Apa itu Sepetang Bersama Blogger 2016?
Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang Sepetang Bersama Blogger 2016 kecuali blogger-blogger yang sentiasa mencari update terkini aktiviti-aktiviti Blogger Malaysia.
Mungkin juga ramai yang masih belum tahu, Sepetang Bersama Blogger dah pun ‘lahir’ sejak tahun 2012. Mungkin juga ada yang tidak tahu, Sepetang Bersama Blogger 2016 dan edisi sebelumnya, dianjurkan khas oleh team Denaihati, khas buat para blogger, usahawan internet dan pengamal media sosial.
Pastinya, ini antara aktiviti atau blog event yang sentiasa dinanti dan ditunggu oleh para blogger Malaysia.
3 Sebab Blogger Perlu Ke Sepetang Bersama Blogger 2016?
Serius. Untuk korang yag bergelar Blogger atau Nak Bergelar Blogger, aku cadangkan korang ke #SBB2016 ini. Kalau nak listkan kenapa, memang banyak. Aku tak tipu sebab aku dah pernah join 2 edisi Sepetang Bersama Blogger pada tahun 2013 & 2015. Ok aku tipu, bukan sepetang gak, edisi 2015, sepagi & sepetang melakukan aktiviti outdoor di Putrajaya Extreme Park.
Sebab 1: Berpeluang Sedut Ilmu mengenai dunia blog.
Aku pasti, setiap aktiviti blog yang dianjurkan oleh team Denaihati, bukan sekadar aktiviti untuk ‘hu ha hu haa‘ sahaja. Pasti ada pengkongsian ilmu daripada mereka yang hebat dalam bidang masing-masing terutamanya yang berkaitan dengan blog & Buat Duit dengan Blog. Ilmu ni makin dicari makin kita rasa makin banyak yang masih belum tahu. Nak korek ilmu dalam berblogging, kat #SBB2016 la tempatnya.
Sebab 2: Luaskan ‘Networking’
Jika sebelum ini, ramai yang salah anggap aktiviti atau ‘life’ seorang blogger. Mereka anggap, blogger hanyalah sekadar menaip di depan laptop, atau hanya berkomunikasi melalui alam maya/media sosial. Itu silap. Blogger kini perlu membina satu hubungan/networking sesama sendiri supaya lebih ‘kuat’ dan tidak dipandang sebelah mata oleh masyarakat luar. Dengan networking yang meluas, tidak mustahil seorang blogger mampu menjana pulangan yang lumayan dengan blog.
Sebab 3: Cabutan Bertuah.
Siapa yang dah biasa dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Denaihati, pasti sedia maklum dengan kejutan Cabutan Bertuah. Hadiah lak bukan biasa-biasa. Tengok sahaja senarai penaja bersama, bukan calang-calang tu. Ada Yeos, ada EPHYRA, ada Les Copaque dan banyak lagi! Ada rezeki korang, ada la kan.
Serius, korang tak terasa rugi pun dengan nilai bayaran yang dikenakan tu. Ini baru tiga sebab aku bagi, insyaAllah, korang akan jumpa sebab-sebab lain yang akan memberi 1001 manfaat dalam hidup. Ini bukan event main-main.
Dah Dafter #SBB2016 ke belum?
Cepat DAFTAR sekarang sebelum tempat penuh. Menyesal tak sudah nanti!
JMR: Aku?…hmm..kalau aku daftar, bolehlah kita jumpa di sana!
macam tak dapat join je… huhu…
Sama la kita DN, tak dapek nak join juga
Memang kompom tak pergi tahun ni…..
kalaulah aku masih ada di KL tadi. memang wajib kena pergi ni..
hmm tahun ni mayb tak dapat join……..
boleh langsung daftar nih kan, ingin nimba ilmu yg bnyak saya nih.
wah jadinya saya harus ikut nih banyak juga manfaat ikut sepetang blogger nih…
apa pasal gambar tu jugak yang ekau letak haa?
haiya..
gambar hang menghayati apa tu?
Kirim pada semuanya, tak dapat join.. 😉
oklah nak register
dah daftar..wehuuuuu~
Kirim salam teman-teman blogger. Aku confirm.. confirm tak dapat datang.
janji Upin&Ipin datang kan..aku pun confirm gak bro..confirm macam ko gak..haha *sosad
Rasa macam nak pergi.. tapi belum pasti lagi samada blj pergo ke tak..
kena decide awal2 tu bro, takot seat penuh hehe
insyaallah tahun ni pergi 🙂
Uuwaaaa…. Tak dpt join thn ni sbb dlm pantang lagi. Jeles sgt hokay.
Bagus! Networking itu yg menjamin masa depan terus giat beraksi di depan keyboard.
Banyak manfaat join SBB dan saya memang teringin nak pergi tapi belum berkesempatan..
memang banyak manfaat ke event gini..ada rezeki&peluang, kena pergi tu CP!
Huhu…harap kali ni dpt turut serta, yang lepas miss Hihihi
aahha..gambar ni jugak nampaknya..:D
gambar penuh kenangan dan pengajaran – sampai awal bukan penentu kemenangan..hahaha