March 19, 2024

Asam Pedas

Selamat Pagi!

Pagi-pagi ni kita layan nafsu mata sebelum melayan nafsu perut tengah hari nanti. Korang suka asam pedas? Yeah Bro Man Food Blogger pasti angguk laju-laju kan? Aku amat jarang memilih menu asam pedas ni selagi tak terasa air liur meleleh di tepian bibir. Jadi, untuk entri kali nih, memang sah la kan air liur ngah meleleh bila trip aku ngan Puan Nunu singgah di Restoran Asam Pedas, tak jauh dari Pantai Teluk Kemang, dua minggu yang lepas.

 

Kami pilih asam pedas pari. Akak jaga restoran ni yang cadangkan kitorang amik semangkuk sorang. Aku ‘iya’kan saja, almaklumlah tengah kelaparan masa ni. Bila order sampai, saiz mangkuk dan pari boleh tahan besarnya. Semangkuk tu saja memang cukup untuk dua orang makan.

 

Telur asin dan sambal belacan tu adalah complimentary daripada kedai ni. Agak unik gak kan, biasanya sekadar sambal belacan dan timun potong. Puan Nunu lak amik telur itik masak lemak untuk lauk tambahan. Asam pedas kat sini boleh tahan pedasnya. Rasanya memang sangat kena ngan selera aku masa ni. Dan kesegaran ikan pari memang boleh dipuji. Suasana di kedai ni pun tak terlalu panas walaupun ramai pelanggan masa aku singgah di sini. Jadi, pedas-pedas pun, takdelah berpeluh sangat kan. Total harga untuk hidangan kami kali ni adalah RM20 termasuk dua gelas air sirap bandung. Bagi aku, sangat berbaloi la kan dengan kualiti hidangan yang disediakan.

 

 

Restoran asam pedas ni boleh korang singgah semasa perjalanan ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan ianya terletak di sebelah kiri jalan. Ada juga menu asam pedas ikan tenggiri, cencaru, selar dan mambong.

Eh, mambong tu spesis macam mana ye?? Sama seperti mambang ek:-p

Burp…*lap air liur

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Asam Pedas

  1. OooOoooOO…selalu tgk signboard restoran ni but x pernah singgah. Laen kali nak kena singgah la camnih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *