December 9, 2024

Servis mengecewakan di restoran ikan bakar

Permintaan isteri mengandung, seboleh mungkin suami akan turuti kan. Terutama dalam bab makanan yang diminta, selagi tidak bercanggah dengan hukum.

Aku ternampak isteri men’Google’ – “Ikan Bakar Sedap di Melaka“. Berderet keluar review yang menceritakan pengalaman diorang makan ikan bakar sedap di Melaka. Kebanyakan dok bercerita kedai ikan bakar Umbai la sedap, ada yang bagitau kat Umbai dah tak sedap, kat Sungai Duyung lagi sedap.

Memandangkan hajat isteri teringin nak makan di Medan Ikan Bakar Sg.Duyung, jadi ke sanalah kami untuk makan malam. Malam minggu memang sesak, dapat parking agak jauh dan kena tunggu turn untuk dapat meja.

 

Senarai harga ikan di Medan Ikan Bakar Sg.Duyung – Restoran Muara Duyung.

 

Aku pilih siakap dengan berat 1 kilogram. Aku minta sebelah masak tiga rasa, sebelah lagi bakar biasa. Kat sini boleh minta sebelah masak lain, sebelah lagi masak lain. RM3.40/100gram, tak jauh beza seperti tempat lain.

Amik gak sotong dengan berat 550 gram. Harga sotong kat sini, RM3.40/100gram. Minta dimasak sotong goreng tepung.  Ketam lak aku amik dua ekor bersaiz sederhana dengan berat 500gram. Harga sama je dengan sotong. Aku pilih untuk dimasak ketam masak cili.

Dah pilih ikan, timbang dan pilih jenis masakan, aku ke meja dan tunggu je.

Lebih setengah jam baru muncul sotong goreng tepung yang dipesan. Meja sebelah yang datang lagi lambat daripada aku, dah ‘rakus’ meratah ikan & ketam. Pelik gak macam mana dia boleh dapat dulu.

Sotong goreng tepung. Cara goreng memang rangup tapi tepung dia terlebih masin. Mungkin tercampak lebih garam. Ni kalau makan banyak, mau naik tinggi tekanan darah ni..

 

Ketam masak cili. Yang ni sedap kena dengan selera aku Ratah saja pun ok.

Dah hampir 45 minit, baru brader staff datang bawa ikan bakar. Tapi bukan ikan yang aku order. Katanya tertukar dengan meja sebelah. Bila aku tanya jenis sama, masak sama dan berat sama ke? Dia angguk je walhal aku tengok fizikal ikan tu lebih kecil, ikan jenis lain dan masak lain.

Aku tunggu je dia ‘say sorry’ sebab itu silap diorang. Tapi dia just tanya ‘nak’ atau cancel?

Dem..ko dah lah amik order ‘under table’ brader meja sebelah sebab ko kenal dia, then boleh salah meja hantar pesanan? First time aku makan di medan ikan bakar, pekerja boleh salah hantar salah meja, padahal jelas ada no.meja. Selepas tunggu lebih kurang sejam, takde ‘option’ atau inisiatif untuk buat balik menu seperti aku pesan dalam masa yang singkat??? Lapar ni tau..

Dan brader sebelah yang jelas mendengar pun, just tunduk wat bodoh dan makan je?

Ok fine, ” Ko letak je ikan tu atas meja”.. dia letak dan berlalu pergi, kurang hajor caranya.

Dan aku hanya bayar apa yang aku pilih selepas beratur panjang tanpa sistem, yang aku order dan menu yang hanya sampai di meja aku.

Berapa aku bayar?

RM50. Aku tahu jumlah tu lebih untuk 550gram sotong dan 500gram ketam + nasi & air..tapi takpe, amiklah buat dana hantar ‘training’ staff supaya bersikap lebih professional. hahaha..

Pengalaman pertama aku ke Restoran Muara Duyung Melaka (kerusi kuning) dan terakhir. No more sebab servis teruk.

Ingatkan aku sorang, rupanya ramai lagi yang pernah alami pengalaman tak best di restoran ikan bakar ni.

servis teruk

Facebook: https://www.facebook.com/JMR0210/posts/10152873627833861

Nasib baik isteri aku sempoi je, seketul sotong celup tepung dah cukup katanya. Katanya lagi ” Saya tunggu gak awak terbalikkan meja tadi, tapi saya tahu awak takkan buat sebab meja awek-awek comel kat depan tu kan?”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Servis mengecewakan di restoran ikan bakar

  1. Situasi yang biasa kat kebanyakan tempat ikan bakar aku rasa…. pulak tu ko kena order kat “meja makan” tuan punya gerai kalau pesan kat kedai lain mesti tak boleh punya….memang dilema la kalau makan kat tempat camni…..

  2. Sangat2 setuju, baru2 ni SA makan kat Bagan Lalang..service pun out.,..janji 1jam menunggu, harammm….dekat 2 jam baru dapat makanan….sedey…kesian my mum lapar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *