. Kalau nak tambah lagi boleh la mula usha-uhsa mpv atau suv yang 7 seaters.
betul, ada kawan jadi photographer, kat fb asyik merungut pasal perangai customer.hehe
Menariknya tengok depa posing, bagus buat kenangan macam ni, sentiasa di ingatan
cantik tempatnya, tahniah keluarga bahagia
tu dia.
dah tiga dah orang anak.
tahniah beb.