March 29, 2024

Selfie bukan penyebab sakit mental.

Betul ke tabiat SELFIE dikatakan penyebab SAKIT MENTAL?

Sejujurnya, aku tak gemar sangat berposing mengadap lens, senyum atau buat mimik muka, snap then post kat ‘social media’ dengan harapan dapat ‘like’ yang tinggi. Aku lagi suka, snap gambar orang lain atau benda lain untuk dijadikan ‘bahan’ untuk aku post di setiap media sosila aku sama ada Facebook, Instagram, Twitter, Blog etc.

Walaupun aku bukan peminat selfie tegar, tapi aku kurang bersetuju dengan kenyataan yang mengaitkan mereka yang suka berselfie lebih cenderung mengalami sakit mental. Bagaimana mereka mengkaji? Dengan siapa mereka uji? Sekerap mana mereka selfie?

Memang aku tak nafikan, kadang-kadang menyampah gak tengok cara mereka berselfie, tak kira muda atau tua. Tapi itu cara mereka, cara mereka ekspresikan rasa gembira & teruja mereka untuk bergambar. Itu cara mereka, tak salah pun. Yang menjadi cerita, selepas berselfie, mereka upload gambar ke Facebook atau Instagram, dengan tujuan untuk dapatkan LIKE yang banyak. Di sini puncanya. Ada yang terlalu ketagih, ada yang terlalu ingin LIKE juta-juta. Then bila kena kutuk, mereka down atau frust. Bukan salah selfie pun..

Jika sebelum ini, mereka yang suka mengambil gambar makanan dan upload ke social media juga dikatakan sakit mental, kini selfie. Pendapat aku, selfie mahupun tabiat lain tidak akan memudaratkan jika dilakukan secara sederhana atau tak keterlaluan..

Selfie adalah punca sakit mental jika terlalu gila berselfie..

Shoot gambar nasi goreng punca sakit mental jika terlalu taksub atau terlalu ketagih..sampai je nasi goreng, amik smartphone, then shoot dari pelbagai angle, sejam lepas tu baru nak makan. Ni memang ada masalah.

Pendek kata, bersederhanalah..

Trend SELFIE masih ‘in’ dan masih diamalkan di mana-mana tempat. Daripada menyampah, dah jadi seronok lak tengok orang berselfie ni. Suci kan jiwa, positifkan minda orang kata. Kita pun hepi bila tengok diorang hepi berselfie. Percayalah dan sedarilah, orang yang sakit hati/menyampah bila tengok orang lain hepi berselfie, lama-lama dia sebenarnya yang busuk hati dan menghadapi masalah sakit mental. Fuhh nasib baik aku tak terkena sakit mental yang sebenarnya. hew hew hew

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Selfie bukan penyebab sakit mental.

  1. Pingback: Nan Cheese sedap di RSMY House of Real Beriani
  2. Kalau dah tak der org yang nak amikkan gambar, kenalah berselfie. Tu bukan bukan mental, hanya nak berekspresi diri je. Sekarang dah jadi macam trend.

  3. akak sangat suka berselfie salah satu sebabnya nak tunjuk tudung hehe, biasalah orang biznes tudung kiki

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *