March 19, 2024

Tips Simpan Duit Untuk Insuran dan Road Tax Kereta

Tips Simpan Duit Untuk Insuran dan Road Tax Kereta.

Pasti ramai yang suka dengan tips simpan duit ini kan. Ye la, setiap bulan aku ada terbaca keluhan rakan-rakan di social media apabila tiba masa untuk mereka memperbaharui insuran dan cukai jalan (road tax). Lagi sedih apabila ada yang mengadu di Facebook sebab tiada tunai untuk membayar insuran kereta sebab ‘tengah bulan’. Gaji masih belum masuk.

Sedia maklum, insuran dan road tax ini perlu diperbaharui setiap tahun. Jika tidak, risiko untuk disaman oleh pihak berkuasa. Duit lagi! Tapi kenapa bila tiba masanya, masalah tiada tunai timbul? Lupakah kita, insuran kereta dan cukai jalan sepatutnya sudah dikira dalam kos penyelenggaraan kereta setiap tahu selain daripada minyak, maintenance service dan tol?

Alhamdulillah, aku baru sahaja memperbaharui insuran kereta dengan MSIG dan dah pun dapat cukai jalan (road tax) untuk tempoh setahun akan datang. Lega. Road tax baru sampai di tangan pada hari terakhir road tax sebelum mati. Setiap tahun, aku akan menggunakan ejen daripada pihak Toyota untuk perbaharui insuran dan roadtax. Disebabkan kekangan masa, biasanya runner dia orang akan uruskan penghantaran ke pejabat aku. Sebenarnya banyak tempat yang kau orang boleh beli insuran kereta. Paling best di pejabat pos. Sebab kat situ boleh beli insuran kereta sekali gus boleh perbaharui cukai jalan.

Kiranya pada tahun ini, aku perbaharui insuran dan road tax pada saat-saat akhir.

Hampir terlupa sebenarnya! Bukan apa, aku dah terima notis perbaharui insuran pada awal bulan Mei lagi. Tapi memandangkan sibuk dengan puasa dan persediaan raya, aku langsung terlupa. Empat hari sebelum insuran dan road tax mati (27/6), baru aku teringat! Tengok-tengok notis, jumlah yang sepatutnya aku bayar untuk kos ini adalah RM1,000++.

Mujur aku dah sediakan bajet untuk ini awal-awal.

Bayangkan kalau aku nak harapkan pendapatan bulanan. Dahlah selepas raya..uwaa..

Sediakan payung sebelum hujan. Sediakan duit sebelum tiba masanya. Macam mana tu?

Tips Simpan Duit

Jadikan kos beli insuran kenderaan dan renew roadtax sebagai kos tetap tahunan.

Pada aku, selepas potong NDC 55%, aku peruntukan RM1,000 untuk pembelian insuran dan road tax 1 kereta aku.

Asas matematik, RM1000/12 bulan = RM83.40 . Aku genapkan ia menjadi RM85.

Jadi, setiap bulan, aku akan asingkan pendapatan bulanan sebanyak RM85 untuk kos pembelian insuran dan perbaharui road tax.

Senang kan? Cukup 12 bulan, jumla terkumpul RM1,020. Disiplinkan diri. Simpan kat tempat yang selamat. Jangan sampai terguna pula..hehe

Nampak ringkas kan, tapi berapa ramai yang amalkan? Yang dah praktik cara ini, tahniah. Yang belum dan sentiasa stress bila tiba masa road tax mati, boleh praktikkan cara ini.

Best.

Lagi best, bila saat-saat akhir aku kontek ejen, sebut harga yang terbaru selepas GST 0%, hanyalah RM856.06 !

Mahu aku tak teruja gila! Ada lebihan RM150++, bolehlah aku memandu jauh sikit di hujung minggu ini..hehehe..

Terima kasih kerana membaca artikel Tips Simpan Duit Untuk Insuran dan Road Tax Kereta ini. Kalau kau orang rasa bermanfaat dan perlu dikongsikan kepada mereka yang mungkin perlukan, silalah SHARE di Social Media ye!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Tips Simpan Duit Untuk Insuran dan Road Tax Kereta

  1. cara nak berdisiiplin menyimpan duit la yang saya nak belajar sekarang..

    saya jenis pemboros sakan terutama dalam bab donation…

    bila dah habis fund baru nak garu kepala macam pulak boleh lari bajet hahahaha

  2. Senang kalau kita rancang lebih awal. Ada orang nak buat ibadah korban pun buat tabung macam ni.

    Jadi setiap tahun cukup je buat korban. Merancang itu penting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *