April 20, 2024

6 Perkara Yang Perlukan Kesabaran Tinggi Ibu Bapa, Kalau Tidak…

6 Perkara Yang Perlukan Kesabaran Tinggi Ibu Bapa, Kalau Tidak…

Ragam anak, ada masa menghiburkan, ada masa memerlukan kesabaran yang tinggi. Ramai ibu bapa salah anggap anaknya nakal apabila berhadapan dengan situasi yang merimaskan (rumah seperti tongkang pecah) apabila pulang dari pejabat. Tanpa berfikir panjang, ada yang memukul atau mencubit si kecil dengan penuh emosi, dengan alasan mendidik apabila anak mula bersikap ‘mengada-ngada‘.

Jangan…

Sebagai ibu bapa, mohon fikir sesaat mengapa anak bertindak sebegitu selepas seharian ditinggalkan…?

tips-jaga-anak

1. Banyak Bertanya

Senyum je kan apabila anak menyambut kepulangan ibu bapa di muka pintu. “Ibu, kenapa balik lambat?”..”Ibu, adik nak toys ni boleh tak bu?”, “Ibu, kenapa ibu nampak penat?”, “Ibu, bila ibu nak ambil cuti bawa adik gi jalan-jalan?”

Ada ibu bapa yang hilang sabar apabila ditanya bertubi-tubi dengan soalan yang remeh-temeh sebegini. Dari senyum, jadi masam mencuka. Sabar. Sebenarnya si anak sedang berusaha mengambil perhatian daripada ibu bapa. Bukan penat pun kalau setiap soalan tu dijawab satu persatu sehingga si anak berpuas hati. Betul tak?

2. Bermain Dengan Makanan

Apa yang boleh ibu lakukan apabila tak sampai 5 minit, si anak sudah comot satu badan dengan makanan? Menjerit? Cubit anak?..adakah itu satu penyelesaian yang terbaik?

Tidak.

Ada fakta menyatakan si anak ni seorang yang bijak. Mereka sedang berekperimentasi ย dan explore dunia. Si anak juga ingin menggunakan tangan untuk menyuap makanan ke mulut, walaupun koordinasi lengan dan siku belum mencapai tahap matang. Hasilnya, 10% makanan berjaya disuap ke mulut, 90% akan tumpah ke lantai.

Rilex. Jangan melenting. Biarkan mereka selesai makan. Kemudian, ambil mop, bersihkan.

3. Membaling Objek

Ini perkara biasa bagi aku. Maklumlah anak pertama dalam fasa tumbesaran dan sedang aktif sekarang ini. Dah biasa dibaling smartphone semasa aku sedang main smartphone. Pertama kali, terasa nak marah. Tapi tak jadi apabila menatap wajah comel anak yang tersenyum. Mungkin ini cara dia mengekpresikan rasa kasih kepada ayah atau mungkin ingin mengambil perhatian aku yang tidak endahkan dia.hmm..

Daripada memarahi, lebih baik beritahu anak supaya jangan mengulangi perbuatan tersebut, terutamanya kepada orang luar. Sebaiknya ajar dia cara yang betul mengekspresikan rasa sayang, seperti, “Meh sini kiss ayah”..

4. Menunjukkan Kreativiti

Ini paling mencabar kesabaran ibu bapa. Bayangkan, hari ini, ayah berhabis wang ringgit cat dinding ruang tamu, balik je kerja, dah penuh lukisan dengan pelbagai warna di dinding tersebut? Sakit hati kan?..kerana dinding, sanggup pukul tangan anak sampai lunyai?

Sabar. Anggap je itu cara si anak menunjukkan kreativiti dan bakat terpendam mereka. Daripada marah, apa kata puji hasil tangan anak dan hadiahkan anak ‘drawing board’.

5. Bermain Bersama

Paling menguji kesabaran apabila ayah tengah syok-syok layan bola, anak ajak bermain LEGO bersama. Jauh daripada TV lak tu. Seboleh mungkin, tunaikan ajakan si anak. Layankan ajerrr..Itu tandanya, si anak lebih sayangkan ayah. Mungkin dah besar nanti, si anak dah tak ajak ayah untuk bermain bersama, mereka lebih gemar bermain dan habiskan masa bersama kawan-kawan..bila dah sampai masa, apa reaksi si ayah?

6. Buat Ragam

Pernah tak, tengah bergegas nak ke pejabat sebab dah terlewat, anak pula buat hal, menangis-nangis nak ikut naik kereta. Meraung dan menjerit, padahal semalam baru sahaja seharian suntuk travel menaiki kereta.

Tak guna marah-marah dalam situasi sebegini. Tarik nafas, tenangkan diri. Cakap elok-elok dan berlembut dengan anak. “Ibu nak pergi work ni sayang….” insyaAllah si kecil akan memahami dan senang dipujuk. Tak guna marah. Sebab ini juga satu cara si anak mengekpresikan rasa sayang dan rindu mereka.

..peringatan untuk aku juga, selalu letakkan diri kita di tempat anak-anak. Rasa bahagia dan disayangi itu HAK mereka. Nikmatilah masa bersama sementara ada, sebelum kita kembali kepada sang Pencipta.

Sekian. Fikir-fikirkanlah..

Nukilan:

A Handsome Daddy Blogger.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “6 Perkara Yang Perlukan Kesabaran Tinggi Ibu Bapa, Kalau Tidak…

Leave a Reply to Linda Fitria Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *