March 29, 2024

Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Peluang untuk bertentang mata+berborak sakan bersama blogger-blogger hebat Malaysia muncul lagi. Aku dapat rasakan ini adalah satu event yang membuka peluang dan ruang kepada peserta untuk mengorak langkah dalam aktiviti blogging mengikut citarasa masing-masing. Nak-nak bila ada sesi ‘berkongsi pengalaman’ bersama Top Blogger Malaysia antaranya blogger dari Beautifulnara.com, Amanz.my, Benashaari.com, Yuyuzulaikha.blogspot.com, Kujie2.com, Apesal.com dan banyak lagi. Oh ye, selain itu, blogger-blogger dari tanah seberang juga akan turut sama memeriahkan lagi event kali nih.. Fuhh..masing-masing hebat dalam bidang masing-masing..tak sabar nak mendengar tips-tips dari mereka semua nih..

Pengesahan kehadiran sudah pun aku sahkan, cuma berdoa semua planning akan berjalan sepertimana yang dirancang. InsyaAllah aku+Puan Nunu akan turut serta untuk meluang masa bersama-sama Rakan Blogger di Sepetang Bersama Blogger 2013  #SBB2013 anjuran DenaiHati Network bertempat di Hotel Singgahsana PJ, bermula dari jam 2.00petang hingga 6.00petang , 26 Januari 2013(Sabtu) ini..Harap-harap tempoh perjalanan dari Besut – Petaling Jaya adalah sama seperti yang dirancang..amin~

Kepada blogger-blogger yang baru tahu tentang Sepetang Bersama Blogger 2013 ni dan berminat untuk join sekaki, masih belum terlambat. Boleh registerkan nama masing-masing sebelum jam 11.59mlm , hari ini 23/1/2013. Sebelum tu, kena join DenaiHati FB Group la dulu kan.

Kompom petang hari ni tidak akan membosankan kerana pelbagai aktiviti yang menarik telah pun disusun oleh pihak penganjur terutamanya tang cabutan bertuah & penyampaian Iphone5 kepada pemenang Gadjet Impian. Lumayan seyh..untung sabut timbul, untung JMR23.com sapa tahu kan..

  1. Mini Forum oleh Blogger Malaysia dan Blogger Indonesia.
  2. Hidangan Hi-Tea yang enak.
  3. Hadiah seperti T-shirt Denaihati, Car Sticker Denaihati dan hadiah dari penaja.
  4. Cabutan bertuah seperti package Kembara Muslim Kemboja 4H3M, Gold Bar, Silver Bar dan lain-lain.
  5. Cabutan khas Kembara Muslim Kemboja 4H3M untuk peserta contest iPhone 5.

Tak guna aku mencoret dengan lebih panjang. Satu je nak kabor, sangat tak sabar untuk berjumpa dengan blogger-blogger hebat di sana!!!

 

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *