September 20, 2020

Kehilangan yang ditangisi. Al-fatihah buat Tok Guru.

12 Februari 2015 .. genap 7 bulan pemergian ayahanda tersayang (12 Julai 2014), hati aku sekali lagi tersentak + hiba dengan pemergian tokoh dan ilmuwan Islam, TG Nik Abd. Aziz Nik Mat yang sangat dihormati. Aku hormat bukan sebab pangkat, tapi sebab keperibadian  & kelebihan ilmu agama yang penuh didadanya. Rasanya bukan aku seorang sahaja, tapi majoriti umat Islam amat menghormati beliau. Al-fatihah..

 

Lautan manusia semasa pengebumian jenazah Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat..tanda-tanda kasih-sayang Allah kepada hamba-Nya..subhanAllah.

 

Damailah engkau di sana. Aku pasti, kita menangisi kehilangan beliau yang amat dikagumi. Kita semua pasti akan merindui beliau. Al-fatihah..insyaAllah, kita akan bersua lagi di alam sana..

Sedikit copy-paste untuk renungan kita bersama. Baca dengan mata hati, betapa ikhlasnya beliau sebagai seorang pemimpin, dan betapa zuhudnya beliau sebagai seorang hamba-Nya..

  • Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh..”Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear..” Sambil tersenyum tok guru membalas,”Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih”.. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi…itulah Tok Guru Nik Aziz.
  • Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, “Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu..” Tok Guru membalas, “Tido atas katil…tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud”.. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..
  • “Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Kehilangan yang ditangisi. Al-fatihah buat Tok Guru.

  1. Bila dengar tu macam tak percaya, tetapi bila anak almarhum Tuan Guru yang umumkan baru la percaya, memang sayu sangat dengan pemergian almarhum walaupun tak pernah mengenali secara dekat pun

  2. memang sedih time tok guru meninggal, saye nangis teruk, last nangis camtu time ayah saye meninggal 3 tahun lepas. even tak pernah jupe tapi hati ni sangat rindu dengan die, terkilan sangat plan nak jupe die after kawin tak jadi, nyesal pun tak gune skrg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *