August 11, 2020

Iftar Bersama Blogger dan Pemenang ‘Raya Moments of Closeness with Samsung’ di Paparich Bangsar

Isnin lepas, aku berpeluang join Majlis Iftar dan penyampai hadiah untuk peserta dan pemenang Raya Moments of Closeness with Samsung, anjuran Manoah Consulting, bertempat di Paparich Bangsar. Lebih kurang 30 blogger hebat berjaya menghadiri diri untuk Iftar kali ini.

 

Manoah Consulting mewakili pihak Samsung dihadiri oleh Yukiko dan Donovan. Jam 6 petang, blogger-blogger lain dah mula sampai dan tempat untuk kami dikhaskan di upper level. Suasana memang best sebab tak bercampur dengan pelanggan lain. Sebelum masuk waktu berbuka puasa, masa terluang digunakan untuk take order, chit chat dan masing-masing gelak sakan macam tak puasa.haha

Tak pasti refer pada idea sapa, tapi seat kami disusun berbentuk U. Dan aku&bro Penaberkala cam dok tengah-tengah kat base huruf ‘U’ tu..even depan kami, awek-awek comel, tapi agak tak selesa berada di posisi tu. So, aku ngan Penaberkala terpaksa pindah ke sebelah bro Ladfeamir dan UncleZuan. Lebih selesa dan terlebih sejuk, direct bawah aircond der..

 

Menu aku untuk kali ini. Oh ye, di Paparich ni takde buffet buffet bagai ye, kena take order ala carte. Agak jenuh gak la nak mikir untuk pilih menu apa. Last-last, refer gambar dan order mana yang paling menarik. Untuk lebih meriah, order 2,3 menu untuk kepuasan nafsu berbuka puasa..hehehe

Selepas berbuka dan solat Maghrib, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang contest Raya Moments of Closeness with Samsung yang telah dijalankan selama seminggu pada minggu lepas. Teka teki siapa yang berjaya membawa pulang barangan Samsung pilihan hati bernilai RM2000 telah terjawab dengan kemenangan mutlak untuk Penmerah dan Shakiddo. Memang rezeki raya la untuk diorang nih. Tahniah untuk mereka! Dan kepada yang tidak berjaya, hadiah saguhati berupa duit raya dan Starbucks card sudah memadai untuk kami senyum pada kali ini..hehehe..

 

 Nak tahu apa pilihan diorang ni? Untuk Anne Penmerah, telah memilih Samsung Galaxy S4 dan bro Shakiddo telah memilih Peti Sejuk 2 pintu Samsung dengan jaminan 10tahun! Untung kan..sapa kata blogger tak dapat pulangan masyuk?? Janji ada minat dan rajin berusaha kan.

Jelas terpampang kegembiraan dan kemeriahan bila dapat berkumpul sesama blogger. Tengok Boni Kacak tu, excited sampai korek hidung tu..hahaha..Terima kasih kepada Manoah Consulting + Samsung untuk kempen kali ini. 

Jom layan video yang dicipta khas untuk majlis kali ini oleh Bro Feeq. Terbaeklah!!!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Iftar Bersama Blogger dan Pemenang ‘Raya Moments of Closeness with Samsung’ di Paparich Bangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *