March 29, 2024

Steakhouse Burger, Tony Roma’s.

Working style kat ofis, tiap-tiap bulan pasti ada event makan-makan untuk kami sit together, eat together and laugh together FOC tanpa diskas anything pasal kerja. At least sebulan sekali, kalau ada birthday boy/girl, celebrate with cake & birthday song! Staff perlu dohargai dan digembirakan sentiasa kan seperti cerita di Tips Menghasilkan Telur Emas.

Since ofis dekat dengan Sunway Pyramid, untuk jimat masa, any event lebih senang dibuat kat area tu. Pilihan restoran, terpulang kepada selera dan undian ramai. hehe..ni cerita untuk 2 orang September birthday boy&girl lunch celebration di Tony Roma’s Sunway Pyramid.

 

Apa yang aku suka ngan Tony Roma’s ni berbanding kat restoran lain adalah set lunch dia! Ada sesetengah tempat tu, memang le harga dia lebih jimat tapi portion pun separuh diorang jimat. Sikit. Tapi kat Tony Roma’s, majoriti set lunch dia adalah sampai dengan waktu-waktu lain.

 

Sambil menunggu main dish sampai, boleh menguyah jajan yang aku panggil ‘cempedak goreng dengan mustard‘ atau nama betulnya, Fried mushroom with mustard sauce. Series sedap. Memang recommended as appetizer/starter sambil borak-borak kan.

 

Menu aku bila ke Tony Roma’s masa lunch hour – medium cook Steakhouse Burger ngan chicken soup.. Ni je yang boleh buat aku kenyang sampai ke petang. Dah takyah order steak bagai, sebab patty tu pun memang dia masak ala-ala masak steak. Ada lak creamy Havarti cheese dengan rosemarry bacon. Patty tu lak ada sikit sikit juicy. Aku tak suka order ‘well done’ style sebab kering sangat, tak terasa ke’steak’an burger ni.

Harga set lunch di Tony Roma’s ni start dengan RM16.90. Tapi tak semua menu la. Tapi menu lain, still boleh order dengan harga biasa. Dah lama aku tak ke Tony Roma’s selain dari lunch hour sebab terasa rugi lak. Datang masa lain pun, aku akan order Steakhouse Burger gak which is aku boleh dapat lebih jimat kalau aku ke Tony Roma’s ni masa lunch hour kan. #petrolnaik20sen .

 

 Eh yang birthday girl bukan yang dalam gambar tu. Yang laki tu ye. Happy birthday bro! Semoga terus kekal sihat dan kurang-kurangkanlah MC tetiap bulan tu..hahaha

Plan percutian anda dari hari ini!

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

23 thoughts on “Steakhouse Burger, Tony Roma’s.

  1. Aduyaiiii syok yer…tak pernah makan kt tony romas…asyik masak je kt rumah konon nak jimat…tp sekali sekala buat sambutan gempak cm ni kan syok…tukar mood…yeahhh tq review jmr…nak gedik ngan suami dan anak kt sini nanti hehehhe

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *