March 29, 2024

Tomyam seafood sedap di Absolute Thai One Utama

Dah lama tak keluar ‘date’ berdua..

Peluang datang semasa Birthday Dinner untuk isteri minggu lepas. Seperti Birthday Lunch pada awalnya, aku tak plan mahupun reserve kat mana-mana tempat makan. Just amik dia lepas office hour dan tanya dia nak dinner ‘special’ kat mana. Dia jawab, ” alaa..ingat ada surprise/dah reserve tempat” ..haha..

Dipendekkan cerita, ke Restoran Absolute Thai di One Utama, sebab aku teringat dia suka makan masakan pedas semasa pregnen kali ni..

Restoran Absolute Thai ada beberapa cawangan selain daripada di One Utama, ie: IKANO, The Garden, Sunway Giza etc. Ni first time aku ke cawangan One Utama, terletak di Lower Ground Floor. Aku tak reserve pun since malam masih muda kan. Tapi kalau korang nak gi masa ‘peak hour’, better call for reserve sebab tempat ni memang selalu ‘full house’

absolute thai Damansara

Aku suka interior design di Absolute Thai kat One Utama. Tampak lebih elegan berdindingkan batu-bata gini. Aku pilih seat ke dalam, betul-betul mengadap ‘Giant Aquarium’ di One Utama’s LG Forest. Barulah feel makan berdua dalam hutan.

Menu sedap di Absolute Thai. Kepada penggemar masakan Thai, aku rekemen datang sini. Aku dok mencari menu sotong masak pedas cam aku makan last day, tapi takde plak. Grr..Jadi, aku serah bulat-bulat pada birthday girl aku untuk buat pesanan..Apa yang dia order?

Bila ke restoran masakan Thai, tak sah kalau tak de tomyam kan. Kali ni, kami try Tomyam Seafood (red) berharga RM29.5 untuk dua orang makan Dihidang panas-panas dalam firepot. Rasa tomyam memang kena dengan selera aku. Ada masam masam manis. Manisnya mungkin sebab ada udang & sotong. Pedas memang buat aku berpeluh walaupun restoran ni berhawa dingin.

Yang ni memang dah lama aku nak try. Apa yang istimewa sangat kari hijau ni. Nama menu, Green Curry Chicken berharga RM18.00, sesuai untuk dua atau tiga orang makan. Ni ala-ala kari yang biasa kita makan, tapi rasa rempah ratus dia lain sikit. Pedas ni memang lagi pedas dari tomyam tadi. Dalam kari hijau ni ada gak potongan terung.

Stir Fried Baby Kailan with Salted Fish – RM15.90. Nak kata masin sangat tak gak walaupun ada ketulan ikan masin..hehe..tapi yang peliknya, diorang potong baby kailan ni besar-besar. Mungkin baby kailan ni dah tak baby sangat kot.

Semua lauk ni dimakan bersama nasi putih panas-panas. 3 jenis tu pun dah mengah nak habiskan Lauk tu memang dah konfem panas dan pedas, tambah lak makan ngan nasi panas..memang berpeluh la jap kan. Makan pedas, aku lebih suka minum air panas. Nak nak dapat pekena teh jasmin wangi gilerr panas-panas dalam pot.

Jasmine Green Tea – RM7.50.

Ice Blended Mango – RM12.90.

Birthday Card to You – Priceless..

Burp alhamdulillah…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

17 thoughts on “Tomyam seafood sedap di Absolute Thai One Utama

  1. Hari tu makan dekat sini makanan dia semua pedas nak terbakar mulut. Tak sempat balik rumah semua sakit perut. hahaha

  2. oi takyah nak babi kailan sgt la..hahahaa…

    btw..thanks sb share lokasi kejadian ni sebab bukan senang nak cari tomyam sedap pedas menepati tekak ni tau..kebanyakkan kat luar kalau tak cair mesti manis….

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *